Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin panas. Blog kedua yang terpilih adalah blog status PR2 Ziefauzi.com telah mengumpul 5041 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. Samsung Galaxy 10.1 menjadi impian dan harapan Zie Fauzi semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati Zie Fauzi kenapa Galaxy 10.1 menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.
Sebelum ni saya memilih Samsung Galaxy Tab 7.0 sebagai gadget impian saya. Oleh kerana pihak penganjur membenarkan para peserta membuat pilihan sekali lagi, jadi saya memilih Samsung Galaxy Tab 10.1 sebagai gadget impian saya. Kenapa saya pilih Samsung Galaxy Tab 10.1 sebagai gadget impian saya? Sebab-sebab gadget tersebut dipilih:
Pertama: Saya seorang suri rumah sepenuh masa yang tidak bekerja dan bukanlah seorang kaki gadget-gadget terkini. Yang ada pun hanya gadget biasa yang dianggap sebagai keperluan wajib. Cuma sesekali teringin untuk ada satu gadget terkini tapi simpan saja dalam hati sebab tak mampu untuk beli dan bukan keperluan wajib. Namun jika ada insan yang hendak merealisasikan, tak salah mencuba untuk dapatkan gadget impian saya.
Kedua: Saya seorang penulis blog yang boleh dikategorikan sebagai sederhana tegar. Saya juga seorang penjual online yang mencari rezeki secara sambilan. Oleh sebab itu, saya perlukan gadget mudah alih untuk online kerana selama ini, saya online menerusi komputer peribadi yang dibeli suami dan hanya sesekali menggunakan laptop jika suami tidak menggunakannya.
Ketiga: Masa saya untuk online terhad. Saya perlu bahagikan masa-masa tertentu untuk online. Contohnya, pagi saya online 1 jam kemudian kemas rumah, masak. Petang mungkin saya luangkan masa 2 jam untuk online kemudian selesaikan kerja rumah yang lain. Begitu juga bila waktu malam. Kalau saya bertapa depan komputer lama-lama, maknanya kerja rumah takkan selesai. Makan minum suami dan anak mungkin terabai. Tapi kalau ada gadget yang saya sebut seperti di atas, mungkin saya boleh buat kerja 2 dalam 1 mengikut kesesuaian kerja rumah yang dilakukan.
Keempat: Saya suka memasak, dan selalu mencari resipi secara online di internet. Kalau saya nak masak sesuatu, ia datang secara tiba-tiba dan tidak dirancang. Biasanya, saya search dan terus ke dapur untuk mula. Kalau rajin saya akan salin dulu resipi tersebut di kertas. Kalau kurang rajin, saya akan ulang alik dari komputer peribadi ke dapur dan begitu sebaliknya jika saya terlupa bahan atau langkah-langkah tertentu. Jadi, rasanya kalau saya dapat satu gadget yang membolehkan saya untuk semak resipi secara online sambil masak alangkah bagusnya. Tak perlu lagi saya berulang alik atau pun menyalin resipi terdahulu.
Kelima: Sebagai seorang peniaga online pula, saya perlu luangkan lebih masa untuk semak tempahan atau sebarang pertanyaan dari pelanggan melalui email. Memandangkan untuk online saya perlu berada depan komputer, kadang kala saya terlepas tempahan sebab lambat membalas email pelanggan. Jika saya dapat gadget impian, mungkin saya boleh semak email bila-bila masa saja walaupun ketika menonton televisyen atau ketika memasak.
Keenam: Seperti sebab-sebab yang saya nyatakan dalam entri sebelum ni, saya mahu satu gadget yang membolehkan saya online tidak kira masa dan tempat terutamanya ketika balik kampung atau bercuti ke mana-mana. Sebelum ini, rajin angkut laptop suami yang dah berbakti 3 tahun lebih dengan kami. Cuma sejak akhir-akhir ni, laptop tu terasa berat untuk diangkut bersama beg pakaian kami 3 beranak. Itu tak termasuk barangan keperluan lain. Kalau ada gadget impian mungkin boleh kurangkan beberapa KG bebanan yang kami bawa.
Rasanya cukup la enam sebab yang saya beri. Sebab-sebab di atas ditulis dari sudut saya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa. Jika saya bekerja mungkin sebab yang akan diberikan berlainan sedikit. Saya tak mengharap tapi jika ada rezeki saya untuk dapat gadget impian ni, Alhamdulillah. Selama saya join contest ini pun dah banyak yang saya dapat. Terima kasih untuk penganjur contest gadget impian dan semua penaja yang terlibat.
