Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Kumpulan Media Karangkraf menerusi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) telah merancang untuk mewujudkan 500 rumah ngaji di Kelantan. Pengerusinya, Dato’ Hussamuddin Yaacob memberitahu bahawa semangat ini perlu diwujudkan bagi melahirkan generasi celik Al-Quran.
Kempen ini bukan untuk berpolitik tetapi sebagai kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya penghayatan Al-Quran dalam kehidupan seharian. Pelbagai aktiviti dan usaha yang telah dijalankan bagi memastikan seberapa ramai ummat yang dapat manfaat dari Rumah Ngaji ini. Kita berharap matlamat kempen #KitakanIslam akan berjaya mencapai matlamat seperti yang disasarkan.
Sebenarnya, banyak permintaan daripada orang persendirian, masjid dan surau agar Rumah Ngaji ini dapat juga dikembangkan di tempat mereka. Dengan program ini, kita berharap pengajian Al Quran secara percuma dan pantas boleh disampaikan kepada pelajar, suri rumah, pekerja, pesakit di hospital, pesalah di penjara dan komuniti sehingga Al Quran dekat dan masuk ke hati.
Antara objektif Rumah Ngaji ini adalah:
- Memberikan kelas percuma agar masyarakat celik Al-Quran; dari peringkat asas hingga tajwid.
- Kelas bermula dari membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran.
- Rumah Ngaji menjadi “meeting point” antara murid dan guru.
- Para guru Al-Quran dilatih dengan kaedah dan teknik mengajar Al-Quran melalui latihan “Train the Trainers” dari masa ke semasa.
Tidak kira peringkat umur, anak-anak kecil dari 6 tahun sehingga peringkat orang tua 70 tahun berpeluang untuk mempelajari Al Quran secara percuma di Rumah Ngaji ini.
Al Quran sebagai meeting point dan Masjid itu sebagai meeting place. Kitakan Islam, buat kerana Allah Taala – Datuk Hussamuddin Yaacub
Ada hasrat untuk Rumah Ngaji dapat menaja lebih ramai guru Al-Quran yang dapat mengajar Al-Quran secara tetap ini. Sejumlah dana dan kos diperlukan sebagai perbelanjaan tenaga pengajar ini. Rebutlah peluang yang ada ini untuk menyalurkan sedikit sumbangan daripada kita sebagai amal jariah kita.
“Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.” – Surah Al Baqarah, Ayat 254 –
Di sini ada peluang untuk anda semua menaja 300 para Imam, Ustaz dan asatizah untuk hadir latihan sehari, Train of Trainers (ToT) Sistem Genius 24 jam Pandai Al Quran di HUSM Kota Bharu, pada 28 Mac ini. Kita buka tajaan dana RM100/orang pengajar bagi biayaan kit pengajar dan makan.
Sumbangan boleh disalurkan ke:
Nama Akaun : Warisan Ummah Ikhlas Foundation
Nombor Akaun Maybank Islamic: 564276516031
WhatsApp pembayaran ke 013-3593165
Kepada semua yang telah membaca entri sila sebarkan kepada semua sahabat sosial media semuga kita semua dapat membantu Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. Hidupkan untuk Memberi barulah kita merasai nikmati kehidupan ini.
55 Comments
Alhamdulillah..usaha yg murni..saham akhirat..inshaaAllah..nk pasang niat nak sokong usaha ni..moga berterusan
Curahan rasa Nur zayyani liman @ ..GST??cara paling mudah nak hadapinya!!
peluang terbaik untuk menjana pahala yang berterusan..saya usahakan dengan share infomasi ini FB..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Cahaya Harapan Di Hujung Terowong
Kan HB, boleh juga tumpang pahala dengan war-warkan usaha murni camni pada orang lain.
Curahan rasa myliferia @ ..Tips Menjadi Manusia Yang Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yang Ada
semoga usaha murni ini mendapat keredhaan Allah dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat islam di Malaysia.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Format Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41
program ini menjadi saham akhirat yang terbaik untuk ke semua yang menyumbang ke arahnya….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Nooryana Najwa Anak Perdana Menteri Bernikah Dengan Daniyar Kessikbayev
Saya suka konsep saham akhirat. Dari rumah ngaji ni pun kita leh dapat saham dengan pelbagai cara.
Curahan rasa NFH @ ..Tingkatkan Kesihatan Oral Anda Dengan ‘Oil Pulling’
program yang sangat bagus….Al-Quran patut menjadi pegangan umat Islam setiap masa….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Zizan Razak Kemalangan Kereta Ferrari Kuning di Putrajaya
haa..
siapa yang ada duit lebih bulan ni atau baki duit gaji yang tak tahu nak buat apa, boleh la huluq sikit-sikit ye.
