Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin panas. Blog kedua yang terpilih adalah blog status PR2 Ziefauzi.com telah mengumpul 5041 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. Samsung Galaxy 10.1 menjadi impian dan harapan Zie Fauzi semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati Zie Fauzi kenapa Galaxy 10.1 menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.
Sebelum ni saya memilih Samsung Galaxy Tab 7.0 sebagai gadget impian saya. Oleh kerana pihak penganjur membenarkan para peserta membuat pilihan sekali lagi, jadi saya memilih Samsung Galaxy Tab 10.1 sebagai gadget impian saya. Kenapa saya pilih Samsung Galaxy Tab 10.1 sebagai gadget impian saya? Sebab-sebab gadget tersebut dipilih:
Pertama: Saya seorang suri rumah sepenuh masa yang tidak bekerja dan bukanlah seorang kaki gadget-gadget terkini. Yang ada pun hanya gadget biasa yang dianggap sebagai keperluan wajib. Cuma sesekali teringin untuk ada satu gadget terkini tapi simpan saja dalam hati sebab tak mampu untuk beli dan bukan keperluan wajib. Namun jika ada insan yang hendak merealisasikan, tak salah mencuba untuk dapatkan gadget impian saya.
Kedua: Saya seorang penulis blog yang boleh dikategorikan sebagai sederhana tegar. Saya juga seorang penjual online yang mencari rezeki secara sambilan. Oleh sebab itu, saya perlukan gadget mudah alih untuk online kerana selama ini, saya online menerusi komputer peribadi yang dibeli suami dan hanya sesekali menggunakan laptop jika suami tidak menggunakannya.
Ketiga: Masa saya untuk online terhad. Saya perlu bahagikan masa-masa tertentu untuk online. Contohnya, pagi saya online 1 jam kemudian kemas rumah, masak. Petang mungkin saya luangkan masa 2 jam untuk online kemudian selesaikan kerja rumah yang lain. Begitu juga bila waktu malam. Kalau saya bertapa depan komputer lama-lama, maknanya kerja rumah takkan selesai. Makan minum suami dan anak mungkin terabai. Tapi kalau ada gadget yang saya sebut seperti di atas, mungkin saya boleh buat kerja 2 dalam 1 mengikut kesesuaian kerja rumah yang dilakukan.
Keempat: Saya suka memasak, dan selalu mencari resipi secara online di internet. Kalau saya nak masak sesuatu, ia datang secara tiba-tiba dan tidak dirancang. Biasanya, saya search dan terus ke dapur untuk mula. Kalau rajin saya akan salin dulu resipi tersebut di kertas. Kalau kurang rajin, saya akan ulang alik dari komputer peribadi ke dapur dan begitu sebaliknya jika saya terlupa bahan atau langkah-langkah tertentu. Jadi, rasanya kalau saya dapat satu gadget yang membolehkan saya untuk semak resipi secara online sambil masak alangkah bagusnya. Tak perlu lagi saya berulang alik atau pun menyalin resipi terdahulu.
Kelima: Sebagai seorang peniaga online pula, saya perlu luangkan lebih masa untuk semak tempahan atau sebarang pertanyaan dari pelanggan melalui email. Memandangkan untuk online saya perlu berada depan komputer, kadang kala saya terlepas tempahan sebab lambat membalas email pelanggan. Jika saya dapat gadget impian, mungkin saya boleh semak email bila-bila masa saja walaupun ketika menonton televisyen atau ketika memasak.
Keenam: Seperti sebab-sebab yang saya nyatakan dalam entri sebelum ni, saya mahu satu gadget yang membolehkan saya online tidak kira masa dan tempat terutamanya ketika balik kampung atau bercuti ke mana-mana. Sebelum ini, rajin angkut laptop suami yang dah berbakti 3 tahun lebih dengan kami. Cuma sejak akhir-akhir ni, laptop tu terasa berat untuk diangkut bersama beg pakaian kami 3 beranak. Itu tak termasuk barangan keperluan lain. Kalau ada gadget impian mungkin boleh kurangkan beberapa KG bebanan yang kami bawa.
Rasanya cukup la enam sebab yang saya beri. Sebab-sebab di atas ditulis dari sudut saya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa. Jika saya bekerja mungkin sebab yang akan diberikan berlainan sedikit. Saya tak mengharap tapi jika ada rezeki saya untuk dapat gadget impian ni, Alhamdulillah. Selama saya join contest ini pun dah banyak yang saya dapat. Terima kasih untuk penganjur contest gadget impian dan semua penaja yang terlibat.
