Assalamualaikum dan salam 1Dunia, atas permintaan Rakan Blogger sekali lagi dipaparkan kenyataan akhbar Video Contest “PETRONAS Saya Suka Malaysia” dalam Bahasa Melayu. Sekarang waktu mengundi Video Saya Suka Malaysia yang terbaik sehingga tarikh tutup pada 12 September 2011. Hadiah RM25,000 akan dikongsi oleh 5 video yang mendapat undi tertinggi. Sila baca kenyataan akhbar :
PETRONAS Saya Suka Malaysia.
Apakah yang menjadikan Malaysia Malaysia? Apakah antara faktor warga Malaysia menyayangi negara ini?
Adakah nasi lemak? Masakan ibu dirumah? Semangat muhibah di antara kaum? Melepak dengan rakan-rakan sambil “teh tarik”? Adakah kerana “Tapir” atau “Orang Utan”? Atau adakah kerana Malaysia mempunyai wanita-wanita yang cantik? Ini adalah sebahagian daripada jawapan yang kreatif dan menghiburkan dari rakyat Malaysia yang dirakamkan di dalam video Petronas – Saya Suka Malaysia.
Untuk meraikan semangat Hari Merdeka di kalangan rakyat Malaysia, PETRONAS telah mewujudkan platform online yang unik bagi rakyat Malaysia untuk meluahkan perasaan bangga dan gembira mereka. Bertajuk “PETRONAS Saya Suka Malaysia” (Berasaskan “like” di Facebook) peraduan ini telah dirancang dan dilaksanakan oleh Zenith Media dan berlangsung dari 23 Ogos hingga 12 September 2011. Peraduan ini adalah mudah : Warga Malaysia ditanya “apa yang mereka suka mengenai Malaysia” dan video jawapan mereka akan dimuat-naik untuk ditonton dan diundi. Lima video dengan undi tertinggi masing-masing akan menerima tunai sebanyak RM5, 000.
Semua Warga Malaysia dijemput untuk menghantar e-mel video mereka, atau untuk hadir di lokasi tertentu di mana selebriti dan krew kamera akan menjalankan temu bual. Selebriti yang mengambil bahagian termasuklah pelakon Cheryl Samad, DJ KK Wong, dan pelawak Indi Nadarajah.
Sambutan dari warga Malaysia sangatlah luar biasa : Selama seminggu, kira-kira 300 video individu dimuat-naik di laman Facebook PETRONAS Saya Suka Malaysia. Lebih daripada 600,000 pengunjung melayari halaman tersebut dalam kurang dari 1 minggu ini, ditambah dengan lebih 15,000 peminat baru untuk PETRONAS bermakna bahawa kesederhanaan PETRONAS Saya Suka Malaysia telah menyentuh hati ramai rakyat Malaysia.
Saya Suka Malaysia juga secara spontan telah menjadi hashtag popular di Twitter, menunjukkan bahawa konsep tersebut diterima oleh pengguna. Anda juga boleh tweet pandangan anda tentang apa yang anda sayangi mengenai Malaysia, dengan menambah # sayasukamalaysia di Tweeter untuk berkongsi pandangan.
Rasailah semangat Merdeka dan untuk menonton beberapa video yang menghiburkan dan membuat undian anda (siapa tahu, anda mungkin boleh melihat video kawan-kawan anda di sana!) lawatilah laman web PETRONAS Saya Suka di http://www.facebook.com/petronas1 (atau search Petroliam Nasional Berhad, dan klik pada tab “Saya Suka Malaysia”).
Terima Kasih
Zenith Media
29 August 2011
Contoh Video “Saya Suka Malaysia”
Daripada senarai top 10 video majoriti yang leading adalah rakan-rakan Cina kita. Sekarang ini masa mengundi joom kita sokong kawan-kawan kita samada Melayu atau Cina atau India @ http://www.facebook.com/petronas1?sk=app_253025874720005
62 Comments
Saya suka Malaysia sebab saya anak jati Malaysia. 😀
Menarik ni kontesnya, bisa menumbuhkan semangat nasionalisme dan kebangsaan
sukses selalu buat denaihati nyang selalu up to date mempostingkan berita dan informasi
Curahan rasa Rina As @ ..Faktor yang Mempengaruhi Pagerank Google
Mungkin di masa depan ada yg lain contest atau lain acara utk join.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Diet Legakan Usus Rengsa
Kepada yg mengambil bahagian semoga berjaya. Saya cuma tumpang kejayaan anda semua.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Diet Legakan Usus Rengsa
Ya, slamat berjaya untuk semua peserta contest…
Curahan rasa KDN @ ..Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Tak sempat nak buat apa-apa, tak ada peralatan, tapi saya suka Malaysia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Diet Legakan Usus Rengsa
kontest macam ni, memang aku fail selalu. haha..
Yer la.. ada banyak saingan.. tapi kalau ada orang support dari belakang lagi best..
Curahan rasa Steward John @ ..Merdekakah kita?
humak aihkontest ini terlalu berkuliti memerlukan kreativiti. semoga yg terbaek berjaya!! saksama menilai kreativiti
Curahan rasa shahblogger @ ..Blog Terindex di Google
semoga berjaya..
Curahan rasa aried @ ..Nikmat Kahwin | Ayat Malam Pertama dan 1000 Malam Selepasnya
jom undi weh..
Curahan rasa Fakarepain @ ..TANAH PERKUBURAN BERSAING DENGAN PEMBANGUNAN DI SINGAPURA
saya rasala ia jadi popular sebab hadiah lumayan, hahaha
Curahan rasa hakmi @ ..ZMOT: Ebook percuma daripada Google
Wah, mcm best peraduan ni,,,
Curahan rasa KDN @ ..What is acne?
Kreativi diperlukan. Manalah tahu “tuah ayam dikaki,tuah manusia siapa lah yang tahu”
saya suka malaysia sbb bini saya org Malaysia (perasan diri cam bukan org Malaysia je)
Curahan rasa ekspresiruang @ ..The Crane Lamp: Inspirasi Matt Downer Daripada Kren Pembinaan
haha…saya suka malaysia sebab kebetulan lahir kat malaysia.hehe…
Curahan rasa pacifista @ ..Contest: Review Alexa @ Pacifista.my
yang nak retis lekaih2 sahut cabaran ni..hehe
Ha.. kena panggil eyra ikut sekali.. haha
Curahan rasa Steward John @ ..How to monetize your blog | Earn with Nuffnang
Saya boleh ikutan nggak Bro…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Freddie Mercury
Bisa dicoba saja tu Bang Iwan
Curahan rasa Steward John @ ..It is not Kiulu Township, it’s KK lah
kalau tidak…. cukuplah sebagai supporter saja.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Freddie Mercury
Nasib baik saya tidak turut serta.. kalau turut serta pasti minta pertolongannya Bang Iwan juga
Curahan rasa Steward John @ ..It is not Kiulu Township, it’s KK lah
cara yg baik unt semai semangat cintakan negara.
Curahan rasa neo @ ..Kejamnya Dunia Blog
Ya, salah satu cara untuk menyenai semangat cintakan tanahair..
Curahan rasa KDN @ ..What is acne?
Comments are closed.