Nota :
- Zie Fauzi diberi masa sehingga 11.59pm, 16/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
497 Comments
semoga impiannya tercapai 🙂
Gadgetnya bagus sahabat…dan semoga berjaya
Salam persahabatan dari Indonesia
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Rencana Asuhan Keperawatan
Memang ramai yg komen galaxy tab ni bagus.. belum sentuh dan guna lagi, x tahu la bagus ke tidak, tp berdasar video kt youtube, mmg nmpk best gadget ni…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Mabuk Tengok Skrin PC
saya doakan semoga impian akak zie untuk dapat kan samsung galaxy tab ni akan tercapaiii 😀
Curahan rasa Munirah Abdullah @ ..Wordless Wednesday #9
doa dan bagi sokongan sekali ye Munirah.. apa-apa pun terima kasih yer… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
Jenguk lagi, teruskan zie masih ada masa, gunakan sisa2 masa yang ada ni untuk kempen sebaik mungkin, mudahan berjaya, amin 😀
Curahan rasa yanmie @ ..Nasi Kuning
terima kasih Kak Yan… tinggal kurang 48 jam lagi… Usaha sehabis baik ni walaupun tgh mabuk… hehehe..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Mabuk Tengok Skrin PC
yup kempen zie , kempen banyak2 ..mood malas tu tolak tepi dulu , cakap kat baby dalam perut 2 hari jek lagi ibu nak berjuang chewahhh
Curahan rasa puanbee @ ..Sebutkan Agar Mereka Tahu
chewaahhh,Bee… memang tolak ke tepi pun.. kalau loya pun lari masuk toilet sat.. pastu kelaur sambung balik… kebetulan husband outstation jadi tak berapa nak busy sgt.. Masak pun ikut tekak Alya..yg senang saja.. Ada abahnya mcm kena pikir nk masak apa..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
good luck yerrrr~ bak kate pepatah stacy, go baby go~ 😀
Curahan rasa eikieyn @ ..Perkembangan Terbaru iCity Shah Alam
Terima kasih…. kata pepatah zaman sekarang yer… canggih betul.. hehe.. 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
boleh bayangkan mcm mana stacy sebut go baby go tu hahhaa
Curahan rasa puanbee @ ..Sebutkan Agar Mereka Tahu
macamana stacy sebut, tak dapat bayangkan la pulak… boleh buat contoh tak…. 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
SEMOGA IMPIAN SIS AKAN MENJADI KENYATAAN…TERUSKAN PROMOSI…CHAYUK CHAYUK
Curahan rasa lin azlina @ ..PELANGI YANG CANTIK
Masa makin singkat Lin… tp usaha juga sampai penamat… Ada tak takde terserah saja… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
memang cun n bergaya la kalo samsung tab 10.1 jadi milik zie… meleleh ayor liorku..anyway gud luck yer…
Curahan rasa sari @ ..Guna nama kementerian tipu bakal pelajar
hehehe… sampai meleleh air liur yer… ni kes teringin jugak ni… kan..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
satu impian dan harapan yang tinggi…doa dari seri semoga sis berjaya…good luck…
Curahan rasa Seri Bahasa @ ..Mabuk Kepayang
Terima kasih Seri… Tak mengharap sangat… Sebab contest ni betul2 mencabar dan persaingan sengit…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
semoga kita sama2 berjaya sis :-)…selamat memenangi samsung galaxy tab
Curahan rasa Hans @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian – Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
Sama2 HAns… Sama2 berusaha yer… Hans masih byk masa untuk promosi habis-habisan.. Good luck yer..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
tahniah sister. semoga mendapat Galaxy Tab impian. Good Luck yer!
Curahan rasa misschenta^hati @ ..100 hari sebelum aku terima nikah nya.
Dah masuk pusingan akhir ni pun dah cukup bagus sbb peserta akhir ni semua ada kelebihan masing-masing….
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
link tinggal plak
Curahan rasa mama pipie @ ..Off for 3days
Good luck zie fauzi.. insya kalau rezki tak kemana. chaiyok chaiyok
Chaiyok..chaiyok…Hehehe… InsyaAllah… Doa-doakan lah yer… Dah buat yang terbaik ni… Tp adat bertanding ada kalah ada menang kan… Tenkiu bagi sokongan yer..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
GudLuck kepada semua yg memasuki contest.
Curahan rasa faizfakhirin @ ..Valentines : Janganlah jadi Bodoh
semua peserta hebat2 belaka… gerun bila berada dikalangan mereka… terasa kerdil je diri ni.. 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
nak satu tab ni zie..hahah gud luck nok
nti leh pinjam ahaks
Curahan rasa el @ ..MANDI NAJIS! SANGGUP??
Nak satu? hehe..Zie pun belum tentu dapat lg ni… Usaha dan tawakal saja.. terima kasih yer bagi sokongan…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
Galaxy Tab design dia sangat cool.. Good luck utk anda 🙂 moga ada rezeki..
Memang cool sebab tu termimpi-mimpi.. hehe… kalau dapat mesti ‘cewi’ berhari ni..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
Comments are closed.