Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
cuti sekolah hujung tahun sudah tiba dan pelbagai aktiviti serta program yang dijalankan di seluruh Malaysia. Bagi ibu bapa, inilah sedikit ruang masa yang ada untuk bersama keluarga di waktu cuti sekolah. Ada yang bawa bercuti ke luar negara mahupun dalam negara.
Pada hujung minggu yang lalu, telah berlangsung Karnival Upin Ipin 2017 di MAEPS, Serdang seperti yang diadakan pada tahun 2015.
Kali ini, dengan lokasi yang cukup luas dan ruang yang besar, Karnival Upin Ipin 2017 bertemakan #UpinIpinLuarBiasa menarik cukup ramai pengunjung untuk kali ini.
Karnival Upin Ipin yang berlangsung pada 24 hingga 26 November 2017 ini terbahagi kepada dua dewan iaitu dewan A dan dewan C. Ada pengunjung yang telah membuat belian tiket secara atas talian dan ada juga yang terus membeli di kaunter tiket.
Dewan Utama (Dewan A)
Persembahan maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan
Ultraman Ribut
Puteri Limau
Pada Zaman Dahulu
Upin & Ipin The Musical
Dewan Magik (Dewan C)
Alam Dino
Rumah Opah
Bergambar di Tadika Mesra
Bergambar bersama Ultraman Ribut
Berinteraksi bersama Kak Ros
Pastinya yang juga ditunggu-tunggu di karnival ini adalah kehadiran Ultraman Ribut yang dibawa khas oleh pihak Tsuburaya, Jepun. Mungkin ramai sebelum ini hanya melihat Ultraman di kaca televisyen, namun pada tahun 2015 dan kali ini tahun 2017, Karnival Upin Ipin membawakan Ultraman Ribut untuk peminat-peminat cilik dan dewasa.
Ultraman Ribut di Karnival Upin Ipin 2017
Disamping itu juga ada pelbagai aktiviti yang menarik dengan jadual yang disediakan kepada pengunjung yang datang daripada pelbagai lokasi jauh dan dekat. Karnival ini dirasmikan pada 24 November 2017 oleh Y.B. Dato’ Seri Mohamad Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz Yeop selaku Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Ini menunjukkan Upin Ipin sudah berada di tahap dunia di mana sudah memenangi pelbagai anugerah, kolaborasi dan juga sambutan luar biasa di luar negara. Les Copaque yang mempunyai lebih sejuta subscriber Youtube juga telah dianugerahkan Silver dan Gold Button oleh pihak Youtube.
Taman Tema Upin Ipin
Pasti ramai yang masih tertunggu-tunggu tentang pembinaan Taman Tema Upin Ipin yang menelan belanja billion ringgit. Sejak tahun 2012 lagi, pihak Les Copaque sedang mencari dana pelabur bagi merealisasikan Taman tema Upin Ipin di China dan Malaysia. Ia bakal dibangunkan di kawasan seluas kira-kira 5.7 kilometer persegi.
Selain filem dan animasi, Les’ Copaque turut mengeluarkan pelbagai rangkaian barangan Upin Ipin, makanan dan minuman, akademi latihan, rangkaian restoran serta aplikasi dan permainan.
Kini Les Copaque Production Sdn Bhd sudah perlu memikirkan sambutan yang luarbiasa ini dengan cadangan karnival selama seminggu. Dan ramai juga masih menantikan filem Upin Ipin terbaru yang berkemungkinan ditayangkan pada tahun 2018.
Dengan sokongan pelbagai pihak, sudah pasti ramai lagi peminat-peminat siri animasi ini akan hadir dalam dan luar negara.
Betul Betul Betul!!!
60 Comments
Mama teringin nak bawa anak anak pergi
Tapi sesak sangat kan yang tahun lepas tu
last last tak pergi
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Cara merawat kencing manis dari rumah? Panduan dari A sampai Z!
