Sayangkan Suami Orang

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri. Berbagai masalah rumahtangga seperti isteri sayangkan suami orang, suami sayangkan isteri orang, main cinta dengan jiran,  main cinta dengan teman sekerja, suami curang ketika isteri mengandung, main cinta dengan adik ipar, main cinta dengan abang ipar, suami tidak adil berpoligami, suami mati pucuk, isteri didera suami, suami didera isteri, suami makan luar dan bermacam lagi masalah rumahtangga. Kalu nak disenaraikan dua hari dua malam tak habis nak tulis.

Orang tua kata ujian berumahtangga ini datang pada 4 bulan pertama kalau lepas datang lagi ujian di tahun pertama. Kalau terlepas dua ujian akan datang lagi ujian di tahun ke 5 perkahwinan dan selalunya ujiannya agak berat. Kalau terlepas 3 ujian maka akan datang lagi ujian pada usia 40 tahun si suami dan ini biasanya memang memang berat. Kalau lepas ke empat-empat ujian insyallah biasanya boleh terus ke anak cucu cicit. Kan ujian itu dari Allah swt untuk jadikan asam garam kehidupan dan nikmat rumahtangga itu lebih enak apabila dapat mengharungi dan menyelesaikan masalah bersama. Mana ada hidup tanpa masalah.

Joom join iRunding.com.my

Kepada teman-teman yang ada masalah juga yang belum ada masalah rumahtangga adalah sangat digalakkan untuk join komuniti soaljawab masalah rumahtangga terbesar di Malaysia yang akan di jawab sendiri oleh Dato’ Mohhd Zaidi, Peguam Syariah yang terkenal di Malaysia di http://irunding.com.my.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat“.

Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula.” (An Nur: 26)

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.”


Spread the love

177 Comments

  1. Hebatnya dugaan kerana yang datang adalah ciri-ciri yang mugkin didamkan sebelum berkahwin lagi.Adakah ini rencah yang perlu ditempuhi sebagai seorang isteri/suami bekerjaya? Semoga sifat kurangan suami/isteri tidak dijadikan alasan untuk kita bersikap curang. Ya Allah …Jauhkan aku dari benda2 itu meskipun aku tahu aku berisiko ke arah itu!

    kepada suami/isteri yang tidak mahu isteri2/suami2 mereka berkandal di pejabat, cubalah menjadi yang terbaik untuk suami/isteri.Bukan setakat skandal…isteri/suami menyimpan minat terhadap orang lain atas kekurangan suami/isteri pun sudah dianggap suami/isteri itu tidak berjaya dalam rumahtangganya. Cuba2 lah atasi untuk berubah menajdi yang terbaik di mata suami atau isteri masing2!
    Curahan rasa wan @ ..Besi Hilang!My Profile

    1. kak sama posisi kita skrang,tpiu kak apa nak buat?nasi sudah jadi bubur……..tapi hati ini blum bisa menerima……hati ini bkan main sakit

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!