Laungan #Merdeka53 dari Follower Twitter dan Facebook

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ketika aku mula merangka untuk menganjurkan contest Merdeka sempena Kemerdekaan 1Malaysia ke 53 terpanggil aku untuk anjurkan khas kepada follower Facebook dan Twitter yang sentiasa bersama dengan blog ini. Untuk Twitter follower aku decide untuk mereka tweet laungan Merdeka yang bersemangat. Ketika itu aku tercari-cari hashtag yang sesuai supaya mudah aku mencari kembali melalui search twitter. Setelah mencuba beberapa hashtag akhirnya aku memutuskan untuk menggunakan #Merdeka53 sebagai hashtag khas untuk contest Merdeka kerana ketika itu tiada siapa yang menggunakan hashtag #Merdeka53. Tanpa diduga setelah contest dilancarkan hashtag #Merdeka53 telah menjadi top 5 hashtrends di Malaysia mengikut pengicau.com.

Beribu-ribu tweet telah terhasil dengan menggunakan hashtag #Merdeka53 sehingga aku pening untuk menentuka pemenang contest #Merdeka53. Aku rasa perancangan aku dah hebat rupanya perancangan Allah lagi Maha hebat. Tapi aku juga bersyukur rupanya ada juga sumbangan aku untuk merdeka kali ini dengan mencipta hashtag khas #Merdeka53. Untuk itu dengan rasa rendah diri aku nak bagi tahu tiada pemenang untuk twitter follower kerana sangat sukar untuk aku menentukan pemenang. Aku janji selepas cuti AidilFitri aku akan anjurkan contest khas untuk twitter follower sebagai ganti contest #Merdeka53…jangan marah ya!!.

Untuk Facebook follower pula terdapat 6 photo khas #Merdeka53 telah dikirimkan. Walaupun hadiah disediakan untuk 5 pemenang tetapi sponsor Knizam.com dan eQurban.com bermurah hati untuk menghadiahkan kepada semua peserta sebanyak RM50 untuk setiap blogger. Berikut adalah photo menarik.

Kepada pemenang sila kirimkan nama, url, ic, nama bank dan no akaun ke contact atau DM ke Facebook. Duit raya dari aku ni.

[ad#Mangga 300]


Spread the love

116 Comments

  1. Your website (Laungan #Merdeka53 dari Follower Twitter dan Facebook | Denaihati) won’t show up properly on my I phone – you may want to try and repair that 🙂 Noah Mclaughlin

  2. Pingback: Happy Eid Fitr

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!