Baru-baru ni ada juga pergi ke MAEPS semasa Autoshow 2017… Masa tu pergi hari Jumaat sebaik sahaja event bermula… Alhamdulillah tak sesak…
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Saya nampak keadaan dekat MAEPS ni macam tu lah… Kalau kita pergi hujung minggu, waktu cuti memang sesak…
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Kalau tak nak sesak, kena datang awal atau datang masa waktu bekerja.. In Shaa Allah tak sesak
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
masa cuti memang sesak..
peluang ibu bapa untuk bawa ahli keluarga bersiar-siar.
best juga kalau dapat pergi di event Upin dan Ipin
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Buat Website Sendiri Dengan Panduan DVD
Kanak kanak usia 3 4 tahun memang masih suka dengan ipin
yang besar besar tu biasa dah kurang
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Senangnya petua awet muda dari pakar kecantikan! Ramai dah cuba
Anak-anak saya yang kecil tu memang suka sangat dengan Upin & Ipin… Anak saya yang sulung dengan nombor 2 masih suka lagi… Tapi taklah keterlaluan sangat macam adik-adik mereka…
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
pengaruh ipin dan upin membesar bersama anak-anak.
tapi tak pe..
masih ada ciri ciri Malaysia bebanding kartun dari luar negara
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Buat Website Sendiri Dengan Panduan DVD
kalau dilihat pada gambar..
ternyata sangat meriah..
seronok tengok.
semoga jenama upin dan ipin terus gah dalam dunia animinasi tanahair
Curahan rasa mrrhanafi @ ..Homestay Bajet Kota Samarahan Tentunya Aminah Hostel
Ramai juga lah yang datang karnival ini kan
Penuh dean tu
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Petua awet muda dari doktor & Pakar kecantikan ini selamat & berkesan!
sangat meriah.
seronok pula tengok.
sambutan amat menggalakkan terhadap karnival upin dan ipin
Curahan rasa mrrhanafi @ ..Homestay Bajet Kota Samarahan Tentunya Aminah Hostel
upin ipin ni dah macam branding…kanak kanak sudah boleh access dalam semua media nak tgk upin ipin…
nnt mungkin ada taman tema upin ipin pulak hehehe
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Chizza KFC Rasa Gabungan Burger Zinger dan Pizza Itali
saya sebagai rakyat Malaysia turut berbangga dengan kejayaan upin dan ipin ini..
budak-budak paling seronok
Curahan rasa mrrhanafi @ ..Homestay Bajet Kota Samarahan Tentunya Aminah Hostel
program begini sangat best.
tengok betapa ramai yang datang bawa anak-anak.
inilah masa yang sesuai untuk bawa anak-anak bersiar-siar sambil belajar
Curahan rasa mrrhanafi @ ..Homestay Bajet Kota Samarahan Tentunya Aminah Hostel
Kalau ikutkan hati memang nak pergi ke Karnival Upin & Ipin ni…
Tapi sayangnya waktu ni saya ada 3 jemputan kenduri…
Curahan rasa Anuar @ ..Nak Domain Dan Web-Hosting 1 Tahun Secara PERCUMA?
1 dekat Seri Iskandandar, 1 dekat Taiping Perak dan satu lagi dekat Rawang Selangor. Semuanya jemputan kenduri kahwin
Curahan rasa Anuar @ ..Nak Domain Dan Web-Hosting 1 Tahun Secara PERCUMA?
Dalam perancangan asal nak pergi ke tiga-tiga kenduri tersebut… Tapi last minit ada musibah yang menimpa rakan sekerja saya, menyebabkan kami pergi melawat dan membantu keluarga rakan saya di hospital
Curahan rasa Anuar @ ..Nak Domain Dan Web-Hosting 1 Tahun Secara PERCUMA?
Bukan budak-budak jer yang suka upin ipin ni, tapi mak pak budak-budak pun suka.
Cuma, kalaulah dari segi produk makanan dan minuman tu, dapat dikeluarkan dalam bentuk yang lebih healthy, rasanya lagi marvelous. Contohnya, air yogurt yang kurang manis atau pemilihan bahan yang lebih sihat, adakan snek sihat dengan harga berpatutan dan sebagainya.
Rasanya, parents pun suka nak borong untuk anak-anak diaorang.
Di samping kita educate nilai-nilai murni dalam diri anak-anak, nilai pemakanan sihat pun perlu seiring. Baru anak-anak membesar dengan kuat, sihat serta tinggi nilai IQ dan EQ 🙂
pendapatan yang sangat bagus dan bernas.
mereka memang akan terfikir juga perkara ini..
yalahkan sudah ada jenama
Curahan rasa mrrhanafi @ ..Homestay Bajet Kota Samarahan Tentunya Aminah Hostel
Ultraman Ribut pun ada?
Selain watak Upin & Ipin, watak Ultraman Ribut juga dapat menarik minat kanak2..
