Salam Aidiladha 2011

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kepada semua Muslimin dan Muslimat pembaca setia blog Denaihati aku, keluarga dan warga pengerak blog Denaihati ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha. Kami menyusun sepuluh jari seandai selama perjalanan hidup ini ada tersalah dan tersilap sehingga menguris hati semua pembaca.

Semuga kita mengambil iktibar daripada peristiwa Korban Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Tanpa pengorbanaan pasti tiada kejayaan dunia dan akhirat kerana itu untuk kita berjaya mesti berkorban bukan sahaja ketika merayakan Aidiladha. Bukan sekadar berkorban sebahagian lembu atau kambing tetapi Berkorban tenaga dan harta benda untuk agama Islam.

Firman Allah SWT surah Al Baqarah ayat 132 yang ertinya : “Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam”

Berkatalah anak Adam : Hartaku! Hartaku! Maka sabda Rasulullah SAW : Sedangkan engkau sebenarnya tidak memiliki daripada hartamu kecuali apa yang telah engkau makan lalu menjadi najis isi jamban, apa yang engkau pakai maka ia menjadi lusuh lalu dibuang atau apa yang engkau sedekah hanya ia yang kekal menjadi bekalan.

Semuga ada pengajaran dalm kita menyambut Aidiladha 2011. Marilah kita berdoa agar rakan-rakan seperjuangan dan semua jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia berkusut masai dapat mengerjakan ibadah Haji dengan sempurna dan agar amal ibadat mereka diberkati Allah SWT dan mendapat haji mabrur serta dapat pulang ke tanah air dengan selamat.

63 Comments

  1. Ide cemerlang saya dapat dari Artikel yang di buat di Wibesite ini, Wajib dicoba Tipsnya. Semoga berhasil

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!