Salam AidilFitri 1431 dari jauh ku pohon maaf

Spread the love

Assalamualaikum dan salam Aidilfitri 1431 1Dunia, alhamdulillah tahun ini tahun pertama berhari raya bersama mertua dan tahun kedua menyambut Aidilfitri bersama keluarga setelah berada di perantauan kembara di negara orang untuk beberapa tahun. Kerana itu aku selalu dapat merasai luahan tersembunyi di hati kak jie yang berjauhan dengan suami. Di saat lebaran adalah saat yang paling memilukan apabila berjauhan dengan keluarga terutama apabila mendengar takbir hari raya. Ada ketikanya sengaja aku mengelak untuk mendengar takbir hari raya dan melalui kehidupan seperti tiada apa yang berlaku.

Keluarga adalah segalanya selepas Allah dan Rasulullah.

Isteri dan anak-anak gembira dalam kekosongan bersama keluarga ketika aku tiada di sisi jauh beribu batu di perantauan. Pada mulanya kami sering juga bervideo cam tetapi aku tak boleh tahan bila anak bungsu aku selalu cakap kepada sepupunya ketika bervideo cam “ini ayah kita tau, ini ayah kita tau” ada kerinduan yang amat sangat dalam kata-katanya. Itulah bijak pandai ada berkata “kita hanya menghargai sihat bila kita sakit” begitu juga “kita hanya dapat menghargai kasih sayang apabila berjauhan”. Nasihat kepada para suami kasih dan sayangilah keluarga anda kerana itu adalah amanah dari Allah swt. Keluarga adalah pintu untuk ke syurga sebagaimana ibubapa juga pintu ke syurga kepada anak-anak. Lupakan kerja yang tidak pernah akan habis untuk 2-3 hari. Ketika itu baru aku tahu sentuhan lagu “Dendang Perantau” dan “Dari jauh ku pohon maaf”. Dalam kejauhan baru aku rasakan bahawa duit bukan segalanya untuk berjaya dunia dan akhirat.

get your free blog banner at emilayusof.com

Untuk semua pengunjung setia blog denaihati dari Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei dan 1Dunia serta teman-teman Malaysia di perantauan aku menghulur sepuluh jari memohon maaf sekira ada tulisan, tweet dan share aku yang menguris hati dan meresahkan jiwa. Aku cuba sedaya upaya untuk memberi apa yang terbaik.

Salam AidilFitri dari jauh ku pohon maaf zahir batin berhati-hati di jalan raya.

[ad#Mangga 300]


Spread the love

110 Comments

  1. Bulan yang indah penuh hikmah telah berlalu..
    Semoga menitis ke lembaran baru
    dan membuka ribuan pintu maaf,
    Agar kami bisa masuk dan menjadi bagian yang termaafkan,
    “SELAMAT IDUL FITRI 1431 H”
    …Mohon maaf lahir batin……………

  2. Meskipun tradisi dan kemeriahan menyambut lebaran atau hari raya Idul Fitri, berbeda antara satu negara dengan negara lainnya atau satu tempat dengan tempat lainnya, namun yang pasti esensi memperingati atau merayakan Idul Fitri adalah sama. Yakni, membuka kesucian diri dan merayakan kemenangan melawan nafsu.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Menjadi Blogger Yang BahagiaMy Profile

  3. alhamdulillah…raya dah…aku pun biasa beraya tanpa suami dan anak2….ini sering berlaku…sejak 13 tahun yang lalu….sekarang ianya sudah menjadi biasa buat diriku…SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!