Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bersyukur kita kepada ALLAH SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat berkumpul pada hari ini. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhamad SAW kerana dengan pengorbanan baginda kita mendapat nikmat iman dan Islam.
Jutaan terima kasih kepada En. Mohd Sukari Bin Ab. Hamid yang mewakili sahabat saya YBHG. DATO’ MOHID MOHAMED, Timbalan Ketua Setiausaha 1, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana sudi bersama dengan warga blogger pada pagi ini. Terima kasih tidak terhingga juga kepada :
- Saudara Shahul Hameed Shaik Dawood, Founder dan Presiden Majlis Sosial Media Malaysia
- Mr Joe Wong, Pengurus Perhubungan Awam Yeo’s Malaysia.
- Pn. Amiza CEO Ocean Life Marketing Sdn Bhd
- Pn. Rozita Ibrahim, Pengasas Sendayu Tinggi dan Jamu Ratu Malaya.
- Tn Hj Azhar Hj Baharin, MD Segi Seri Sdn Bhd
- Pn Hasniza Pengasas Butik Umi Umairah
- Ustaz Ashaari Pengerusi Koperasi Islam Kemboja
- Rakan Blogger yang datang dari pelusuk Malaysia, sahabat blogger dari Indonesia dan Brunei.
Pejam celik rasanya baru semalam saya mengumumkan Majlis Sepetang Bersama Blogger Yeo’s 2014 alhamdulillah hari ini kita lebih 340 blogger dan jemputan berkumpul di Restoran Saloma Bistro. Memang tak rancang nak anjurkan SBB2014 tetapi memang rezeki untuk rakan blogger apabila Yeo’s Malaysia sudi untuk menjadi penaja utama. Jutaan terima kasih kepada Yeo’s.
Memang tak percaya apabila semua meja untuk rakan blogger ditempah penuh dalam tempoh tujuh hari sahaja walaupun dikenakan sedikit bayaran. Sambutan yang sangat mengalakan telah membuka pintu beberapa syarikat untuk menjadi co-sponsor iaitu :
- Oceanlife Marketing Sdn Bhd yg terkenal dengan produk kecantikan Ephyra akan datang bersama Duta produk Norman Hakim dan Memey.
- Lazada Malaysia sebuah Online Shopping Mall premier yang datang bersama associate Blogger.
- MyNic Berhad sole administrator domain .my.
- Butik Ummi Umairah pengeluar tudung premier khas untuk wanita eksekutif yang mementingkan kualiti.
- Al Ansar Health Sdn Bhd menyediakan pusat Rawatan Alternatif pilihan ramai.
- Segi Seri Sdn Bhd syarikat Pengendalian Perkhidmatan Makanan berpusat di Shah Alam.
Terima kasih kepada team iLuvTour kerana sudi menjadi photographer dan videographer untuk majlis ini begitu juga jutaan terima kasih kepada semua yang sudi menaja berbagai hadiah cabutan bertuah antaranya Jamu Ratu Malaya, Severfreak, AirAsia Malaysia, Gaya Travel, Little Scarf Collection, MyMustaffa.org, Kedaicotton.com, Nadot.my, Bachplussize, Lagenda Otak-otak, Anjung Jelita Spa & Beauty Center, Noehas.com, Ciklaili.com, Mohd Zulfan Islami, Belladina Shop, Penmerah.com, Amanz.my dan penderma-penderma yg tidak mahu nama mereka disebut.
Terima kasih juga kepada pihak media massa yang sudi bersama memeriahkan majlis pada hari ini, semuga majlis ini akan dapat mengeratkan hubungan antara blogger dan rakan media yang kekadang ada pasang dan surutnya.
Terima kasih juga kepada Rakan-rakan Blogger yang sudi berkongsi ilmu selepas ini antaranya Ben Ashaari, Shafiee Bustan, Redmummy, Zarul Husin dan Hazman Fadzil.
Terima kasih juga kepada kumpulan Chempuling yang dibawa khas di Banting oleh Saudara Masruken. Semuga semua terhibur dengan musik tradisional ini.
Sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua kerana tanpa mereka pasti tiadalah seri majlis ukhwah pertemuan warga blogger ini. Untuk pengetahun para jemputan ini adalah majlis sepetang bersama blogger hari ini adalah kali ke tiga setelah berjaya dianjurkan pada tahun 2012 dan 2013. Alhamdulillah penganjuran majlis sepetang bersama blogger telah berjaya merapatkan hubungan bukan sahaja di kalangan blogger juga blogger dengan syarikat-syarikat korporat, media massa dan masyarakat. Program santai ini telah dapat mempertemukan rakan-rakan blogger yang selama ini hanya berinteraksi secara online di FB, Twitter dan Instagram. Ramai di kalangan kita yang kali pertama bertemu pada hari ini.
Peranan blogger dan masyarakat pada suatu masa dahulu memang agak renggang sehingga ada yang mengistilahkan blogger sebagai blogger liar yang ditakuti. Kini semuanya sudah berubah dimana blogger memainkan peranan yang penting bukan sahaja dalam masyarakat tetapi juga dalam dunia bisnis. Semakin banyak syarikat korporat berjenama besar yang sudah berani meluaskan perniagaan dengan menggunakan khidmat blogger. Menjadi azam Denaihati Network untuk melatih seramai mungkin blogger profesional yang bakal mewarnai dunia bisnis Malaysia dan dunia sehingga berjaya meningkatkan pulangan sesebuah perniagaan. Kalau dahulu blogger hanya hobi inshaa Allah ianya akan menjadi kerjaya profesional yang bukan sahaja boleh menyara hidup tetapi bakal menjadi usahawan online yang berjaya.