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Upin dan Ipin ini kartun tercinta dari anak-anak segala usia. Comel comel comel… 😂
Curahan rasa Caraseven @ ..Keanekaragaman Hayati ; Pengertian, Tingkat, Klasifikasi, Serta Manfaat Keanekaragaman Hayati
Betul betul betul.. Setuju sangat dengan statement ini. Dari yang kecil hingga yang besar, semua suka dengan Upin & Ipin
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Upin & Ipin ni sangat dekat di hati peminat.. cukup dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia..
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Wah andai dekat keponakan saya pasti sangat senang kalo ada karnaval kartun kesayangannya Upin dan Ipin. Sayang jauh ya karnavalnya.
Curahan rasa Hasan Bahtiar @ ..Top 10 Foto Instagram Anjani Dina, Pemeran Bu Guru Yola di Dunia Terbalik RCTI
Kami pilih untuk datang hari Jumaat, orang tak berapa ramai dan sesak. Jadi lebih mudah untuk beli tiket. Kami masuk dewan A sahaja sebab dewan C sudah pergi tahun lepas.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Beli Rumah Pertama
semua budak2 kenal upin ipin. mustahil la kalau tak tahu. memang betul2 berjaya animasi dari malaysia ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Tidak Boleh Ambil Gambar di Masjidil Haram & Masjid Nabawi
Upin dan Ipin perlukan inovasi, Boboiboy juga sudah jadi remaja.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pemasaran Emel Lebih Pantas Dari FB Ads
Watak Upin & Ipin sentiasa muda dari dulu sampai sekarang.. watak Naruto pun dah bertukar menjadi remaja
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
ipin upin selalu mendapat sambutan meriah di Malaysia ataupun di Indonesia, anak ataupun orang tua
Curahan rasa Bujang @ ..Tips Bagaimana Hadapi Ujian Hidup
Sambutan Upin & Ipin begitu memberangsangkan…. Watak animasi ini bukan sahaja disukai oleh kanak-kanak… Malah golongan dewasa juga menggemarinya..
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Anak-anak saya cukup suka menonton Upin & Ipin… Setiap kali dalam kereta, inilah sahaja yang seringkali menjadi tontonan mereka…
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Masuk sahaja ke dalam kereta, anak bongsu saya yang berumur 2 tahun lebih minta dipasangan filem Geng atau episod Upin & Ipin raya…
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Hampir setiap hari, tengok cerita yang sama sebaik sahaja masuk ke dalam kereta… Sampaikan anak saya yang sulun dan nombor dua boleh hafal skrip … 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Di sini saja sudah ada 4 komen Anuar Marsib, panjang sampai boleh buat satu lagi artikel blog…
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pemasaran Emel Lebih Pantas Dari FB Ads
good job. bukan senang tu. tak lama lagi dapat diamond play button plak
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis My Coffee Prince di Astro Ria
Tahniah!! Kagum dengan pencapaian Upin & Ipin melalui syarikatnya Les Copaque …. Animasi yang dapat menaikkan nama Malaysia di pentas dunia…
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
perjalanan jenama upin dan ipin sudah lama juga.
sekarang lebih terangkat ..
anak-anak dan bapa budak-budak semakin suka
Curahan rasa mrrhanafi @ ..Homestay Bajet Kota Samarahan Tentunya Aminah Hostel
Di Fanpage Upin Ipin ada 12 juta Followers, tapi hanya 1,000 Like sahaja yang respon dengan iklan karnival ini.
Les Copaque satu masa dulu pernah timbulkan masalah dengan Ujang, jadi populariti jenama ini sudah mulai menurun.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah
Ramainya pengunjung yang datang ke Karnival Upin & Ipin ni.. strategi terbaik daripada pihak penganjur, buat masa musim cuti sekolah
Curahan rasa anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Kalau anak-anak saya dapat tahu tentang Karnival Upin & Upin ni, confirm mereka pun nak pergi ke sana..
Curahan rasa anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Lokasi yang dipilih oleh pihak penganjur juga cukup strategik.. mudah nak parking kereta.. kawasan parking luas..
Curahan rasa anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
kanak kanak yg sebelum ni tgk upin ipin melalui tv dan youtube shj. sekarang boleh tgk depan depan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis My Coffee Prince di Astro Ria
bila laaa nik khazami nak datang sini tengok upin ipin?
wow.. soalan tu.. hahaha! dah lama sangat tak pergi KL. nanti2 la pegi sana semata2 utk upin ipin
Curahan rasa nikkhazami @ ..Tidak Boleh Ambil Gambar di Masjidil Haram & Masjid Nabawi
Comments are closed.