Saham IHH Healthcare Berhad terkini

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, selepas IPO Felda Global Ventures Holding kini IPO IHH Healthcare Berhad (IHH) menjadi buruan para pelabur. IHH adalah sebuah syarikat pengendali rangkaian perubatan swasta ke dua terbesar di dunia yang dikuasai oleh Khazanah Nasional Sdn Bhd. Harga tawaran saham IHH pada RM2.85 di Malaysia dan SGD1.18 di Singapore dengan jumlah tawaran sebanyak 2.23 billion yang merupakan tawaran ke tiga terbesar di dunia selepas Facebook dan FGVH.

Klik untuk tahu Panduan buat duit dengan SAHAM

360 juta saham IHH ditawarkan untuk langganan pelabur Bumiputera yang perlu memohon melalui MiTi. Pemohonan langganan saham Bumiputera untuk saham IHH seperti juga untuk saham yang lain yang mesti mengikuti syarat-syarat MiTi yang telah ditetapkan. Pemohonan saham IHH untuk langganan Bumiputera akan tamat pada 5/7/2012. Kepada yang telah memohon saham IHH boleh memeriksa status secara online di Status Pemohonan Saham MiTi. Kepada yang belum mendaftar dengan MiTi boleh belajar cara daftar di Cara Mendaftar Saham Bumiputera.

IPO IHH Healthcare Berhad

Kepada pelabur yang terlepas peluang langganan Bumiputera saham IHH masih ada peluang dengan langganan awam. Kepada Rakan Blogger yang belum pernah terlibat sebenarnya tak susah mana pun. Pertama kena buka akaun CDS di syarikat broker berhampiran bukan mahal mana pun hanya RM10 sahaja. Nak beli saham bukan kena tunggu ada duit juta-juta, kita boleh bermula dari jumlah yang kecil kemudian perlahan-lahan akan jadi banyak. Untuk saham IHH satu lot harganya RM2850. Kalau kita memohon 5 lot maknanya RM2850 x 5. Kalau ditakdirkan permohonan kita gagal duit tersebut akan dipulangkan kembali ke dalam akaun bank kita. Sekarang nak memohon beli saham mudah boleh beli lansung dari akaun bank tak perlu nak buat cek atau money order seperti dulu. Nak tahu cara beli saham IHH melalui bank boleh baca entri “Beli saham dengan Maybank2u“.

Beli saham langganan baru seperti saham IHH memang tak ada risiko rugi sebab syarikat ini dikendalikan Khazanah Nasional jadi pastilah akan untung pada hari pertama cuma berapa banyak tu bergantung kepada keadaan pasaran Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) ketika disenaraikan pada 25/7/2012. Sama seperti saham Felda setelah di senaraikan harganya terus naik sedikit demi sedikit. Ada analisa yang menjangkakan saham IHH akan melebih prestasi saham Felda di hari pertama penyenaraian.

Pada awal penglibatan aku melanggan saham dulu aku dan beberapa kawan buat tabung sebab masing-masing kekurangan dana. Setiap kali ada saham baru kami akan bergilir mengguna nama. Mungkin formula ini boleh digunakan oleh Rakan Blogger yang nak melibatkan diri tapi kurang dana. Yang penting mesti jujur dan jangan tamak.

Jangan lepaskan peluang memohon langgan awam saham IHH Healthcare Berhad.

Harga terkini IHH Healthcare Berhad (Klik)


Spread the love

153 Comments

  1. salam sy berminat dengan saham ni…tapi masih dalam nak mengenal dan belajar tentang pembelian saham…bila selalu IPO saham buka tawaran…ada lagi ke IPO yang ditawaran ketika ini…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!