Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini dapat jemputan pelancaran produk baru Scholl. Aku ini memang sangat memilih kalau nak pergi majlis pelancaran produk biar sesuai dengan tema blog kalau tidak boleh jadi carca merba pulak. Jemputan dari Scholl memang tidak dapat ditolak kerana antara jenama yang sudah biasa digunakan oleh isteri. Katanya memang best memakai kasut dan sandal Scholl lembut dan selesa.
Kali ini Scholl bukan melancarkan kasut atau sandal baru tetapi produk unik yang pertama di dunia untuk pengguna yang mempunyai masalah tapak kaki yang pecah. Memang sesuai sangatlah untuk isteri yang memang ada masalah tapak kaki pecah. Kami tak ada pembantu rumah jadi semua kerja kena buat sendiri itu yang pecah-pecah tumit kaki.
Scholl adalah pakar dan peneraju dalam bidang penjagaan kaki memperkenalkan inovasi terbaharunya untuk menanggalkan masalah kulit kasar. Alat elektronik dikenali sebagai Velvet Smooth Express Pedi yang ringkas dan mudah digunakan. Direka penuh ergonomik dengan pemegang yang lembut, Scholl Velvet Smooth Express Pedi dilengkapi satu kepala penggelek Micralumina™ yang berpusing dengan laju. Ia mampu menanggalkan kulit kasar dengan mudah, pada masa yang sama menjadikan kulit kaki dengan lembut dan licin. Dengan satu penggunaan sahaja, seseorang individu boleh mendapat hasil yang baik dengan membuang segala kulit kasar di tapak dan tumit kaki. Setiap kali digunakan, penggelek itu boleh dibuka untuk dibasuh atau diganti, sekali gus menawarkan penyelesaian yang berkos efektif untuk kaki yang cantik dan lembut.
Scholl Velvet Smooth Express Pedi kini boleh didapati di farmasi-farmasi terkemuka pada harga RM129.90 seunit. Pek isian semula yang mengandungi dua unit penggelek yang boleh diganti dijual secara berasingan pada harga RM49.90 (untuk dua roller). Setiap penggelek boleh digunakan sehingga 12 rawatan ke atas kedua-dua belah kaki. Satu alat elektronik ini bolehlah diguna satu keluarga berkongsi.
Aku sudah mencuba memang best boleh bersihkan semua kulit kasar di tapak kaki tapi awas kepada yang kaki geli kena berhati-hati jangan pulak tendang isteri yang bersusah payah nak bersihkan tapak kaki anda.
Untuk dapatkan voucher RM10 sila klik SINI
Promosi dari 1 Ogos – 30 September 2014
Selagi stok masih ada
Hanya untuk Scholl Velvet Smooth Express Pedi sahaja
Jom kita tengok demo cara merawat tapak kaki dengan menggunakan Scholl Velvet Smooth Express Pedi …
Aug 18, 2014 | Cara rawat tapak dan tumit kaki yang pecah by denaihati on Keek.com
Untuk maklumat lanjut sila klik ke www.velvetsmooth.com.my. Nak tanya soalan ke, nak search butik Scholl ke kan. Semua boleh ada dalam website ni. Selamat bergeli-geli tapak kaki.
416 Comments
Menarik jugak produk ini. Sangat berguna untuk mereka yang sering mengalami tapak kaki pecah. Lagipun mudah pulak nak menggunakannya. Terbaekkkk!
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen Bloggers : 20 Facts About Me
siapkan sahaja duitnya sudah boleh lakukannya di rumah pada bila-bila masa. waktu inilah kaki kita perlukan belaian manja tersangat-sangat. Kata sayangkan kaki.
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 18/2014_Mayfair Bodyline
bagusnya ada express pedi. sangat membantu bagi mereka yang ada masalah crack bawah tapak kaki ni. kadang kadang tanpa sedar kan. Mungkin sebab banyak berjalan dan berdiri..Tengok pada penggunaan pun mudah je tu. dapat cuba bagus jugak ni 🙂
Curahan rasa Azhafizah @ ..Tugasan Kedua Cabaran miliki iPhone 5s impian setiap blogger
Walaupun usia wawa baru je 18 tahun tapi sudah menghadapi masalah tapat kaki pecah. Pelbagai cara dah guna tapi tidak menjadi, rasanya kena beli scholl velvet smooth express pedi ini utk hilangkan tapak kaki pecah. Mungkin faktor cuaca dan kerap berjalan menjadi punca tapak kaki wawa pecah.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
kaki aku pun rasanya dah patut dapatkan belaian menggunakan alat yang menarik ni.
