Sanggupkah ANDA berKORBAN?

Spread the love

BerKORBAN ini suatu perkataan berat yang mudah dikatakan tapi susah nak praktik. Tapi itulah hakikat hidup nak berilmu perlu cari guru untuk belajar, nak jadi jutawan perlu berniaga, nak naik pangkat mesti pandai kerja dan bodek bos, nak jadi pemimpin negara mesti pandai berpolitik, nak berkeluarga mesti ada pasangan hidup, nak pahala mesti beribadah dan nak masuk syurga mesti patut perintah Allah swt ikut cara Nabi saw.

Apa juga yang kita inginkan baik untuk dunia dan akhirat mesti ada pengorbanan. Contohnya nak Solat Fardu bila dengar je azan kita perlu tinggalkan segala aktiviti terus bersiap bersihkan badan, ambil wudhu, mengenakan pakaian yang bersih dan sesuai lalu terus ke surau atau masjid. Solat awal waktu dan berjemaah akan mendapat pahala paling banyak. Tapi mudah ke nak buat? Selalunya kita solat dah lewat waktu, gigi pun tak gosok, pakaian ala kadar (ada yang berkemban dengan kain pelekat je) dan solat sendiri kat rumah. Lebih malang lansung tak solat. Bukan mudahkan kita perlu berKORBAN untuk dapat pahala solat fardu terbanyak.

Berjuta-juta warga Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam yang terpaksa berKORBAN meninggalkan keluarga untuk mencari rezeki di Malaysia. Tak kurang juga ada yang terKORBAN seperti Mantik Hani demi mencari rezeki. Bukan mudah untuk kita mencapai apa yang kita ingini melainkan dengan berKORBAN seperti lagu P RamleeBerkorban Apa Saja“.

Sanggupkah kita bersusah-susah berKORBAN demi kebahagian masa tua dan lebih penting kehidupan di alam akhirat kelak?? Sanggupkah kita berKORBAN sebagaimana Nabi Muhammad saw yang berjuang untuk menyampaikan agama Allah sehingga kini kita dapat mengecapi nikmat ISLAM? Sanggupkah kita berKORBAN seperti Nabi Ibrahim yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail? Sanggupkah kita mengeluarkan sedikit duit untuk mengerjakan ibadah KORBAN setahun sekali?

Kepada yang mampu berKORBAN jangan sayangkan duit KITA keluarkanlah jika tidak untuk seekor lembu mungkin seekor kambing atau mungkin juga  satu bahagian yang bernilai hanya RM250-350 sekali setahun. Ibadah KORBAN adalah sunat yang diwajibkan bagi yang mampu. Balasan kelak di alam Ghaib di akhirat kelak. Masih belum terlambat untuk KITA berKORBAN. Jangan tertinggal tahun ini kerana belum tentu ada tahun depan untuk kita……..

(Kepada teman-teman yang berhasrat hendak berKORBAN yang akan laksanakan di Padang, Sumatera sila email ke denaihati [a] yahoo.com atau hantarkan massage ke twitter @ denaihati. 1 bahagian bernilai RM430).

~Terima Kasih~
Zul – Zul’s Blog

Spread the love

71 Comments

        1. ajaran Illahi telah mengajarkan itu “Wa man kuna ghoniyan falyasta’fif wa man kana fagoron falyakul bil ma’ruf. orang kaya berkorban dengan hartanya yang kurang mampu berkorban dengan sikap respon positif segala masalah berbangsa.
          Curahan rasa Bang Iwan @ ..Puasa Melahirkan Kesadaran BaruMy Profile

          1. ” Aku berbuat maka aku ada, kita berbuat maka kita ada” itulah makna berkorban. karena berkorban adalah suatu sikap dalam bentuk perbuatan dalam mencapai sebuah cita-cita, sikap berkorban menjadikan seseorang mampu melakukan perbuatan yang akan mementukan keabadian dirinya karena hanya manusia yang berbuat yang akan abadi.
            Curahan rasa Bang Iwan @ ..Puasa Melahirkan Kesadaran BaruMy Profile

  1. Padahal, justru di balik jerih payahnya itu akan didapat manis dan nikmatnya keberhasilan dan sukses. Justru di dalam pengorbanan itulah akan terasa nikmatnya hidup karunia Allah yang amat berharga ini.

  2. Kelemahan manusia yang paling pokok adalah pandangannya yang pendek, tidak jauh ke depan. Karenanya, manusia tidak tahan menderita dan menerima cobaan, tidak tahan memikul beban. Dan selanjutnya, tidak tahan melakukan jerih payah sementara karena mengira jerih payah itu suatu kesengsaraan dan menyangka bahwa kerja keras itu kesusahan.

    1. Setuju sangat.. akal yang pendek, maka ada benda kecil pun tidak dapat selesaikan dan jalan mudah… dorang lagi suka membuat rusuhan, tunjuk perasaan dan sebagainya.

  3. Maka, kurang bertakwalah seseorang jika ia kurang mampu melihat masa depan hidupnya yang jauh, jika ia bangga dengan hidup untuk kini dan sekarang ini, atau dalam ukuran yang lebih besar di dunia ini dan di dalam hidup ini saja.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!