Curahan rasa titan @ ..Program Affiliate mana yang senang nak dipromosikan?
InsyaAllah…tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.
Curahan rasa NFH @ ..Tingkatkan Kesihatan Oral Anda Dengan ‘Oil Pulling’
saham akhirat, pahalanya ibarat sungai yang mengalir sehingga hari kiamat.
Suka juga bila rumah ngaji dijadikan meeting point antara murid dan guru.
Curahan rasa myliferia @ ..Kurus Lepas Bersalin Sampai Turun 20 KG,WOW!!!
Subhanallah…satu program yang amat baik sekali. Moga dapat diperpanjangkan seperti permintaan ramai dan Tahniah kepada penganjur.
Curahan rasa ummi tokei vitamin @ ..10 Mitos dan Fakta Tentang Kesuburan
Sama-sama kita doakan agar ianya menjadi kenyataan, perkara baik apa salahnya dihebah-hebahkan 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..Tips Berhenti Merokok Dengan Cepat Untuk Selama-lamanya
bagus ade usaha sedemikian… moga akan berkembang di banyak tempat lagi…
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Tidur Yang Cukup, Membantu Menurunkan Berat Badan.
Aameen, usaha murni yang banyak manfaat ni, semoga terus menjadi wabak negara, wabak yang sihat 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..Cara Rawatan Asma Kronik Agar Inhaler Dah Tak Jadi Kawan Baik Lagi
Subhanallah, usaha murni yang tidak ramai yang orang mampu lakukan. Semoga mendapat dan memberi manfaat buat semua.
Curahan rasa myliferia @ ..Tips Hidup Luar Biasa Dengan Muhasabah Yang Berbeza
suka tengok program sebegini aktif..semoga dipermudahkan semua oleh Dia..
Curahan rasa JMR @ ..GST di mana-mana
Aameen, semoga ianya berterusan dan terus membenih barakah buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak
Curahan rasa myliferia @ ..Tips Menjadi Manusia Yang Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yang Ada
Baca alquran sahaja tanpa fahami maksud tiada guna….saya sokong usaha program sebegini☺☺
Betul tu Siti Hazreen, baca alQuran dah molek, tambah lak faham maksudnya, laaaagi bertambah molek kan
Curahan rasa JMR @ ..GST di mana-mana
Saya pun setuju tentang memahami maksudnya.
Namun betapa hebatnya penangan mukjizat al-Quran ni, sehingga terdapat kisah seorang lelaki tua yang tak reti baca Quran tetapi sangat ikhlas mengagungkan Quran, mendapat kemuliaan di sisi Allah.
Curahan rasa myliferia @ ..Bagaimana Sedekah, Infaq & Zakat Boleh Menyucikan Jiwa, Menggandakan Harta?
Alhamdulilah syukur ,semoga usaha Kumpulan Media Karangkraf ini akan mendapat sokongan daripada pihak kerajaan dan ngo supaya bukan sahaja dikelantan malah diluaskan keseluruh negara
Curahan rasa onlajer @ ..Panduan dan Teknik Rahsia Bisnes Air Dan Dessert
Syukur kan ada pendekatan sebegini. Saya pun turut sama mendoakan agar ianya mendapat tempat dan perhatian pihak terbabit
Curahan rasa myliferia @ ..Cara Nak Jadi Orang Yang Sangat BERBAKAT
saya suka dan setuju dengan program sebegini, saya ada cadangan, apa kata kerajaan mewajibkan pembelajaran pengajian Al-Quran wajib di sekolah sampai khatam, Jadi pelajar paling kurang selepas SPM kompem majoriti sudah khatam. dan kalau boleh belajar bahasa arab sekali
Curahan rasa myrujukan @ ..Skim Pencen Swasta Dengan Public Mutual
Cadangan yang dikemukan bro juga saya sokong seratus peratus, pihak kerajaan dan jabatan agama islam memang patut menkaji usul seperti ini
Curahan rasa onlajer @ ..Panduan dan Teknik Rahsia Bisnes Air Dan Dessert
Kan, kita patut memberatkan dan mengejar kehebatan al-Quran dalam silibus pendidikan kita. Al-Quran tu kan cahaya, terang hati para pelajar nanti.
Curahan rasa myliferia @ ..Sakit Tulang Belakang, Lenguh-lenguh Badan Yang Merimaskan
Bagus juga belajar bahasa Arab dan al-Quran ni daripada awal, takdelah tergagap-gagap bila dah habis belajar nanti.
Curahan rasa myliferia @ ..Apa 1 Kehebatan Isteri Yang Suami Terpaksa Surrender???
Comments are closed.