Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur alhamdulillah ALLAH pertemukan aku dengan ramai insan-insan yang berjaya. Melihat kejayaan seseorang adalah motivasi kehidupan tetapi lebih penting menyelami perjalanan sebuah kejayaan seseorang kerana sudah pasti banyak onak dan duri. Kejayaan tidak datang bergolek pasti penuh dengan ujian dan kegagalan yang perlu di tempohi. Itulah yang kita perlu belajar apabila bercita-cita nak menjadi insan berjaya. Mencemburi kejayaan seseorang untuk dicontohi adalah baik tetapi mengata nista itu buruk perangai.
Insan-insan hebat berjaya kerana mereka kerja kuat, kerja bersungguh-sungguh, berdisplin, sanggup korban masa, korban tenaga, meninggalkan keluarga bila perlu, tidak pernah putus asa walaupun melalui berbagai kegagalan, tidak pernah mengalah, sentiasa positif, berjiwa kental, tidak berhenti belajar. Dan banyak lagi, terlalu banyak catatan positif kalau nak ditulis tidak cukup satu entri yang ada pada diri insan-insan yang berjaya.
Itu semua memang hebat tapi lebih hebat lagi walaupun sudah berjaya insan-insan ini masih lagi bekerja kuat untuk manafaat seluruh alam. Mereka menjadi seperti lampu bukan hanya menerangi diri sendiri tetapi menerangi insan lain untuk membina kejayaan bersama. Itu bezanya mereka yg berjaya berbanding orang lain yg sentiasa memberi alasan pada diri sendiri utk melapik kegagalan demi kegagalan hidup.
Nak berjaya menjadi blogger hebat berkawanlah dengan blogger yang sudah berjaya. Nak menjadi usahawan yang berjaya berkawanlah dengan usahawan yang sudah berjaya. Nak menjadi penulis buku yang berjaya berkawanlah dengan penulis buku yang sudah berjaya. Nak menjadi jutawan hartanah berkawanlah dengan insan yang sudah menjadi jutawan hartanah. Kawan disekeliling kita bakal mencorak kehidupan kita kelak.
Jangan malu untuk berkawan dengan mereka yang sudah berjaya apabila kita mempunyai cita-cita untuk berjaya seperti mereka. Jadikan mereka mentor untuk mengajar kita menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat.
Perbandingan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi .
Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau akan membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya.
Sedangkan tukang besi, mungkin (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak enak .” (HR. Bukhari 5534 dan Muslim 2628)
93 Comments
Setuju. Tapi terkadang teman tidak bisa dikategorikan sahabat … Terimakasih atas berbaginya …
Curahan rasa One’s Excellent @ ..Mengenal Lebih Jauh Tentang Korea Selatan
Btul dan setuju sgt
kne kelilingi diri dengan org2 berjaya suapaya kita pon bole ikut perkara2 positif yg kwan2 buat. duplicate org berjaya yehh
Curahan rasa Leyha @ ..5 Vitamin penting untuk kulit cantik
kita kena berhati-hati dalam memilih kawan sebab mereka akan mempengaruhi hidup kita…begitu juga dengan rakan-rakan di facebook, kena buat tapisan.. =)
Curahan rasa Siti Badariah Baharin @ ..Beri Peluang Untuk Anak Menconteng
betul tu, pilihlah sahabat yang baik untuk kehidupan kita. kalau salah kawan silap-silap terjerumus terus, nauzubillah.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Kisah Anak-anak dan Omega Guard
Betul, sahabat yang baik membantu untuk kejayaan kita.
Nak berjaya perlu kuatkan hati, percaya diri dan perlukan mentor. Berjaya untuk dunia akhirat. Beri manfaat kepada semua 🙂
wah..ternyata tuan ramai networking..memang itu ciri-ciri hebat seorang usahawan..saya terinspirasi nak jadi macam mereka.
Curahan rasa Hero Borneo @ ..5 Tanda Seorang Suami Yang Bijak
punya musuh satu terasa sempit dunia ini,,punya banyak teman sampai jutaan terasa sedikit,,itulah nikmatnya punya sahabat yang baik,salam kenal buat team DH
Curahan rasa ade sunandar @ ..Cara menghilangkan daging tumbuh di telinga
Salam kenalan buat sahabat yang hebat dari Indonesia semuga kita terus bias bersahabat dari alam maya
Curahan rasa Denaihati @ ..Surface 3 untuk Projek 2015
terbaiklah…kawan yang boleh bagi inspirasi dan dorongan memang bagus untuk perbaiki diri kita
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Samsung tablets history
Bersahabat dengan orang yang positif sahaja. Tak ramai kawan tak apa . Yang penting kualiti sahabat yang kita ada walaupun hanya seorang.
Curahan rasa rahimah @ ..Ketahui 3 Sebab Kenapa Kad Kredit Penting Semasa Bercuti Di Luar Negara.
kawan memang ramai, tapi sahabat mungkin tidak lebih dari 5 orang.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Bongkar Rahsia Pemasaran Emel Dan Blog
Berkawan dengan orang yang sudah berjaya dan berilmu banyak memberikan manfaat kepada diri sendiri
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Nak kurus TANPA mengganggu proses penyusuan?
I could not agree more. Sangat setuju dengan artikel ini. Saya pun selalu mengingatkan students saya perkara yang sama. Dengan siapa kita bersahabat mencerminkan siapa kita jadi bersahabatlah dengan orang yang baik.
Curahan rasa Angel @ ..Senamrobik for Merentas Desa: My first time as an instructor!
sahabt pendorong kita baik atau pun jahat..so pilih la sahabat yang baik..:)
Curahan rasa Coway Malaysia @ ..Coway Water Filter – Kenapa ?
di dunia ni bermacam-macam sahabat.. ya pilihlah sahabat yg dpt membantu kita waktu senang mahupun susah
Huhu.. Betul dah tu.. Nk jadi usahawan berjaya, kena kawan ngn org yang berjaya..
Curahan rasa Hafizul @ ..Isteri Marah Suami Untuk Lepas Penat
Sahabat boleh mempengaruhi kehidupan kita. Jika bersahabat dengan sahabat yang rajin dan sentiasa berfikiran positif dan berkeinginan dan berusaha untuk sentiasa memperbaiki diri, insyaAllah kita juga bersikap demikian.
Antaar Ayat Al-Quran yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan adalah seperti ayat dibawah:
“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.”
(Surah at-Taubah, ayat 119)
Curahan rasa Kurnia @ ..Latih Anak-anak Doakan Umi Jadi Master Coordinator
Comments are closed.