Sambutan yang tidak disangka

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat masa di UKM dulu seorang sahabat kami penyambut hari lahir sendirian. Tepat jam 12 malam beliau nyalakan lilin sendirian dan menyanyikan lagu happy birthday tanpa disedari kami sedang mengitip beliau. Selesai sahaja beliau tiup lilin kami ramai-ramai serbu masuk bilik, terkejut beruk dia. Dia sangka kami lupa birthday beliau.

birthday 2015

Dalam sejarah hidup, aku hanya menyambut hari lahir dengan sederhana sahaja. Tahun ini sangat berbeza apabila keluarga, sahabat dan team Denaihati telah merancang satu majlis sambutan yang tidak disangka-sangka. Aku tahu satu majlis akan diadakan tetapi hanya menyangka makan-makan bersama di restoran tetapi sangkaan aku salah.

anarm birthday 2015

Majlis penuh bunga-bungan dengan tema hitam putih dan memang tak sangka bila ada Abang Ensem, Deqnoor dan dayang-dayang. Terima kasih kepada isteri dan sahabat-sahabat yang telah merancang majlis sambutan hari lain yang sangat berlainan daripada kebiasaan. Terima kasih kepada semua keluarga, sahabat dan team Denaihati yang meraikan ulang tahun hari lahir tahun ini … sungguh terkejut dan terharu.

abang ensem birthday 2015

Terima kasih juga kepada semua sahabat-sahabat yang memberi ucapan di wassap, facebook, instagram, twitter dan yang menulis di blog. Terima kasih juga atas doa dan semuga malaikat mendoakan yang lebih baik untuk kalian. Ucapan dari Jaws Ismail paling menyentuh hati.

Selamat hari jadi kepada Denaihati Ilhamku. Lama tidak ketemu dan bertegur sapa. Mentor yang banyak mengajarku tentang perjuangan dalam perniagaan. Antara yang aku ingat, kita selalu menyalahkan kerajaan di atas kehidupan yang makin susah dan sempit tapi sedangkan diri kita tidak berusaha untuk menjadi lebih baik. Kekadang apa yang berlaku di sekeliling kita bukan salah orang lain. Salah diri sendiri. Karma akan mengejar kita kembali. Dan bagaimana untuk menjadi boss yang baik dalam menguruskan manusia. Bila kita jadi boss, baru kita faham hakikat sebenar. Saya mohon maaf di atas segala silap salah, halalkan semua yang telah di berikan kepada saya selama ni. Semoga panjang umur, di murahkan rezeki, di beri keberkatan dalam kehidupan dan sentiasa berjaya dalam perniagaan.

anak-anak birthday 2015

Terima kasih ALLAH kerana masih menghidupkan aku dan memberi nikmat iman dan Islam serta segala keindahan hidup susah dan senang, Semuga sisa hidup yang akan datang akan menjadikan kita semua manusia yang memberi manafaat kepada agama dan seluruh alam.

kak siti birthday 2015


Spread the love

46 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!