Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, media sosial seperti Facebook sudah menjadi wadah untuk melepaskan geram kepada yang kurang faham tentang konsep kebebasan beragama di Malaysia. Sudah banyak kes penghinaan Islam yang berlaku di media sosial khasnya Facebook. Kalau sebelum ini heboh kes Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang menunjukkan gambar duduk di atas Kaabah dengan berpakaian seksi. Sebelum itu tersebar luas video Benjamin Stephen di Youtube yang dengan jelas menghina Islam dan Rasulullah SAW.
Malaysia sebuah negara demokrasi dengan Islam agama rasmi dengan membenarkan rakyat beragama lain mengamalkan agama dengan bebas. Sikap saling menghormati antara agama sangat penting untuk menjaga batas-batas susila beragama supaya tidak berlaku kecelaruan dalam bermasyarakat. Perbezaan beragama bermakna ada perbezaan kefahaman antara penuntut setiap agama. TIndakan menghina agama lain kerana perbezaan kefahaman pasti akan membawa kesongsangan dalam hubungan masyarakat majmuk Malaysia.
Tindakan Sally Yen mengikut sumber INI mengulangi beberapa watak durjana sebelum ini menghina Islam pasti membawa rasa marah di kalangan umat Islam di Malaysia. Mengunakan Facebook dengan berani dan pasti dengan akaun samaran Sally Yen merasakan selamat untuk menghina Islam.
Tindakan yang sangat keras mesti diambil oleh Kerajaan kepada siapa juga Sally Yen sebagaimana Kerajaan mengambil tidakan keras kepada Melissa Goi yang menghina Yang Di Pertuan Agong. Mengikut rekod (kalau salah tolong betulkan) kebanyakan watak di Facebook yang menghina Islam terlepas begitu sahaja. Kami pasti siapa pun dibelakang sebuah akaun Facebook dengan nama samaran pasti dapat dikesan.
Malaysia memang negara demokrasi tetapi demokrasi pun ada batasnya kalau dibiarkan watak-watak penghina Islam berleluasa di alam maya Malaysia sangat dikhuatiri tindakbalas penghinaan kepada agama lain akan berlaku dan ini pasti akan menjadikan keharmonian yang telah dibina berpuluh tahun akan hancur begitu sahaja.
Perjuangan kebebasan yang melampau kekadang menjadikan manusia fikir mereka ingin bebas dan sesuka hati bertindak mengikut kata hati tanpa memikirkan implikasi kepada masyarakat. Mencabar undang-undang menjadi keseronokan untuk menjadi popular walaupun bukan disukai oleh majoriti. Kekadang orang tua yang mengajar orang muda menjadi kurang ajar.
121 Comments
Provokasi serta reaksi yang tak sepatutnya berlaku…
Curahan rasa anif @ ..Ramadan Buffet 2013 Johor Bahru
Ini lah Sally Yen yang sebenarnya… http://sexybabesimages.blogspot.com/2010/01/cute-chinese-girls-wallpaper.html
Emm memang tak wajar..bahaya statement ni pada mereka yang kurang ilmu bab agama,..emm
Curahan rasa Hafizul @ ..Wordless Wednesday #57 – Perfume Cahaya Cinta
bila dah terlalu bebas bersuara beginilah akibatnya.
Curahan rasa hafizrahim @ ..Domain High PR
diharapkan tidak akan berlakunya pergaduhan seperti yang telah berlaku suatu ketika dulu.
Curahan rasa hafizrahim @ ..Wordless Wednesday: Tak Banyak Kerja? Bosan?
gambar profile pun kebiasaannya akan ciplak dari profile orang lain
Curahan rasa cent @ ..Blogger Kaya
biasanya orang jenis macam ni takkan letak identiti yang sebenar
Curahan rasa cent @ ..Komisyen JomNiaga
Moga di beri hidayah, kerajaan / jabatan agama perlu pantau kegiatan macam nie, supaya tidak menjadi semakin parah
Curahan rasa MindaKini @ ..Jadilah Insan Pemaaf
Kemudahan laman sosial semakin di salah gunakan. Ramai individu semakin lantang bersuara tanpa memikir kesan disebaliknya.
memang terbaik tema baru ni… 🙂
Curahan rasa zuan @ ..Bangun Makan Online Tidur
Semakin marak saja di dunia maya berbagai macam penghinaan terhadap Rasulullah SAW, baik itu di facebook atau pun di beberapa website serta blog
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hari Anti Narkoba Internasional – World No-Drugs Day
Sampai kapan pun Islam tidak akan pernah hancur dengan cacian dan hinaan, semakin dihina semakin pula kokoh dan kuat….semakin di caci semakin pula eksis di seluruh dunia, ingat kekasaran mereka dapat kalah dengan sebuah argumen.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hari Anti Narkoba Internasional – World No-Drugs Day
Allah senantiasa bersama kita semuanya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hari Anti Narkoba Internasional – World No-Drugs Day
Hmmm..ada lagi ek yang buat macam tu,semoga Sally Yen ni dapat balasan yang setimpal akibat kenyataan dia yang menghina islam
Curahan rasa wazy @ ..Power Bank PME NT-30 3,000 mAh Yang Ranggi
semoga tindakan keras dikenakan dengan segera.
Curahan rasa fyna @ ..Dekorasi Kreatif : Jom Main Lukis-lukis
sedih dan geram bila terbaca status yang menghina islam dan rasullulah s.a.w….
nota kaki…. cantik tamplate baru…
Curahan rasa staibaqhang @ ..Tutorial Panorama Photoshop
Kurang hajar Sally Yen. Sembah pakai colok mencemarkan alam sekitar menyusahkan orang lain. Berbatang2 colok bakar. Geramnyaaaaaa!! Tell your buddha to go to school!!
Curahan rasa Qashmere @ ..Sambutan Hari Guru & Ibu PERMATA Bercham
Comments are closed.