Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, media sosial seperti Facebook sudah menjadi wadah untuk melepaskan geram kepada yang kurang faham tentang konsep kebebasan beragama di Malaysia. Sudah banyak kes penghinaan Islam yang berlaku di media sosial khasnya Facebook. Kalau sebelum ini heboh kes Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang menunjukkan gambar duduk di atas Kaabah dengan berpakaian seksi. Sebelum itu tersebar luas video Benjamin Stephen di Youtube yang dengan jelas menghina Islam dan Rasulullah SAW.
Malaysia sebuah negara demokrasi dengan Islam agama rasmi dengan membenarkan rakyat beragama lain mengamalkan agama dengan bebas. Sikap saling menghormati antara agama sangat penting untuk menjaga batas-batas susila beragama supaya tidak berlaku kecelaruan dalam bermasyarakat. Perbezaan beragama bermakna ada perbezaan kefahaman antara penuntut setiap agama. TIndakan menghina agama lain kerana perbezaan kefahaman pasti akan membawa kesongsangan dalam hubungan masyarakat majmuk Malaysia.
Tindakan Sally Yen mengikut sumber INI mengulangi beberapa watak durjana sebelum ini menghina Islam pasti membawa rasa marah di kalangan umat Islam di Malaysia. Mengunakan Facebook dengan berani dan pasti dengan akaun samaran Sally Yen merasakan selamat untuk menghina Islam.
Tindakan yang sangat keras mesti diambil oleh Kerajaan kepada siapa juga Sally Yen sebagaimana Kerajaan mengambil tidakan keras kepada Melissa Goi yang menghina Yang Di Pertuan Agong. Mengikut rekod (kalau salah tolong betulkan) kebanyakan watak di Facebook yang menghina Islam terlepas begitu sahaja. Kami pasti siapa pun dibelakang sebuah akaun Facebook dengan nama samaran pasti dapat dikesan.
Malaysia memang negara demokrasi tetapi demokrasi pun ada batasnya kalau dibiarkan watak-watak penghina Islam berleluasa di alam maya Malaysia sangat dikhuatiri tindakbalas penghinaan kepada agama lain akan berlaku dan ini pasti akan menjadikan keharmonian yang telah dibina berpuluh tahun akan hancur begitu sahaja.
Perjuangan kebebasan yang melampau kekadang menjadikan manusia fikir mereka ingin bebas dan sesuka hati bertindak mengikut kata hati tanpa memikirkan implikasi kepada masyarakat. Mencabar undang-undang menjadi keseronokan untuk menjadi popular walaupun bukan disukai oleh majoriti. Kekadang orang tua yang mengajar orang muda menjadi kurang ajar.
121 Comments
sengaja menimbulkan permusuhan sesama kita..
Curahan rasa Mus @ ..Wordless Wednesday: Tempahan Percutian Ke Sabah Sudah Penuh
Kebebasan bersuara ada batasnya….
P.s : Cantik template baru denaihati.com
Curahan rasa eyriqazz @ ..Seminar Hartanah dari 3 Otai Pelabur Hartanah
wah theme yang menarik, terbaik 😀
Curahan rasa azrijohan @ ..Asap Jerebu Dah Sampai di UTP
*keluar topik*
themes baru ni mmg betul2 mengutamakan pembaca…terbaiklah tuan DH!
Curahan rasa hafizmd @ ..Wordless Wednesday #39 Pantai Pandak Chendering
Itu pun matlamat kita dan akan ada banyak lagi insentif utk pembaca setia.
betul tu ambe, DT pon suka dengan theme baru ni
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Wordless Wednesday
Semoga dibukakan hidayah pada Sally ni.
Curahan rasa daddydee @ ..Hargai Masa
Itu salah satu cara untuk sedarkan dia…moga2 dia sedar kesilapan ni
Curahan rasa hafizmd @ ..Wordless Wednesday #39 Pantai Pandak Chendering
Sbg org Islam mmg kita marah jika ada yg menghina agama Islam
semoga pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya
Curahan rasa Sop @ ..Pencukur mesin atau pencukur tradisional?
kadang2 hairan juga dengan kerajaan, lambat betul ambil tindakan, semakain hari semakin ramai manusia yg berani menghina agama Islam…
Curahan rasa KY @ ..Wanita Sosial Dan Lelaki Soleh
Setiap perkataan, tulisan, dan semua perbuatan sekecil apapun kan mendapat balasannya, baik di dunia dan di akhirat kelak.
IN KHOIRON FAKHOIRUN, WA IN SYARRON FASYARRUN
jumpa si sally ni, masuk dia dalam jail dengan penuh api… geram sungguh
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Rezeki Lagi
Seharusnya ada tindakan tegas agar hal ini tidak terulang lagi di masa mendatang
Curahan rasa Ferry @ ..Masa Nifas
Rasanya ini adalah provokasi dari pihak2 tidak bertanggunjawab. Jangan hairan kalau Sally Yen tu rupanya lelaki. Sebaiknya jangan dilayan dan diberi space langsung. Mintak polis siasat dan ambik tindakan sahaja.
kalau islam sudah dihina seperti ini, orang itu harus segera di tindak..!!!
Curahan rasa Misterdhi @ ..Cara Memberi Scroll pada Area Komentar Blog
dari cara berbicaranya sangat jelas dia adalah seorang laki-laki yang menggunakan nama samaran
Curahan rasa munir ardi @ ..Antoni Gaudi’s 161st birthday di google doodle hari ini
masyaallah… semoga dia diambil tindakan dengan segera
Curahan rasa Mak Dara @ ..Keputusan Siapa Juara Masterchef Selebriti Malaysia Ke2 Bocor?
kalo hina raja hukumannya berat, mohon orang yang menghina agama Islam dihukum dengan lebih berat lagi..
Curahan rasa adarain @ ..Sedapnya Bersama Garden Recipe
Comments are closed.