Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat masa di UKM dulu seorang sahabat kami penyambut hari lahir sendirian. Tepat jam 12 malam beliau nyalakan lilin sendirian dan menyanyikan lagu happy birthday tanpa disedari kami sedang mengitip beliau. Selesai sahaja beliau tiup lilin kami ramai-ramai serbu masuk bilik, terkejut beruk dia. Dia sangka kami lupa birthday beliau.
Dalam sejarah hidup, aku hanya menyambut hari lahir dengan sederhana sahaja. Tahun ini sangat berbeza apabila keluarga, sahabat dan team Denaihati telah merancang satu majlis sambutan yang tidak disangka-sangka. Aku tahu satu majlis akan diadakan tetapi hanya menyangka makan-makan bersama di restoran tetapi sangkaan aku salah.
Majlis penuh bunga-bungan dengan tema hitam putih dan memang tak sangka bila ada Abang Ensem, Deqnoor dan dayang-dayang. Terima kasih kepada isteri dan sahabat-sahabat yang telah merancang majlis sambutan hari lain yang sangat berlainan daripada kebiasaan. Terima kasih kepada semua keluarga, sahabat dan team Denaihati yang meraikan ulang tahun hari lahir tahun ini … sungguh terkejut dan terharu.
Terima kasih juga kepada semua sahabat-sahabat yang memberi ucapan di wassap, facebook, instagram, twitter dan yang menulis di blog. Terima kasih juga atas doa dan semuga malaikat mendoakan yang lebih baik untuk kalian. Ucapan dari Jaws Ismail paling menyentuh hati.
Selamat hari jadi kepada Denaihati Ilhamku. Lama tidak ketemu dan bertegur sapa. Mentor yang banyak mengajarku tentang perjuangan dalam perniagaan. Antara yang aku ingat, kita selalu menyalahkan kerajaan di atas kehidupan yang makin susah dan sempit tapi sedangkan diri kita tidak berusaha untuk menjadi lebih baik. Kekadang apa yang berlaku di sekeliling kita bukan salah orang lain. Salah diri sendiri. Karma akan mengejar kita kembali. Dan bagaimana untuk menjadi boss yang baik dalam menguruskan manusia. Bila kita jadi boss, baru kita faham hakikat sebenar. Saya mohon maaf di atas segala silap salah, halalkan semua yang telah di berikan kepada saya selama ni. Semoga panjang umur, di murahkan rezeki, di beri keberkatan dalam kehidupan dan sentiasa berjaya dalam perniagaan.
Terima kasih ALLAH kerana masih menghidupkan aku dan memberi nikmat iman dan Islam serta segala keindahan hidup susah dan senang, Semuga sisa hidup yang akan datang akan menjadikan kita semua manusia yang memberi manafaat kepada agama dan seluruh alam.
46 Comments
Selamat hari ulangtahun saudara DH.. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu… Aminnn
Curahan rasa Hafizul @ ..Kelebihan Jobdirumah Version Baru
selamat menyambut hari ulang lahir yang ke berapa nih..
hehe..
apapun, semoga sihat selalu dan dimurahkan rezeki dan bertambah ramai anaknya..
Curahan rasa titan @ ..Hasil eksperimen sebulan dengan Jobdirumah.
Selamat Hari Lahir Boss Denaihati..Moga Allah swt berikan kekuatan kepada tuan memberi tunjuk ajar dan panduan bermanafaat..
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Buat Duit Dengan Website Online Game!
Selamat ulang tahun Mas Denai..Smoga panjang umur, sukses selalu dan smoga blog denaihati.com trus berbagi ilmu dan inspirasinya…
Selamat Hari Lahir Bro,walaupun terlewat untuk sampaikan ucapan ni,saya doakan bro sentiasa sihat dan panjan g umur serta dimurahkan rezeki..Amin..
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Sakura Candy Beucure
semoga bertambah sukses abang denai… amin… ada je abang ensem kat situ..hehe
Curahan rasa zik @ ..Keputusan terkini liga super 02.5.2015
so sweet dan selamat hari jadi tuan..
semoga berbahagia dan murah rezeki buat selamatnya..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Alangkah Mudahnya Promosi Cara Online
Selamat hari lahir.. semoga terus sukses dalam bisnes dan alam blogging. Murah rezeki, dan cepat kaya. Heheh!
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Tingkatkan CPUV Nuffnang
Selamat dan semoga sukses blog Denaihati ini … Saya meski banyak belajar mas dari blog ini hingga sukses seperti sekarang ini …
Curahan rasa info-menarik.NET @ ..Oleh: InfoMenarik
selamat hari lahir. Moga Tuan Denai Hati sentiasa mendapat rahmat Allah dan sukses dalam kehidupan.
Curahan rasa rika @ ..Multivitamin Pertama di cipta di dunia Vita-lea
selamat hari lahir tuan denaihati ilhamku, ramai sahabat yang datang memeriahkan majlis.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Soalan Temuduga Guru Pendidikan
IF; Kalau ada kesempatan nak juga joint untuk memeriahkan lagi majlis. Moga boss denai hati sukses selalu..:-)
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Buat Duit Dengan Website Online Game!
semoga terus maju jaya dan bertambah murah rezeki. Selamat berjaya dunia akhirat.
Curahan rasa Muhammad Khairuddin Lim @ ..Hat Yai & Songkhla Itinerary 2015
Wah tahniah ! Siapa ada suprised lagi . Saya suka dengan tagline ” Hidupkan untuk memberi ” .Ia memberi inspirasi 🙂
Curahan rasa rahimah @ ..17 Pemandangan Di Pulau Nami Ketika Musim Luruh Yang Mengasyikkan
Beruntung bro dapat sambut hari lahir,saya seumur hidup ni belum pernah lagi ada orang sambut hari lahir saya huhu
Curahan rasa ishak @ ..Bila Lavender Mummy Kantoi Lagi
insyaAllah, ada lah yang akan sambutkan birthday tuan lepas ni nanti 🙂
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Hati-Hati Dengan Status di Facebook!
Selamat Hari Lahir tuan Deniahati… Semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki…
Curahan rasa Anuar @ ..Buat Duit Tanpa Modal melalui Komisyen Affiliate Tier 2
Comments are closed.