Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bersyukur kita kepada ALLAH SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat berkumpul pada hari ini. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhamad SAW kerana dengan pengorbanan baginda kita mendapat nikmat iman dan Islam.
Jutaan terima kasih kepada En. Mohd Sukari Bin Ab. Hamid yang mewakili sahabat saya YBHG. DATO’ MOHID MOHAMED, Timbalan Ketua Setiausaha 1, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana sudi bersama dengan warga blogger pada pagi ini. Terima kasih tidak terhingga juga kepada :
- Saudara Shahul Hameed Shaik Dawood, Founder dan Presiden Majlis Sosial Media Malaysia
- Mr Joe Wong, Pengurus Perhubungan Awam Yeo’s Malaysia.
- Pn. Amiza CEO Ocean Life Marketing Sdn Bhd
- Pn. Rozita Ibrahim, Pengasas Sendayu Tinggi dan Jamu Ratu Malaya.
- Tn Hj Azhar Hj Baharin, MD Segi Seri Sdn Bhd
- Pn Hasniza Pengasas Butik Umi Umairah
- Ustaz Ashaari Pengerusi Koperasi Islam Kemboja
- Rakan Blogger yang datang dari pelusuk Malaysia, sahabat blogger dari Indonesia dan Brunei.
Pejam celik rasanya baru semalam saya mengumumkan Majlis Sepetang Bersama Blogger Yeo’s 2014 alhamdulillah hari ini kita lebih 340 blogger dan jemputan berkumpul di Restoran Saloma Bistro. Memang tak rancang nak anjurkan SBB2014 tetapi memang rezeki untuk rakan blogger apabila Yeo’s Malaysia sudi untuk menjadi penaja utama. Jutaan terima kasih kepada Yeo’s.
Memang tak percaya apabila semua meja untuk rakan blogger ditempah penuh dalam tempoh tujuh hari sahaja walaupun dikenakan sedikit bayaran. Sambutan yang sangat mengalakan telah membuka pintu beberapa syarikat untuk menjadi co-sponsor iaitu :
- Oceanlife Marketing Sdn Bhd yg terkenal dengan produk kecantikan Ephyra akan datang bersama Duta produk Norman Hakim dan Memey.
- Lazada Malaysia sebuah Online Shopping Mall premier yang datang bersama associate Blogger.
- MyNic Berhad sole administrator domain .my.
- Butik Ummi Umairah pengeluar tudung premier khas untuk wanita eksekutif yang mementingkan kualiti.
- Al Ansar Health Sdn Bhd menyediakan pusat Rawatan Alternatif pilihan ramai.
- Segi Seri Sdn Bhd syarikat Pengendalian Perkhidmatan Makanan berpusat di Shah Alam.
Terima kasih kepada team iLuvTour kerana sudi menjadi photographer dan videographer untuk majlis ini begitu juga jutaan terima kasih kepada semua yang sudi menaja berbagai hadiah cabutan bertuah antaranya Jamu Ratu Malaya, Severfreak, AirAsia Malaysia, Gaya Travel, Little Scarf Collection, MyMustaffa.org, Kedaicotton.com, Nadot.my, Bachplussize, Lagenda Otak-otak, Anjung Jelita Spa & Beauty Center, Noehas.com, Ciklaili.com, Mohd Zulfan Islami, Belladina Shop, Penmerah.com, Amanz.my dan penderma-penderma yg tidak mahu nama mereka disebut.
Terima kasih juga kepada pihak media massa yang sudi bersama memeriahkan majlis pada hari ini, semuga majlis ini akan dapat mengeratkan hubungan antara blogger dan rakan media yang kekadang ada pasang dan surutnya.
Terima kasih juga kepada Rakan-rakan Blogger yang sudi berkongsi ilmu selepas ini antaranya Ben Ashaari, Shafiee Bustan, Redmummy, Zarul Husin dan Hazman Fadzil.
Terima kasih juga kepada kumpulan Chempuling yang dibawa khas di Banting oleh Saudara Masruken. Semuga semua terhibur dengan musik tradisional ini.
Sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua kerana tanpa mereka pasti tiadalah seri majlis ukhwah pertemuan warga blogger ini. Untuk pengetahun para jemputan ini adalah majlis sepetang bersama blogger hari ini adalah kali ke tiga setelah berjaya dianjurkan pada tahun 2012 dan 2013. Alhamdulillah penganjuran majlis sepetang bersama blogger telah berjaya merapatkan hubungan bukan sahaja di kalangan blogger juga blogger dengan syarikat-syarikat korporat, media massa dan masyarakat. Program santai ini telah dapat mempertemukan rakan-rakan blogger yang selama ini hanya berinteraksi secara online di FB, Twitter dan Instagram. Ramai di kalangan kita yang kali pertama bertemu pada hari ini.
Peranan blogger dan masyarakat pada suatu masa dahulu memang agak renggang sehingga ada yang mengistilahkan blogger sebagai blogger liar yang ditakuti. Kini semuanya sudah berubah dimana blogger memainkan peranan yang penting bukan sahaja dalam masyarakat tetapi juga dalam dunia bisnis. Semakin banyak syarikat korporat berjenama besar yang sudah berani meluaskan perniagaan dengan menggunakan khidmat blogger. Menjadi azam Denaihati Network untuk melatih seramai mungkin blogger profesional yang bakal mewarnai dunia bisnis Malaysia dan dunia sehingga berjaya meningkatkan pulangan sesebuah perniagaan. Kalau dahulu blogger hanya hobi inshaa Allah ianya akan menjadi kerjaya profesional yang bukan sahaja boleh menyara hidup tetapi bakal menjadi usahawan online yang berjaya.
Untuk mencapai matlamat tersebut inshaa Allah berbagai latihan akan dianjurkan oleh Denaihati Network antaranya seminar asas buat blog, seminar master buat blog dan yang terdekat adalah “Seminar Gandakan duit dengan blog” pada 17/5/2014. Kepada yang berminat boleh mendaftar di meja pendaftaran dengan yuran istimewa untuk hari ini iaiatu RM88 sahaja. Selepas majlis SBB2014 yuran penyertaan adalah RM188 jadi jangan lepaskan peluang. Jangan sayang untuk melabur untuk ilmu kerana mungkin dengan pelaburan yang sedikit akan memberi pulangan ekonomi yang boleh mengubah nasib keluarga dalam suasana ekonomi dunia yang sangat mencabar.
Kerjaya sebagai blogger memang boleh diharap kalau kita bersungguh-sungguh memberi penulisan berkualiti kepada pembaca. Blog Denaihati telah membuktikan setelah mendapat berbagai kejayaan selama tempoh 5 tahun berada di alam maya. Antara kejaya manis adalah mendapat tiga anugerah dari Majlis Sosial Media Malaysia iaitu Best Blog of the year 2012, Most Creative blog 2013 dan terkini Best Micro Blog 2014. Blog Denaihati juga telah terpilih sebagai Best Personal blog 2013 oleh MyNic. Terima kasih kepada Majlis Sosial Media Malaysia dan MyNic kerana mempercayai blog Denaihati.
Sebagai menutup kata saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada team Denaihati yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Jika ada salah silap yang tidak sempurna saya bagi pihak team Denaihati memohon ampun dan maaf. Semuga majlis kita akan memberi manafaat bukan sahaja kepada yang berada di sini juga kepada pembaca-pembaca blog di luar sana. Dan paling penting semuga kita semua dapat memberi biar pun sedikit manaafat kepada seluruh alam.
Sekian terima kasih.
Dapatkan coverage Sepetang bersama blogger 2014 dengan hashtag #SBB2014 di Twitter dan FB
No related posts.
63 Comments
tahniah atas penganjuran ini tuan dan team denaihati network
Curahan rasa azwan @ ..Sepetang Bersama Blogger Dan Yeos 2014 Terbaik !
Wah bestnyer. apsal la aku x perasan event nie. 🙁
Curahan rasa jep wan @ ..Senarai Jutawan Teknologi 2014
Pertama kali saya dtg event seperti ni, mula2 segan jgk sebab saya datang seorang, kenal pun 1-2 orang sahaja. Tapi semalam kenal ramai lagi, walaupun tak larat nak sapa semua, letih dan mengantuk yg teramat sgt sebab 2-3 hari sebelum tu kehulu kehilir shooting.