Nota :
- Zie Fauzi diberi masa sehingga 11.59pm, 16/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
497 Comments
mudah-mudahan impian akak jadi kenyataan..sebab-sebab gadget ingin d miliki pun releven pada masa ini…good luck kak ^-^
Curahan rasa karmila @ ..Kebiasaan bukan kemestian
mudah-mudahan la yer Karmila… sebab-sebab yang diberi lebih kepada luahan rasa.. idea pun spontan saja… Terima kasih yer..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
loh..tak pasan lak guna emel hang..torii
Curahan rasa wani @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
hah..dah agak dah…. ni keje hg… huhuhu…. nasib baik tau sapa punya keje…. komen banyak2 kat sini cepat.. tau hang xdak keje.. 🙂 ngular je byk… nak kongsi boleh tp pastikan komen banyak2.. hiks…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
kalo dpt gadget ni nanti blh la kongsi sama2..mcm syiok ja!
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
Aik…sapa yg tinggal komen ni guna my email… ngaku cepat sapa ni??
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
wah zie, kalo dapat mesti besh ni..
gogo chaiyok dear, harap impian akan menjadi kenyataan
hehehheh =)
haha..memang best… setakat ni boleh berangan saja… kalau jadi kenyataan tido x lena sekejap.. tq ye sanggup mai terjah sini bg sokongan.. baby sihat??
Curahan rasa zie fauzi @ ..Mabuk Tengok Skrin PC
Wah gadget yang keren nih, Good Luck
Good luck zie, buat yang terbaik, ada beberapa jam lagi, jangan putus asa ye 😀
Curahan rasa yanmie @ ..Hoyeahh Dah Ada Lense 75-300mm Untuk Buah Hati
tak putus asa lagi kak.. duk promote ni.. hehehe… tebalkan muka sat sampai mlm ni ja… lepas tu boleh releks… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
moga impian akak untuk memenangi hadiah nih tercapai..Amin
Curahan rasa Nini D.. @ ..Dah pandai!
Terima kasih Nini sudi singgah untuk beri sokongan…. hargai sangat…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
gud luck and all the best dear.. semoga impian awk tercapai.. (:
Curahan rasa zuleyqha @ .."Ah ! Aku Jealous Dengan Bulu Mata Kau .."
terima kasih Zuleyqha… mudah-mudahan la yer… buukan senang nk dpt benda mahal dlm contest mcm ni… TQ tau..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
gudluck zie! ada masa lg ni utk truskan perjuangan disaat akhir.. 😀
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
terima kasih,fiza… nk berjuang habis-habisan ni.. 🙂 harap xdak masalah mcm cikgu naman mlm tadi… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
hehehe..tula..rugi gila malam tadi..2jammmmmmm
strategi saat akhir bungkus cam tu je
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
takpe cikgu,itu pun tengok dah banyak point yg dapat tu… sokongan padau dr FIza lagi… nasib x baik tempat husband outstation sekarang xde wifi, kalau tidak dia pun kena kerah tenaga jugak… hehe.. bini kejam…
Curahan rasa zie fauzi @ ..CEPAT !!!! TINGGAL KURANG 12 JAM SAJA LAGI…
gud luck zie…
hope u will succeed this dream 🙂
Curahan rasa Th3Coll3ctoR666 @ ..Update In Progress 5
terima kasih… toce2… best kalau ipian jadi kenyataan… x dpt pun berbaloi jgk sbb ramai kenal teman baru dr contest ni..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
Good luck akak Zie, all the best! Semoga impian akak menjadi kenyataan. 🙂
terima kasih Raisya… cm kenal nama ni.. mcm nama anak blogger k.ngah..btw..terima kasih sekali lgi…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
citra dtg bagi sokongan.. gud luck!!
Terima kasih yer Citra…. cuma komen ni tak cukup 7 patah perkataan.. apa pun Tq tau
Curahan rasa zie fauzi @ ..CEPAT !!!! TINGGAL KURANG 12 JAM SAJA LAGI…
gudlak ye akak ? hehe.
good luck zie fauzi!
bukan mudah nak terpilih ni..
apa-apa pun tahniah!
Curahan rasa Fakhruddin @ ..Pesanan Ikhlas Dari Seorang Jiran
terima kasih…
itu la..rasa mcm x kena jer terpilih diantara blogger2 hebat ni..
btw,terima kasih sekali lagi..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
oOOhh..baru perasan dah ada pagination untuk komen…. baru terasa ringan sikit untuk load… sebelum ni ambil masa lama untuk loading 100%…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
semalam blog DH kena serang dengan komen kot hahhahahaa, malam ni giliran zie pulak serang komen ni 😀
Curahan rasa yanmie @ ..Hoyeahh Dah Ada Lense 75-300mm Untuk Buah Hati
itu la..slow sgt semalam… cikgu naman lak tak boleh nak view blog DH,zie boleh view tp slow nk habis loading… lani dah ok sikit bila ada page bahagian komen..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
Comments are closed.