Assalamualaikum dan salam 1Dunia, selepas IPO Felda Global Ventures Holding kini IPO IHH Healthcare Berhad (IHH) menjadi buruan para pelabur. IHH adalah sebuah syarikat pengendali rangkaian perubatan swasta ke dua terbesar di dunia yang dikuasai oleh Khazanah Nasional Sdn Bhd. Harga tawaran saham IHH pada RM2.85 di Malaysia dan SGD1.18 di Singapore dengan jumlah tawaran sebanyak 2.23 billion yang merupakan tawaran ke tiga terbesar di dunia selepas Facebook dan FGVH.
360 juta saham IHH ditawarkan untuk langganan pelabur Bumiputera yang perlu memohon melalui MiTi. Pemohonan langganan saham Bumiputera untuk saham IHH seperti juga untuk saham yang lain yang mesti mengikuti syarat-syarat MiTi yang telah ditetapkan. Pemohonan saham IHH untuk langganan Bumiputera akan tamat pada 5/7/2012. Kepada yang telah memohon saham IHH boleh memeriksa status secara online di Status Pemohonan Saham MiTi. Kepada yang belum mendaftar dengan MiTi boleh belajar cara daftar di Cara Mendaftar Saham Bumiputera.
Kepada pelabur yang terlepas peluang langganan Bumiputera saham IHH masih ada peluang dengan langganan awam. Kepada Rakan Blogger yang belum pernah terlibat sebenarnya tak susah mana pun. Pertama kena buka akaun CDS di syarikat broker berhampiran bukan mahal mana pun hanya RM10 sahaja. Nak beli saham bukan kena tunggu ada duit juta-juta, kita boleh bermula dari jumlah yang kecil kemudian perlahan-lahan akan jadi banyak. Untuk saham IHH satu lot harganya RM2850. Kalau kita memohon 5 lot maknanya RM2850 x 5. Kalau ditakdirkan permohonan kita gagal duit tersebut akan dipulangkan kembali ke dalam akaun bank kita. Sekarang nak memohon beli saham mudah boleh beli lansung dari akaun bank tak perlu nak buat cek atau money order seperti dulu. Nak tahu cara beli saham IHH melalui bank boleh baca entri “Beli saham dengan Maybank2u“.
Beli saham langganan baru seperti saham IHH memang tak ada risiko rugi sebab syarikat ini dikendalikan Khazanah Nasional jadi pastilah akan untung pada hari pertama cuma berapa banyak tu bergantung kepada keadaan pasaran Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) ketika disenaraikan pada 25/7/2012. Sama seperti saham Felda setelah di senaraikan harganya terus naik sedikit demi sedikit. Ada analisa yang menjangkakan saham IHH akan melebih prestasi saham Felda di hari pertama penyenaraian.
Pada awal penglibatan aku melanggan saham dulu aku dan beberapa kawan buat tabung sebab masing-masing kekurangan dana. Setiap kali ada saham baru kami akan bergilir mengguna nama. Mungkin formula ini boleh digunakan oleh Rakan Blogger yang nak melibatkan diri tapi kurang dana. Yang penting mesti jujur dan jangan tamak.
Jangan lepaskan peluang memohon langgan awam saham IHH Healthcare Berhad.
Harga terkini IHH Healthcare Berhad (Klik)
153 Comments
Banyak info2 diinternet membicarakan saham2, bagaimana membeli, menjual dll. Membaca menambah pengetahuan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
Saham biasanya tak lepas drp lot. Cth 1 lot = RM ????. Begitulah asasnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
Semakin faham dgn saham yg diperdagangkan. Pasti ramai rakan2 skrg semakin faham apabila terkelurnya entri ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
ada jaminan jangka panjang benda ni tapi xbrape faham
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..MasterChef Selebriti Episod 24 – Azwan Ali Tersingkir
Kalaulah betul tekaan saya adalah kita melabur dgn membeli 1 lot =RM 2850, duit kita terus kekal, andai harga sesaham itu terus kekal RM 2.85 atau meningkat, lainlah jika turun dibawah RM 2.85. Cth mudah lagi andai naik jadi RM 3.00, maka duit kita jadi RM 3000, jika jual waktu RM 3.00.Jadi kita untung RM 150. Kalau salah org lain tolong betulkan. he..he..
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
Jaminan masa panjang bermaksud duit kita terus kekal di situ. Mungkin tiap tahun dpt deviden dan bonus kot. Rasa2 macam Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
Setiap tahun syarikat akan bayar deviden + bonus seperti ASB tapi yg menariknya biasa nilainya lebih tinggi sehingga 15-20% setahun.
memang sapa ada duit boleh je belajar main2 saham ni.. insyaallah ada modal macam nak belajar2 juga.. hehehe
Curahan rasa myvitrd @ ..Eyriqazz vs Denaihati Cabaran Semakin Sukar
Duit lebih, bagi membiak. Tunggu dividen kalau ada / jual time price tinggi
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Eyriqazz vs Denaihati Siapa Akan Menang
keuntungan akan bisa diraih bila pandai memilih mana saham yang cocok serta bagus
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Mendeteksi Kehamilan Kembar
Dan kerugian pun bisa saja terjadi bila kita tidak pandai dalam memilih dan bermain saham.
