Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur alhamdulillah ALLAH pertemukan aku dengan ramai insan-insan yang berjaya. Melihat kejayaan seseorang adalah motivasi kehidupan tetapi lebih penting menyelami perjalanan sebuah kejayaan seseorang kerana sudah pasti banyak onak dan duri. Kejayaan tidak datang bergolek pasti penuh dengan ujian dan kegagalan yang perlu di tempohi. Itulah yang kita perlu belajar apabila bercita-cita nak menjadi insan berjaya. Mencemburi kejayaan seseorang untuk dicontohi adalah baik tetapi mengata nista itu buruk perangai.
Insan-insan hebat berjaya kerana mereka kerja kuat, kerja bersungguh-sungguh, berdisplin, sanggup korban masa, korban tenaga, meninggalkan keluarga bila perlu, tidak pernah putus asa walaupun melalui berbagai kegagalan, tidak pernah mengalah, sentiasa positif, berjiwa kental, tidak berhenti belajar. Dan banyak lagi, terlalu banyak catatan positif kalau nak ditulis tidak cukup satu entri yang ada pada diri insan-insan yang berjaya.
Itu semua memang hebat tapi lebih hebat lagi walaupun sudah berjaya insan-insan ini masih lagi bekerja kuat untuk manafaat seluruh alam. Mereka menjadi seperti lampu bukan hanya menerangi diri sendiri tetapi menerangi insan lain untuk membina kejayaan bersama. Itu bezanya mereka yg berjaya berbanding orang lain yg sentiasa memberi alasan pada diri sendiri utk melapik kegagalan demi kegagalan hidup.
Nak berjaya menjadi blogger hebat berkawanlah dengan blogger yang sudah berjaya. Nak menjadi usahawan yang berjaya berkawanlah dengan usahawan yang sudah berjaya. Nak menjadi penulis buku yang berjaya berkawanlah dengan penulis buku yang sudah berjaya. Nak menjadi jutawan hartanah berkawanlah dengan insan yang sudah menjadi jutawan hartanah. Kawan disekeliling kita bakal mencorak kehidupan kita kelak.
Jangan malu untuk berkawan dengan mereka yang sudah berjaya apabila kita mempunyai cita-cita untuk berjaya seperti mereka. Jadikan mereka mentor untuk mengajar kita menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat.
Perbandingan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi .
Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau akan membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya.
Sedangkan tukang besi, mungkin (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak enak .” (HR. Bukhari 5534 dan Muslim 2628)
93 Comments
bukan mudah nak jumpa sahabat, kita kena ada kawan kawan dulu.
dari kawan ditapis menjadi sahabat, sebab sahabatlah yang akan bersama semasa susah dan senang.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Pengambilan Dibekukan Masih Boleh Kerja Kerajaan
tengok kejayaan diorang rasa mcm nak jugak. tapi kalau tak mula mcm mana nak berjaya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Pelajar Digantung Kerana Selfie Ketika Konvo
bila mendekati orang berjaya ni dengan kita sekali kena tempiasnya. sebab setiap hari kita tengok cara dia bekerja
Curahan rasa nikkhazami @ ..Pelajar Digantung Kerana Selfie Ketika Konvo
Betul ke….orang yang berjaya dan hartawan ada ego sikit dan tidak pandang pun macam kita ni yang di peringkat bawah. Biasanya yang terjadi pada OKB. Kalau kaya semulajadi dorang simple2 saja..
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Bulan Mei Jadi Kenangan
Rasanya ini bukan disebabkan OKB tapi sikap manusia sendiri. Kadang-kadang ada yang kerja biasa-biasa pun sangat sombong.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Jujur Dalam Berniaga : Kisah Tempahan Baju Raya Yang Sadis 😛
Terasa segan pula nak berkawan dengan orang dah berjaya, terasa kecil pula rasanya. Itulah yang kebanyakan antara kita merasainya. Segan, malu dan takut untuk mendekati mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Bulan Mei Jadi Kenangan
Hal minyak wangi tu sy setuju.. juga hal pembuat besi….
Moga ukhuwah ini berkekalan selamanya..
