Graduan menjana pendapatan ribuan ringgit menggunakan platform eRezeki MDEC
Assalamualaikum dan Salam Jumaat,
alhamdulillah harini kita bertemu lagi dalam penghulu segala hari, hari jumaat. Semoga semua urusan dipermudahkan dan kita mendapat keberkatan daripada apa yang diusahakan.
sebelum ini, kita telah sama-sama belajar bagaimana Encik Zul yang telah berjaya menjana pendapatan menggunakan platform online, walaupun telah berumur 57 tahun, baca kisahnya dalam artikel Usia 57 tahun bukan penghalang untuk menambah pendapatan menggunakan teknologi online.
Jana pendapatan hanya menggunakan platform online
Kelebihan menggunakan platform eRezeki ini, semua individu berpeluang untuk memilih bidang yang sesuai dengan diri masing-masing. Contohnya dalam kisah kali ini, saudari Maisarah Abdul Kadir dan Siti Nurain Adnan, telah menjadikan kerja alih bahasa sebagai tugas utama yang dijalankan.

Dalam tempoh 2 bulan, cik Maisarah telah berjaya menjana lebih RM8,000 manakala untuk cik Siti Nurain, beliau telah berjaya menjana lebih RM3,000 dalam tempoh yang sama.
Peluang kepada muda mudi untuk menjana pendapatan digital
Ini adalah peluang untuk muda mudi, sama ada yang sedang belajar mahupun telah tamat pengajian, tetapi masih mencari jalan untuk menambah pendapatan, platform eRezeki mendekatkan kita dengan pembekal-pembekal kerja yang terlibat dengan platform eRezeki ini.
Menggunakan internet, peluang untuk menjana pendapatan online adalah sangat luas. Platform eRezeki tidak terhad kepada tugasan dalam negara sahaja, bahkan terdapat banyak tugasan atau kerja yang disediakan oleh syarikat dari luar negara.
Peluang menjana pendapatan menggunakan platform ini amatlah luas, soalnya, adakah kita mahu atau sebaliknya.
MDEC memberikan kemudahan kepada semua
Platform yang disediakan oleh pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) ini memang memudahkan untuk sesiapa sahaja menambah pendapatan peribadi dan keluarga. Apa yang paling penting adalah tindakan kita untuk memajukan diri.
Terdapat latihan dan bantuan yang disediakan oleh pihak MDEC melalui program eRezeki ini untuk memastikan semua yang terlibat dengan program ini akan dapat berdaya saing dan memberikan perkhidmatan atau hasil kerja yang setanding dengan pekerja mahir di luar sana.
Sekiranya anda sedang mencari cara bagaimana untuk menambah pendapatan, boleh terus ke halaman eRezeki untuk mendaftarkan akaun bersama mereka dan belajar selok belok mendapatkan kerja melalui platform ini.