Apa-apa pun memang berpuas hati, tahun depan memang akan join lagi 🙂
Curahan rasa tarmizishukri @ ..Bengkel Lanjutan dan Asas Pencahayaan di Taman Saujana Putrajaya
mesti lah best kan cikgu
Curahan rasa azwan @ ..Sepetang Bersama Blogger Dan Yeos 2014 Terbaik !
Memang terbaik. Program yang memartabatkan industri blog negara kita…
Curahan rasa Saljuhumairah @ ..Februari – Alhamdulillah Target 9 Komisyen Kerja Sambilan di Rumah Tercapai
Terima kasih untuk teamwork Denaihati.
Curahan rasa kakmahh @ ..Pasir Salak,Perak
Tahniah Acara berlangsung dengan sukses semoga akan terus membawa pesertanya jauh melangkah dalam dunia blogger dan kerja online
Curahan rasa munir ardi @ ..Is Poor Hygiene the Cause of Acne?
Tahniah kerana berjaya menganjurkan perhimpunan bersama blogger Malaysia. Semoga acara ini akan diteruskan pada masa akan datang.
Curahan rasa Bahrain @ ..Spekulasi Kehilangan Pesawat MH370
Terbaik.. Semoga menjadi event tahunan…
Good job team Denaihati…
Terima KAsih banyak2…
Curahan rasa fazrol @ ..Kecewa dengan Cabutan Bertuah SBB2014
Congratulation kepada pihak penganjur, Denaihati dengan jayanya menganjurkan majlis yang gilang gemilang sebentar tadi. Sangat meriah, overall rating memang superb dari segi pengurusan dan keberkesanan objective yang ingin disampaikan dalam program #SBB2014 ! Jumpa lagi di lain event..
Curahan rasa fiuzzhafiz @ ..Berapakah bayaran kepada jurugambar/ photographer?
Tahniah buat Denaihati Network yang telah sukses menggelar acara SBB2014 yang merupakan salah satu acara kumpul blogger terbesar se-Asia Tenggara. Sekali lagi tahniah dan semoga sukses selalu
Salam,
Tahniah buat DH diatas kejayaan penganjuran SBB2014. Semoga ianya akan terus menjadi event terunggul dikalangan blogger dan bersama berkongsi ilmu serta mengeratkan jalinan ukhwah.
Semoga juga event ini akan terus menjadi acara tahunan dan mengumpulkan lebih ramai lagi peluang utk blogger menyertai. Tahniah sekali lagi kpd DH dan semua blogger yg terlibat!
Curahan rasa BM @ ..Notis Dan Jadual Catuan Bekalan Air di Selangor & KL Peringkat Ke 3
Assalammualaikum dan salam 1dunia…saya sebagai wakil dari Kumpulan Riadhah Cempuling Banting mengucapkan tahniah dan syabas diatas penganjuran program yang terbaik. di do’akan semoga Team Denaihati Network khususnya dan para blogger seluruh malaysia umumnya akan terus menulis dengan jayanya…TAHNIAH buat semua.
Tahniah denaihati dan team denaihati kerana telah berjaya menganjurkan majlis yang semeriah ini dan dapat menggumpul para blogger dan penaja2 .
selain mendapat ilmu yang bermanfaat, kami juga dapat berkenal kenalan dengan blogger2 lain yg selama ini hanya kenal dilaman sosial sahaja.
Mudah2an banyak lagi anjuran seperti ini dimasa depan dan banyak lagi ilmu yang dikongsikan.
*Alhamdulillah saya pun dah daftar untuk sertai seminar gandakan duit dengan blog..
Curahan rasa hannyabdullah @ ..Cara Nak Tanamkan Minat Belajar Anak-anak
Tahniah Tuan Denaihati dan Team Denaihati Network kerana berjaya menganjurkan SBB2014… Tidak lupa juga kepada barisan penaja yang sudi menghulurkan sumbangan untuk memeriahkan event tahunan untuk blogger ini… Semoga event seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.. Dan harap masa tu saya amempunyai kelapangan masa untuk menyertai event ini… TAHNIAH buat semua… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Projek Investment Holding Company Untuk Alumni UTHM/KUiTTHO/ITTHO/PLSP
Comments are closed.