Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, media sosial seperti Facebook sudah menjadi wadah untuk melepaskan geram kepada yang kurang faham tentang konsep kebebasan beragama di Malaysia. Sudah banyak kes penghinaan Islam yang berlaku di media sosial khasnya Facebook. Kalau sebelum ini heboh kes Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang menunjukkan gambar duduk di atas Kaabah dengan berpakaian seksi. Sebelum itu tersebar luas video Benjamin Stephen di Youtube yang dengan jelas menghina Islam dan Rasulullah SAW.
Malaysia sebuah negara demokrasi dengan Islam agama rasmi dengan membenarkan rakyat beragama lain mengamalkan agama dengan bebas. Sikap saling menghormati antara agama sangat penting untuk menjaga batas-batas susila beragama supaya tidak berlaku kecelaruan dalam bermasyarakat. Perbezaan beragama bermakna ada perbezaan kefahaman antara penuntut setiap agama. TIndakan menghina agama lain kerana perbezaan kefahaman pasti akan membawa kesongsangan dalam hubungan masyarakat majmuk Malaysia.
Tindakan Sally Yen mengikut sumber INI mengulangi beberapa watak durjana sebelum ini menghina Islam pasti membawa rasa marah di kalangan umat Islam di Malaysia. Mengunakan Facebook dengan berani dan pasti dengan akaun samaran Sally Yen merasakan selamat untuk menghina Islam.
Tindakan yang sangat keras mesti diambil oleh Kerajaan kepada siapa juga Sally Yen sebagaimana Kerajaan mengambil tidakan keras kepada Melissa Goi yang menghina Yang Di Pertuan Agong. Mengikut rekod (kalau salah tolong betulkan) kebanyakan watak di Facebook yang menghina Islam terlepas begitu sahaja. Kami pasti siapa pun dibelakang sebuah akaun Facebook dengan nama samaran pasti dapat dikesan.
Malaysia memang negara demokrasi tetapi demokrasi pun ada batasnya kalau dibiarkan watak-watak penghina Islam berleluasa di alam maya Malaysia sangat dikhuatiri tindakbalas penghinaan kepada agama lain akan berlaku dan ini pasti akan menjadikan keharmonian yang telah dibina berpuluh tahun akan hancur begitu sahaja.
Perjuangan kebebasan yang melampau kekadang menjadikan manusia fikir mereka ingin bebas dan sesuka hati bertindak mengikut kata hati tanpa memikirkan implikasi kepada masyarakat. Mencabar undang-undang menjadi keseronokan untuk menjadi popular walaupun bukan disukai oleh majoriti. Kekadang orang tua yang mengajar orang muda menjadi kurang ajar.
121 Comments
Ya Allah berikanlah hidayah buat Sally ini..
Sengaja cari masalah jer Sally ni..pernah baca psl status tu..mls nk join komen kang tambah melarat..bagaimanapun saya berharap agar pintu hidayah dibuka buat Sally Yen ini..
tangkap sahaja mereka yang menimbulkan isu sensitif agama..hukum berdasarkan undang2 ..supaya menjadi pengajaran kepada orang lain.
Curahan rasa kakiblog @ ..Blogger Dan Mesin Penjawab Email Automatik Tempatan
Kebebasan bersuara bukan bererti kita boleh cakap@ taip apa sahaja. Tetap kena ada batasnya. Moga nanti ada tindakan susulan tindakan tegas pada mereka yang menghina agama.
Rasanya belum terdengar lagi desas desus tindakan kerajaan dalam hal ini. Seolah2 kerajaan pejam mata jek!
Curahan rasa MK Kimi @ ..Perbandingan Kadar Harga Broadband Terkini V3
sesuka hati jari dia menaipppp jer..
Curahan rasa pinkbubblegumprincess @ ..Lesen memandu baru mula diguna pakai 15 Julai 2013
Kena amik tindakan nih. Xleh cam tu.
ini tak boleh jadik! naik tocang dah nih. ( macam mare je kan )
Curahan rasa encikarman @ ..Peraduan ‘Nama Siapa Hebat’ oleh Proton tawar hadiah RM120,000
Memang dah melampau skang…geram aku bace…Hish…
Curahan rasa Berita Harian @ ..Infografik Kemuflisan (Bankrap) Di Malaysia – Fakta Realiti & Apa Yang Perlu Anda Tahu
Bila berkaitan soal gama…ada artikel berkaitan dgn agama. Amat bagus blog Denaihati sekarang…setiap entri disertakan foto header entri. Good…good…great…
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kesihatan Kita Semakin Terjejas Akibat Jerebu
tanggungjawab kita juga ni dan sekadar kemampuan untuk bersuara dalam masalah yang tak pernah habis…
Curahan rasa Denaihati @ ..Sally Yen Menghina Islam
Kalau tak tahu agama islam sebenar, jgn duk sedap2 mengata, nanti buruk padahnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kesihatan Kita Semakin Terjejas Akibat Jerebu
Wowwww…nice theme baru ni. Komen pun laju…macam guna line 2mb.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kesihatan Kita Semakin Terjejas Akibat Jerebu
Kalaulah begini tingkah laku beliau, perlu diambil tindakan dengan seberat-beratnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kesihatan Kita Semakin Terjejas Akibat Jerebu
Sally Yen harus dihukum, kalau tidak ramai lagi yg akan mengikut jejak beliau, yg sangat hina itu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kesihatan Kita Semakin Terjejas Akibat Jerebu
Siapapun yang berada dibalik aku facebook itu harus diselasaikan dengan hukum yang berlaku. Karena menghujat suatu agama tanpa dasar hukum kuat sebagai provokasi yang tidak jelas akan menimbulkan suatu masalah baru bagi kalangan umat Islam nantinya. Semoga dapat teratasi dengan cepat.
Salam wisata
Curahan rasa Ejawantah Wisata @ ..DIBALIK KISAH MUSEUM SISA HARTAKU DI BAWAH KAKI GUNUNG MERAPI YOGYAKARTA
Comments are closed.