Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri 1436H, sibuk beraya tak sedar sudah hampir seminggu tak update blog. Alhamdulillah tahun ini anak-anak dapat cuti sekolah lebih panjang jadi dapatlah kami menyambut Aidilfitri 2015 lebih lama bersama. Kami pulang ke kampung di Segamat malam raya selepas pengumuman hari raya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja. Alhamdulillah terlepas daripada kesesakan trafik jalan raya yang memang menjadi satu tradisi setiap kali hari raya.
Seronoknya berhari raya di kampung sendiri pada Syawal pertama apabila dapat bertemu dengan kawan-kawan kampung yang balik setahun sekali. Bukan senang nak jumpa kawan-kawan kampung kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing dan Syawal pertama adalah satu-satu peluang untuk berjumpa. Selain bertemu kawan-kawan kampung, kami menziarahi pak cik dan mak cik adik beradik abah dan emak di Segamat dan Muar. Memang seronok apabila dapat bertemu sanak saudara.
Raya kali ini tak semua adik beradik balik serentak. Malahan salah seorang adik sedang berada di Sepanyol keluar empat bulan atas maksud dakwah. Semuga ALLAH permudahkan urusan adik dan seluruh jemaah yang bersama. Beberapa tahun dulu adik keluar di Jordan dan kirimkan gambar pohon yang pernah Rasulullah SAW berteduh. Semuga suatu masa nanti aku dipilih ALLAH untuk jadi seperti adik yang korban masa dan tenaga untuk agama ALLAH.
Kami pulang ke kampung Sabak Bernam pada Syawal ke tiga untuk berhari raya bersama dengan keluarga sebelah isteri. Keluarga Sabak Bernam memang besar, anak saudara je dah lebih 60 orang jadi nak jumpa semua memang susah sangat. Paling penting dapat bertemu bapak dan emak mertua yang dah mencecah usia lebih 80 tahun tetapi masih sihat dan kuat. Raya tahun ini tak sangka-sangka pulak dapat beraya dengan rakan-rakan Projek 2015 sehingga ke Sekinchan dan Sungai Nipah.
Kepada sahabat dan pembaca jemput datang ke rumah kami. Kalau tanya bila kami buat buat rumah terbuka … jawapannya hari-hari rumah kami terbuka. Tahun ini kami menyambut aidilfitri secara sederhana sahaja.
57 Comments
Wah… acaranya pasti meriah sekali ya?
Keren, selamat idul fitri ya pak… semoga sehat selalu. 😀
Curahan rasa Gayahidupku.com @ ..Cara Menghilangkan Komedo Cepat dan Alami
meriah betul……
syawal 2015 pun dah habis..semoga kita jumpa lg syawal tahun depan..InshaAllah…
Curahan rasa Mashitah Mamat @ ..Merdeka Giveaway By Honeyonnee.Com
wah..memang happening hari raya tuan bersama keluarga di kampung..saya nak tengok gambar pun dah terasa gembiranya.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Fahami Proses MNP Dalam Bestmobile
Rumah terbuka banyak sekali hari ini. Kena didik perut dan nafsu agar makan besederhana di setiap tempat, InsyaAllah.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..2 Tahun Yang Terindah – Penyusuan Susu Ibu
Rukun sekali ya, moga kita bisa diberi kesehatan dan sampai kepada bulan puasa ramadhan 2016 tahun depan.. amiin ya rab..
Curahan rasa Sasak Lombok @ ..Senarai ahli kabinet baru setelah dirombak
salam hari raya eidulfitri tuan denaihati… (ucapan yg terlambat sudah)… seriusly meriah raya di desa halaman!
Curahan rasa muhammad nizam @ ..TAK MAIN LA DRAMA KOREA
Wah meriahnya! Bila sebut Segamat, teringat masa belajar dulu
Selamat Hari Raya, Taqaballahu Minna Wa Minkum 😀
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Ibu Menyusu, Tetapi Tidak Cukup Susu?
Happy family. 🙂
Sangat sederhana tapi penuh dengan cerita dan makna.
Idil fitri bukanlah hari untuk saling mengguli dalam masalah dunia, glamoran harta, pakaian baru dan mewah, makanan banyak dan enak, tapi untuk kebersamaan dan saling memaafkan.
Curahan rasa Green World Store @ ..Kebutuhan Vitamin Dalam Tubuh per Hari
selamat idul fitri,,,taqobbalallahu minna waminkum semoga kita bisa dipertemukan kembali dengan bulan ramadhan amiin, salam kenal
Curahan rasa agen 4life @ ..Agen 4Life Transfer Factor Banda Aceh
Amin. Moga bertemu juga lagi di Ramadhan & Syawal yang akan datang.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kenapa Perlu Cukur Rambut Bayi Baru Lahir ?
Selamat hari raya Aidilfitri buat semua keluarga tuan Denaihati. Saya pula beraya di kampung mertua di Bachok dan balik kampung sendiri di kg Geting, Tumpat, Kelantan. 1 minggu beraya di Kelantan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Terkini Kelantan vs ATM Liga Super 28 Julai 2015
Beraya di Kelantan juga pasti meriah. Tempat shopping pun banyak. Kata orang boleh shopping sekali,
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kenapa Perlu Cukur Rambut Bayi Baru Lahir ?
Meriahnya terasa bila hari raya dapat berkumpul dengan ahli keluarga. Lepas tu,dapat pula beraya dengan kawan-kawan….Best!
Curahan rasa myliferia @ ..Resipi Rojak Buah Sentul/Sentol (Stor) Terengganu
Nampak kemeriahan tu terserlah kan?Apalagi la yang paling best bila berkumpul ramai-ramai ni kan! Setahun sekali dapat berkumpul bersama tu…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Lenyapkan Ketagihan Merokok Dengan Mudah
sambutan hari raya secara sederhana lebih bagus sebab boleh elak membazir dan memberi kesedaran yang ada org yg tidak bernasib baik dr kita
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Penuh Rombakan Kabinet 2015
Betul tu tuan. Pembaziran memang tidak digalakkan dan amalan syaitan.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kenapa Perlu Cukur Rambut Bayi Baru Lahir ?
Sambutan sederhana tetapi meriah itu lagi best kan,tiada pembaziran yang berlaku!
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Lenyapkan Ketagihan Merokok Dengan Mudah
Tahun ini tahun GST.Pengguna memang sangat berhati hati bila berbelanja. Salam Aidil Fitri untuk team Denai Hati dan semua pembaca.
benar, peniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman pun mengeluh sebab ramai orang datang tapi tak ramai yang membeli barang, sewa tapak pun mahal dari RM10 ribu sampai RM37 ribu.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Tips Peperiksaan Online Pereka B41 Dan B17
Memang tahun ni kesederhanaan tu diamalkan pada hari raya tahun ni, beli mengikut keperluan bukan mengikut kehedak hati..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Lenyapkan Ketagihan Merokok Dengan Mudah
raya tahun ni keluarga saya pun sederhana, yang penting balik kampung dan juga sanak saudara yang telah lama tidak ketemu
Curahan rasa Bisnes Online @ ..Cara Bina Laman Web Affiliate Mudah, Murah Dan Pantas
Wah… mohon maaf lahir dan batin ya Pak. 😀
Semoga saja di ramadhan ini kita kembali fitri. 😀
Curahan rasa Sehape @ ..7 Game Android Mirip Dota Online Dan Offline
Comments are closed.