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Mendeteksi Kehamilan Kembar
itu mungkin beberapa hal yang saya ketahui dan pahami dari orang yang awam mengenai saham, karena beberapa teman ada juga yang beruntung dan juga kurang beruntung
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Mendeteksi Kehamilan Kembar
Saya rasa saham IHH ini bagus dan berpotensi cerah kedepannya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Mendeteksi Kehamilan Kembar
Kena pandai beli secured share. Dan jual bila harga naik dan beli lagi bila harga murah. But kena kena tahu pasaran saham lah
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Eyriqazz vs Denaihati Siapa Akan Menang
mendapatkan pengetahuan baru lagi mengenai dunia saham
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Mendeteksi Kehamilan Kembar
Bila kita mengetahui akan saham serta seluk beluknya bolehlah kita terjun dalam dunia saham
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Mendeteksi Kehamilan Kembar
Salah satu cara mendapatkan pendapatan yang besar bila sahamnya bagus di pasaran
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Mendeteksi Kehamilan Kembar
tetapi bila awam tentang saham dan seluk beluknya serta berkehendak untuk menanam saham lebih baik berkonsultasi dahulu kepada yang piawai tentang saham
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Mendeteksi Kehamilan Kembar
Karena tentunya bila berkonsultasi kita bisa mengetahui akan untuk ruginya bila bermain dalam saham
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Mendeteksi Kehamilan Kembar
pakcik..pakcik ambil berapa lotttt?? hehe..
Curahan rasa titan @ ..Piala AFC bukan milik Ainan Tasneem..
Blog Ariffshah.com ada kongsi banyak ilmu saham melalui pengalaman beliau dan seminar yg beliau ikuti.
Curahan rasa denaihati @ ..Strawberry Park Resort percutian yang tidak dilupakan
saya x faham lah, apa beza harga lot rm2K tu dengan seunit rm2 tuh yer
Curahan rasa Juan @ ..Cik Ika Yang Pandai Main
Kalau ikut dekat bursa Malaysia 1lot=100 unit son 100units x price seunit.
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Eyriqazz vs Denaihati Siapa Akan Menang
susah juga nak di fahami ekk…?
Bila baca secara mendalam. InsyaAllah dapat faham
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Eyriqazz vs Denaihati Siapa Akan Menang
Biasanya harga saham ditetapkan mengikut harga seunit jadi utk saham IHH harga seunit saham RM2.85 tetapi untuk pembelian saham kita tak boleh beli satu unit sahaja minima yang mesti kita beli adalah 100 unit jadi untuk 100 unit harganya 100 x RM2.85.
Curahan rasa denaihati @ ..Strawberry Park Resort percutian yang tidak dilupakan
owh, kalau mcm ni saya faham lah, thanks denaihati, kalau satu lot +/- rm300 ok sangat lah, tp mcm x sempat jer saya nak beli
Curahan rasa Juan @ ..Cik Ika Yang Pandai Main
Masih sempat. Nak beli melalui bank yang terlibat pun tak buka lagi
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Eyriqazz vs Denaihati Siapa Akan Menang
DH ada tak suggestion buku mana² yang menceritakan pasal pelaburan ini?
bolehla belajar slow² sambil kumpul modal..
Curahan rasa cikgu naman @ ..Floria 2012 Putrajaya Bertemakan Bunga Kertas
Pembetulan DH, kalau satu unit bersamaan RM2.85 satu lot (100units) = RM285 bukannya RM2850
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Eyriqazz vs Denaihati Siapa Akan Menang
Dalam istilah saham 1 lot saham biasanya 1000 unit tapi di BSKL boleh beli minima 100 unit.
Oh. Sebab saya tengok dekat Interface trading saya 1 lot=100.
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Eyriqazz vs Denaihati Siapa Akan Menang
Bagus info nanti aku check balik detail sebab 100 unit ni baru beberapa tahun ni je dulu minima 1000 unit.
Okay. Maybe dah tukar kot. 1000 units just applicable siapa yang nak beli melalui MITI
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Eyriqazz vs Denaihati Siapa Akan Menang
bunyi macam guarantee je bos
Curahan rasa aslam @ ..ASB loan? Sejauh mana keseronokannya..
Memang gurantee naik punya lah cuma berapa banyak tak tahu. Syarikat GLC bawa nama Malaysia kalau 1st day negatif pastilah lari investor sama seperti saham FGVH.
Saya sebagai pelajar tak kan lepaskan peluang ni. Long term investment
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Eyriqazz vs Denaihati Siapa Akan Menang
Ada sokongan goverment, confirm ada jaminan
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Eyriqazz vs Denaihati Siapa Akan Menang
tak reti main saham2
tapi menarik utk diterokai…
Curahan rasa auc dot com @ ..Jadual Perlawanan Bola Sepak SUKMA XV Pahang 2012
Mesti ambil masa terokai sebab orang cina dah lama terlibat dgn saham ni … bila lagi kita orang Melayu.
Kena banyak course pasal benda ni. Melayu handle baru orang Melayu lain yakin nak join
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Eyriqazz vs Denaihati Siapa Akan Menang
Salam..
woww..satu peluang
pelaburan terbaik nih
bijak wang..bijak sana..
bijak sini..
Curahan rasa Bro Zulkbo @ ..SUKMA 2012 : Kedudukan Terkini Pingat
Tak rugi kalau melabur ni
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Eyriqazz vs Denaihati Siapa Akan Menang
Sering membaca tentang pelaburan saham disini, rasanya jadi tertarik untuk mempelajari lebih jauh.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Download Kisi-Kisi Soal Uji Kompetensi Awal Sertifikasi Guru Tahun 2012
mesti belajar kerana ini salah satu cara bisa menambah income setiap bulan
Curahan rasa denaihati @ ..Halal Restoran di Suvarnabhumi Airport, Bangkok
Comments are closed.