Curahan rasa Hilal @ ..Aku dan cikgu
Beruntung dpt berkawan dengan saudagar minyak wangi… tokey gaharu pula tu.. memang best..
Curahan rasa anuar @ ..Miliki pakej laman web, copywriting, sistem autoresponder, dan content email marketing pada harga RM10 sahaja. Memang Murah!
Bersahabat dengan orang yang baik-baik dan hebat-hebat, insya-Allah kita akan dapat tempias dari kehebatan & kebaikan mereka 🙂
Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..Alhamdulillah, Selesai Berkongsi Ilmu di Johor
Terima kasih tuan Azizi di atas nasihat yg diberikan.. semoga jalinan ukhuwah diantara kita terus berpanjangan..
Curahan rasa anuar @ ..Miliki pakej laman web, copywriting, sistem autoresponder, dan content email marketing pada harga RM10 sahaja. Memang Murah!
Kebanyakan antara kita merasa malu untuk berkawan dengan yang sudah berjaya. Mungkin juga terasa segan untuk bertanyakan sesuatu pada mereka akibat mereka di atas, kita ni di bawah. Itulah yang kebanyakan dapat kita lihat dalam masyarakat kita.
Curahan rasa kamilsalleh @ ..Kelantan Layak Ke Akhir Piala FA 2015 Bertemu Lions XII
Betul tu.. ada masanya saya juga mempunyai perasaan macam tu… rasa malu untuk berkawan dgn org yang berjaya…
Curahan rasa anuar @ ..Miliki pakej laman web, copywriting, sistem autoresponder, dan content email marketing pada harga RM10 sahaja. Memang Murah!
Salam…begitulah hebatnya orang berjaya, walaupun dah berjaya tetapi masih lagi bekerja kuat siang dan malam dan tak pernah berhenti mencari lagi ilmu yang ada agar ilmu yang dapat boleh dikongsikan kepada insan lain.
Curahan rasa kamilsalleh @ ..Kelantan Layak Ke Akhir Piala FA 2015 Bertemu Lions XII
Itulah perbezaan diantara ornag yg luar biasa hebat dengan orang yang biasa2 sahaja… orang yang berjaya ni semangat dia lain sikit…
Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah. Orang berjaya tak cipta alasan tapi peluang 🙂
Curahan rasa Fyda Noh @ ..Tips Cepat Sembuh Luka Bersalin Hanya Dalam 3 Hari
Entry yang sungguh bermakna. Bersahabat dengan mereka yang berjaya dapat memberikan inspirasi dan tauladan yang baik.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Jujur Dalam Berniaga : Kisah Tempahan Baju Raya Yang Sadis 😛
Nak berjaya, mesti follow orang2 yang berjaya.
Perkara inilah yg harus dititik beratkan. Kalau boleh kaji dan kenali asal usul orang yang kita nak follow tu, jangan terus terjah je follow…:D
Curahan rasa Budak Nakal @ ..Wajah Baru Budak Nakal Blogspot 2015
Saya setuju 100%. Kalau nak berjaya, kita kena berkawan dengan orang-orang yang berjaya… Belajar daripada mereka cara untuk berjaya dalam bidang yang kita ceburi…
Curahan rasa Anuar @ ..Miliki pakej laman web, copywriting, sistem autoresponder, dan content email marketing pada harga RM10 sahaja. Memang Murah!
ya benar sekali artikel ini, barang siapa bermain api pasti akan terbakar dan barang siapa bergaul dengan orang salah maka mereka akan ikut bersalah, dan barang siapa mereka bergau dengan teman berjaya maka mereka akan ikut jaya, artikel yang menarik
Bila bergaul dengan mereka yang berjaya sikit sebanyak kita akan dapat aura kejayaan mereka. Paling tidakpun mereka boleh menjadi mentor untuk kita berjaya..
Kalau kita masih duduk dibawah tempurung dan selesa dengan sedia ada sudah tentu kita tidak kemana….Kejayaan tidak datang bergolek ” “Build your own dreams, or someone else will hire you to build theirs.” Farrah Gray ”
Curahan rasa Sani @ ..Selamat Hari Guru
Comments are closed.