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Soalan Bocor
boleh dapatkannya pusat membeli-belah yang berdekatan kalau boleh tunggulah produk ini tengah buat sale untunglah rm kita sikit. Tapi jika benar-benar memerlukan wajarlah anda dapatkannya segera.cegah sebelum parah katanya
Curahan rasa cahayacinta @ ..DIY Kasut Macam Retis
macam menarik je alat ni untuk dibeli..:-)
kalau ia rasa satu keperluan makan wajb beli tak salah kalau kita membeli dan mencuba sesuatukan
Curahan rasa cahayacinta @ ..DIY Kasut Macam Retis
bagus untuk kaki-kaki yang degil rasanya ni.
Curahan rasa hikaru matsushima @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41
Best benda ni. Saya nak cuba juga.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Contest Sunsilk Malaysia Menangi RM20000
bestnye ade orang tolong maasage kan kaki..:)
Boleh rehatkan kaki kan..hehe. Bagi ok perjalanan darah.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Contest Sunsilk Malaysia Menangi RM20000
Sapa2 yang tak tahan geli tu kena jaga2, silap2 naya jer orang yang mengulit tapak kakinya
Curahan rasa Ezlaila @ ..Penemuan Nota Bekas Tahanan Perang Russia Yang Membongkar Sikap Sebenar Yahudi
Setahu saya tumit pecah selalunya bila kaki terbuka seperti selalu pakai selipar, tapi kalau tertutup seperti pakai kasut penuh tidak pula tumit kaki pecah. Begitulah tapak kaki saya….
Curahan rasa ahmadyani @ ..Sambunganâ¦Banyak Tulis Tidak Terbit
ya, biasanya macam tulah, faktor kerja juga, kerja kasar dan kaki terdedah, contohnya kena sabun pencuci, simen, berkebun, memang banyak lagi.
Curahan rasa Denaihati @ ..Barclays Premier League 2014/15 jadual waktu Malaysia dan keputusan
Huhu..memang menarik ini produk..selalu guna bio oil jer..tapi tak nampak kesan sangat..leh cuba menda ni pulak..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Wordless Wednesday #91 âIsteri Asyik Kentut
boleh cubalah produk ni pulak, kalau diizinkan, berksesan nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tiga iPhone 5S untuk dimiliki
Kalau tahan geli takpa lah..kalau eden mau menangis kegelian..;P
Curahan rasa Kereta Sewa Ampang @ ..Nasi Kandar Pelita Ampang
he..he. lama-lama oklah kot. syok juga ni, massage ringan kat tapak kaki….
Curahan rasa Denaihati @ ..Haji bukan keutamaan hidup
Suka pakai kasut scholl time pregnant.
Comfortable tahap dewi 🙂
Curahan rasa Mrs. A @ ..Wordless Wednesday #11
“Comfortable tahap dewi”.., nampak memang puashati sangat-sangat ni, review bagus.
Curahan rasa Denaihati @ ..Jadual dan Keputusan Champions League 2014/15
Tak pernah try lagi tapi kasut scholl terutama jenis pump shoes memang awesome ! Sangat-sangat selesa bila berjalan.
Curahan rasa rahimah @ ..Madu Lebah Boleh Terangkan Mata ? Jom Kita Cuba !
dah pakai dan ada pengalaman mesti puashatilah ni. boleh cuba pulak Scholl Velvet Smooth Express Pedi
Curahan rasa Denaihati @ ..Jenazah Hasni Hardi masih sempurna
Jenama Scholl memang berkualiti. Dah pakai 3 tahun kasut yang sama masih tak rabak-rabak lagi.
betul, sangat berkualiti, tahan dan sangat dipercayai, memang berbaloi biasanya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Jenazah Hasni Hardi masih sempurna
Comments are closed.