Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin panas. Blog kedua yang terpilih adalah blog status PR2 Ziefauzi.com telah mengumpul 5041 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. Samsung Galaxy 10.1 menjadi impian dan harapan Zie Fauzi semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati Zie Fauzi kenapa Galaxy 10.1 menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.
Sebelum ni saya memilih Samsung Galaxy Tab 7.0 sebagai gadget impian saya. Oleh kerana pihak penganjur membenarkan para peserta membuat pilihan sekali lagi, jadi saya memilih Samsung Galaxy Tab 10.1 sebagai gadget impian saya. Kenapa saya pilih Samsung Galaxy Tab 10.1 sebagai gadget impian saya? Sebab-sebab gadget tersebut dipilih:
Pertama: Saya seorang suri rumah sepenuh masa yang tidak bekerja dan bukanlah seorang kaki gadget-gadget terkini. Yang ada pun hanya gadget biasa yang dianggap sebagai keperluan wajib. Cuma sesekali teringin untuk ada satu gadget terkini tapi simpan saja dalam hati sebab tak mampu untuk beli dan bukan keperluan wajib. Namun jika ada insan yang hendak merealisasikan, tak salah mencuba untuk dapatkan gadget impian saya.
Kedua: Saya seorang penulis blog yang boleh dikategorikan sebagai sederhana tegar. Saya juga seorang penjual online yang mencari rezeki secara sambilan. Oleh sebab itu, saya perlukan gadget mudah alih untuk online kerana selama ini, saya online menerusi komputer peribadi yang dibeli suami dan hanya sesekali menggunakan laptop jika suami tidak menggunakannya.
Ketiga: Masa saya untuk online terhad. Saya perlu bahagikan masa-masa tertentu untuk online. Contohnya, pagi saya online 1 jam kemudian kemas rumah, masak. Petang mungkin saya luangkan masa 2 jam untuk online kemudian selesaikan kerja rumah yang lain. Begitu juga bila waktu malam. Kalau saya bertapa depan komputer lama-lama, maknanya kerja rumah takkan selesai. Makan minum suami dan anak mungkin terabai. Tapi kalau ada gadget yang saya sebut seperti di atas, mungkin saya boleh buat kerja 2 dalam 1 mengikut kesesuaian kerja rumah yang dilakukan.
Keempat: Saya suka memasak, dan selalu mencari resipi secara online di internet. Kalau saya nak masak sesuatu, ia datang secara tiba-tiba dan tidak dirancang. Biasanya, saya search dan terus ke dapur untuk mula. Kalau rajin saya akan salin dulu resipi tersebut di kertas. Kalau kurang rajin, saya akan ulang alik dari komputer peribadi ke dapur dan begitu sebaliknya jika saya terlupa bahan atau langkah-langkah tertentu. Jadi, rasanya kalau saya dapat satu gadget yang membolehkan saya untuk semak resipi secara online sambil masak alangkah bagusnya. Tak perlu lagi saya berulang alik atau pun menyalin resipi terdahulu.
Kelima: Sebagai seorang peniaga online pula, saya perlu luangkan lebih masa untuk semak tempahan atau sebarang pertanyaan dari pelanggan melalui email. Memandangkan untuk online saya perlu berada depan komputer, kadang kala saya terlepas tempahan sebab lambat membalas email pelanggan. Jika saya dapat gadget impian, mungkin saya boleh semak email bila-bila masa saja walaupun ketika menonton televisyen atau ketika memasak.
Keenam: Seperti sebab-sebab yang saya nyatakan dalam entri sebelum ni, saya mahu satu gadget yang membolehkan saya online tidak kira masa dan tempat terutamanya ketika balik kampung atau bercuti ke mana-mana. Sebelum ini, rajin angkut laptop suami yang dah berbakti 3 tahun lebih dengan kami. Cuma sejak akhir-akhir ni, laptop tu terasa berat untuk diangkut bersama beg pakaian kami 3 beranak. Itu tak termasuk barangan keperluan lain. Kalau ada gadget impian mungkin boleh kurangkan beberapa KG bebanan yang kami bawa.
Rasanya cukup la enam sebab yang saya beri. Sebab-sebab di atas ditulis dari sudut saya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa. Jika saya bekerja mungkin sebab yang akan diberikan berlainan sedikit. Saya tak mengharap tapi jika ada rezeki saya untuk dapat gadget impian ni, Alhamdulillah. Selama saya join contest ini pun dah banyak yang saya dapat. Terima kasih untuk penganjur contest gadget impian dan semua penaja yang terlibat.
