Assalamualaikum dan salam 1Dunia, atas permintaan Rakan Blogger sekali lagi dipaparkan kenyataan akhbar Video Contest “PETRONAS Saya Suka Malaysia” dalam Bahasa Melayu. Sekarang waktu mengundi Video Saya Suka Malaysia yang terbaik sehingga tarikh tutup pada 12 September 2011. Hadiah RM25,000 akan dikongsi oleh 5 video yang mendapat undi tertinggi. Sila baca kenyataan akhbar :
PETRONAS Saya Suka Malaysia.
Apakah yang menjadikan Malaysia Malaysia? Apakah antara faktor warga Malaysia menyayangi negara ini?
Adakah nasi lemak? Masakan ibu dirumah? Semangat muhibah di antara kaum? Melepak dengan rakan-rakan sambil “teh tarik”? Adakah kerana “Tapir” atau “Orang Utan”? Atau adakah kerana Malaysia mempunyai wanita-wanita yang cantik? Ini adalah sebahagian daripada jawapan yang kreatif dan menghiburkan dari rakyat Malaysia yang dirakamkan di dalam video Petronas – Saya Suka Malaysia.
Untuk meraikan semangat Hari Merdeka di kalangan rakyat Malaysia, PETRONAS telah mewujudkan platform online yang unik bagi rakyat Malaysia untuk meluahkan perasaan bangga dan gembira mereka. Bertajuk “PETRONAS Saya Suka Malaysia” (Berasaskan “like” di Facebook) peraduan ini telah dirancang dan dilaksanakan oleh Zenith Media dan berlangsung dari 23 Ogos hingga 12 September 2011. Peraduan ini adalah mudah : Warga Malaysia ditanya “apa yang mereka suka mengenai Malaysia” dan video jawapan mereka akan dimuat-naik untuk ditonton dan diundi. Lima video dengan undi tertinggi masing-masing akan menerima tunai sebanyak RM5, 000.
Semua Warga Malaysia dijemput untuk menghantar e-mel video mereka, atau untuk hadir di lokasi tertentu di mana selebriti dan krew kamera akan menjalankan temu bual. Selebriti yang mengambil bahagian termasuklah pelakon Cheryl Samad, DJ KK Wong, dan pelawak Indi Nadarajah.
Sambutan dari warga Malaysia sangatlah luar biasa : Selama seminggu, kira-kira 300 video individu dimuat-naik di laman Facebook PETRONAS Saya Suka Malaysia. Lebih daripada 600,000 pengunjung melayari halaman tersebut dalam kurang dari 1 minggu ini, ditambah dengan lebih 15,000 peminat baru untuk PETRONAS bermakna bahawa kesederhanaan PETRONAS Saya Suka Malaysia telah menyentuh hati ramai rakyat Malaysia.
Saya Suka Malaysia juga secara spontan telah menjadi hashtag popular di Twitter, menunjukkan bahawa konsep tersebut diterima oleh pengguna. Anda juga boleh tweet pandangan anda tentang apa yang anda sayangi mengenai Malaysia, dengan menambah # sayasukamalaysia di Tweeter untuk berkongsi pandangan.
Rasailah semangat Merdeka dan untuk menonton beberapa video yang menghiburkan dan membuat undian anda (siapa tahu, anda mungkin boleh melihat video kawan-kawan anda di sana!) lawatilah laman web PETRONAS Saya Suka di http://www.facebook.com/petronas1 (atau search Petroliam Nasional Berhad, dan klik pada tab “Saya Suka Malaysia”).
Terima Kasih
Zenith Media
29 August 2011
Contoh Video “Saya Suka Malaysia”
Daripada senarai top 10 video majoriti yang leading adalah rakan-rakan Cina kita. Sekarang ini masa mengundi joom kita sokong kawan-kawan kita samada Melayu atau Cina atau India @ http://www.facebook.com/petronas1?sk=app_253025874720005
62 Comments
Saya suka Malaysia sebab saya anak Malaysia… 🙂
Curahan rasa yangbaik @ ..Lukisan Pertama Alif dan Buncho
Saya suka Malaysia sbb saya lahir kat Msia,tok nenek dulu pun asal Msia 🙂
mcm ada masalah saja button tweet tu..aisehh..nak share ngan kawan2 twitter pun susah
Cuba lagi…
google butang semoga ada blogger dari netwrok ini yang menang
Curahan rasa munir ardi @ ..Honeymoon At The Gaia Hotel & Reserve, Costa Rica
Haha.. kalau ada kerjasama dari semua pihak, mungkin tidak heran kan
Curahan rasa Steward John @ ..It is not Kiulu Township, it’s KK lah
segan la plak nak join..takpe2…saya tolong vote je
Curahan rasa ainun @ ..Hadiah Bernilai
ye boleh kita vote
Curahan rasa munir ardi @ ..Honeymoon At The Gaia Hotel & Reserve, Costa Rica
Dah bersedia nampaknya bro munir mau tolong vote.. hehe
Curahan rasa Steward John @ ..Merdekakah kita?
mcm best jerk kan…
Curahan rasa hafizal @ ..Selamat Memulakan Kerja
jom vote beramai-ramai~!
Curahan rasa syu90 @ ..SELAMAT HARI RAYA ~!
Mana video buatan syu? kita nak vote dekat sini
Curahan rasa Steward John @ ..How to monetize your blog | Earn with Nuffnang
tak dapat bukak plak kat opis neh.. tunggu balik rumah la..
Curahan rasa eiman @ ..Tips dan Diskaun Perjalanan Balik Kampung Dari PLUS
sape2 y blom join tu, join la cpt yer..
Curahan rasa Fakarepain @ ..BROOKE COLLINS : GADIS YANG TUMBUK BERUANG DEMI SELAMATKAN ANJINGNYA
Memang top ne,bagus juga buat contest cam ne sempena hari kemerdekaan bulan lepas
Curahan rasa Nadia @ ..Resume Outline
Orang yang hebat je akan join 😛
Curahan rasa BloggerHowtt @ ..Samsung I9103 Galaxy R
Yang penting idea tu mencurah2.. Kalau hebat tapi tiada idea pun tak guna juga kan
Curahan rasa Steward John @ ..How to monetize your blog | Earn with Nuffnang
bagi mereka yang berkemahiran inilah peluang utk mendapatkan rewards. lagi2 yang ada vblog…..
Curahan rasa W.R @ ..Tetapkan Sasaran Bounce Rate
Betul tu
Curahan rasa BloggerHowtt @ ..Samsung I9103 Galaxy R
masa untuk tunjukkan bakat ni WR
Curahan rasa neo @ ..Mahu Menjadi Pakar Dalam Niche Blog Anda – Baca Ini Dahulu
Bakat terpendam ker tu? hehe
Curahan rasa Steward John @ ..Merdekakah kita?
akan acik cuba undikan …
Curahan rasa Acik @ ..Macam Ini pun Ada Ke?
mesti ramai sesangat masuk ni..oho..
Confirm ramai yang akan menyertai peraduan ini..sebab hadiahnya sangat lumayan!
Curahan rasa KDN @ ..What is acne?
Betul tu.. dah hadiah dia bukan main sikit lagi.. boleh beli kereta tu.
Curahan rasa Steward John @ ..Merdekakah kita?
Sokong! jangan tak sokong. all the best kengkawan. saya nak buat video tak reti dangat hehe
Curahan rasa plain jane @ ..sama2 la kita berdoa hehe
Comments are closed.