Untuk mencapai matlamat tersebut inshaa Allah berbagai latihan akan dianjurkan oleh Denaihati Network antaranya seminar asas buat blog, seminar master buat blog dan yang terdekat adalah “Seminar Gandakan duit dengan blog” pada 17/5/2014. Kepada yang berminat boleh mendaftar di meja pendaftaran dengan yuran istimewa untuk hari ini iaiatu RM88 sahaja. Selepas majlis SBB2014 yuran penyertaan adalah RM188 jadi jangan lepaskan peluang. Jangan sayang untuk melabur untuk ilmu kerana mungkin dengan pelaburan yang sedikit akan memberi pulangan ekonomi yang boleh mengubah nasib keluarga dalam suasana ekonomi dunia yang sangat mencabar.
Kerjaya sebagai blogger memang boleh diharap kalau kita bersungguh-sungguh memberi penulisan berkualiti kepada pembaca. Blog Denaihati telah membuktikan setelah mendapat berbagai kejayaan selama tempoh 5 tahun berada di alam maya. Antara kejaya manis adalah mendapat tiga anugerah dari Majlis Sosial Media Malaysia iaitu Best Blog of the year 2012, Most Creative blog 2013 dan terkini Best Micro Blog 2014. Blog Denaihati juga telah terpilih sebagai Best Personal blog 2013 oleh MyNic. Terima kasih kepada Majlis Sosial Media Malaysia dan MyNic kerana mempercayai blog Denaihati.
Sebagai menutup kata saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada team Denaihati yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Jika ada salah silap yang tidak sempurna saya bagi pihak team Denaihati memohon ampun dan maaf. Semuga majlis kita akan memberi manafaat bukan sahaja kepada yang berada di sini juga kepada pembaca-pembaca blog di luar sana. Dan paling penting semuga kita semua dapat memberi biar pun sedikit manaafat kepada seluruh alam.
Sekian terima kasih.
Dapatkan coverage Sepetang bersama blogger 2014 dengan hashtag #SBB2014 di Twitter dan FB
No related posts.
63 Comments
Saya sangat seronok bekerja dengan team Denaihati….. yeah!!
Curahan rasa lAl @ ..Bukan senang nak menghadap yang HARAM
Tahniah kepada semua team Denaihati , kalau tiada komitmen kerja kelmarin , sudah tentu saya akan turut serta SBB2014 ni, mungkin tahun depan la kot kita bersua
Curahan rasa wazy @ ..Formula Pantas Seru Rezeki
gambar kami posing masa selfie dengan monopod di merata-rata,, hahaha,, sape yang memula amik gambar ni ye,,, kah3.. btw, tq tuan haji amir,,, it was an awesome event!!! 😀
Curahan rasa muja @ ..Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 #SBBYEOS2014
hehehe gambar kami posing pun ada.. hihi malu2 Tahniah Team denaihati sbb2014 sngat berjaya… rasa sngat bertuah dapat join sbb kali nih.. dapat bnyak kenalan blogger baru pengalaman baru dan tentunya ilmu2 yang hebat heeeeeeeeeeeeee tahniah skali lagi…
Curahan rasa sheda ucu @ ..Blog Design | 3 Tempahan Blog Design Terbaru
Alhamdulillah dan sekalung tahniah untuk team denaihati…biarpun tak dapat join kali ini…terasa kemeriahannya bila tengok gambar-gambar blogger yg hadirkan diri.
Curahan rasa ema @ ..Memetik kata-kata dari Kapten Norudin
nampak berjaya sungguh SBB 2014 ni..
Curahan rasa zool @ ..Lee Chong Wei menang Juara Seluruh England 2014
Jutaan tahniah buat DH kerana sekali berjaya dengan penganjuran majlis yg gilang gemilang
Curahan rasa weschairs @ ..Jahat sejahat-jahatnya
tahniah team Denaihati Network kerana telah bertungkus-lumus bagi menjayakan program Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2014 kali…harap program sebegini akan diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang…amin…:D
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 Lebih Meriah Tetapi…
Syabas tuan denaihati..rasanya tahun ni lagi meriah dan ramai peserta..kan?hehe..
Curahan rasa Hafizul @ ..Duit Gaji Tak Pernah Cukup???
Tahniah DH atas penganjuran majlis yang meriah dan bergaya..Sambutan hangat lagi. Semoga penganjurannya akan bertambah meriah pada tahun-tahun akan datang…Tahniah kepada semua pemenang..hadiah utama dan juga cabutan bertuah…
Curahan rasa Raudzah @ ..GA Mac 2014 By Emas Putih
terima kasih team denaihati 🙂
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Boleh Ke Liverpool Menang EPL Musim Ni?
Tahniah atas penganjuran majlis yang sangat meriah ni. Ada rezeki, boleh juga join lagi nanti 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..Kepentingan Protein Soya Bagi Ibu Mengandung
Tanniah kepada tuan Ilham dan tim kerana menjayakan #SBB14 dan Yeos
Curahan rasa akubiomed @ ..Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 satu lagi sejarah tercipta
Comments are closed.