Nota :
- Zie Fauzi diberi masa sehingga 11.59pm, 16/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
497 Comments
Kak zie… Naen datang dengan membawa harapan agar kak zie menang dalam contest ni . semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan , AMIN 🙂
Curahan rasa Naen @ ..Kertas Warna Merah Bloglist
Cepat betui la budak Naen mai terjah…. terima kasih yer…. komen banyak2 pun tak pe kat sini… jangan risau… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
Amin…. mintak2 masin mulut Naen.. hehehe…. esok dah last… tgh usaha last minit.. harap berbaloi… kalau xde rezeki pun, byk yg kak dapat melalui contest ni…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
betul tu kak zie, ada rezeki alhamdulillah 🙂 Naen tumpang gembira , yeaaahh 🙂
Curahan rasa Naen @ ..Kertas Warna Merah Bloglist
Tapi kan …Ramai blogger yg join contest ni hebat2 belaka… markah diorng pun dekat beribu dah… rasa mcm tak terkejar… tapi tetap usaha sampai tamat..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
wow..impressive..i will support u to win the contest. hope you will win
Curahan rasa apaiii @ ..Make Sense
ohhh..baru perasan komen Apaii ni.. terima kasih ye … terima kasih sbb sudi tinggal komen kat sini…
Curahan rasa zie fauzi @ ..CEPAT !!!! TINGGAL KURANG 12 JAM SAJA LAGI…
datang berikan sokongan pada zie untuk capai impian..ada lebih kurang 24 jam lagi nak promosi..gud luck ya zie!!
Curahan rasa cikmin @ ..Wordless Wednesday #23 Pudar
itu la 24 jam je lagi..silap2 mlm ni tak tido.. hehehe..dah ibu Alya ni pun xleh tido mlm… terima kasih yer cikmin….
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
semoga pa yang dingini tercapai
good luck okeyh 🙂
Good Luck my friend…Terus barjuang dan semoga berhasil.
Curahan rasa Sweet @ ..Teknik Dasar Menjadi Fotografer Handal
terima kasih banyak2 friend… sudi datang bagi sokongan disini… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
Gudluck, semoga gadget yg dihajati tercapai yer! Kalo dpt Tab ni nnt makin laju ler updet blog kn ..
Curahan rasa MommyAyun @ .."Basiko" untuk Aqish
kalau dapat tab ni tido tak lena dulu.. hehehe… 🙂 .. terima kasih datang bagi sokongan… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
memang menarik galaxy tab ni.. semoga berjaya dear..
Curahan rasa cikpuanhady @ ..Cara Dapatkan Link Post di FB, Twitter dan Google+
terima kasih… pulun ni… esok last…. buat takat yang boleh saja… lepas duedate tawakal saja..tp rasa mcm ketinggalan jauh dah ni… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
teruskan berkempen ye kak..Jiha sokong 100%..:)
tenkiu jiha,… esok last day.. kempen last minit setakat yg boleh jer… x leh lama2 depan pc ni..byk tanggungjawab lain.. 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
esok masih ada, promosi habis-habis deh….. semoga berjaya dan
Curahan rasa yangbaik @ ..Kurang sopan
hehehe… promosi gila-gila2 dah ni.. kena perli pun buat tak tahu je.. hehehe…. hari ni jer.. sok xde dah…
Curahan rasa zie fauzi @ ..CEPAT !!!! TINGGAL KURANG 12 JAM SAJA LAGI…
teruskan usaha berkempen sehingga ke saat akhir, semoga berjaya hendaknya…
Curahan rasa ejam @ ..Blogku Di-Bogel-kan
yup..tengah berusaha ni… tinggal lebih kurang 24 jam jer lagii.. terima kasih yer…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
gud luck sis dan semoga berjaya dapatkan galaxy tab tu =],
Curahan rasa pjaz @ ..INFO KESIHATAN: BAYI PRAMATANG
terima kasih pjaz..mudah-mudahan masin mulut pjaz tu… Amin… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
good luck~~ harap2 bertuah la ye blh la ek buat keje 2 dlm 1? online smbl menyapu ke… mase kacau gulai ikan pon smpt lagi ni online… hehe:)
betul tu…. memang itu yang terbayangkan kalau dapat tab ni…. ajak2 ramai lg bg sokongan sini kalau sudi.. hehehe…. Apa2 pun terima kasih yer…. nanti jumpa kat fibox karpet.. hehehe..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
insya’Allah… pintu rezeki seorang isteri merangkap seorang ibu sentiasa terbuka demi anak & suami
Curahan rasa d0d0l @ ..14 Februari 1942: Gugurnya Left. Adnan Saidi & 42 Askar Melayu di Bukit Candu
terharu betul baca komen dodol ni… Terima kasih ye dodol datang bagi sokongan.. mesti dpt mesej yg sama kerap sgt kan… 🙂 Sorry…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
Singgah lagi..memberikan sokongan tuk mak yung ni!.pasti gadget impiannya akan berada ditangannya..Aminnnnn
Curahan rasa ~azatie~ @ ..IKAN MASAK KICAP LADA HITAM
tak pe kak Atie, xde had nak singgah selalu.. yang penting komen kena lebih 7 patah perkataan.. itu jer… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
InsyaAllah,dah hampir masa penamat ni,promo habis habisan,mana tau rezeki zie kan!!
Curahan rasa ~azatie~ @ ..IKAN MASAK KICAP LADA HITAM
Hehehe..promo kak… jangan tak promo, hari ni blogwalking saja mintak rayuan undi… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
Comments are closed.