RM50 Tiket Final Piala Malaysia Nak Diskaun

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, patut ke RM50 harga tiket Final Piala Malaysia Trengganu vs Negeri Sembilan pada 29/10/2011, jam 8.45pm. Patut tak patut masing-masing ada pendapat berbeza. Ni pandangan akulah, kita nak tengok pasukan bola sepak yang high class dan pemainan yang bagus seperti EPL atau La Liga. Kualiti bola sepak Malaysia dua tiga menjak nampak semakin bagus. Untuk menjadi bola sepak Malaysia semakin bagus pasti ada kosnya bukan free. Pasukan negeri dan negara pengeluarkan banyak belanja untuk memastikan pasukan bola sepak semakin bagus. Apa pulak sumbangan kita untuk kemajuan bola sepak ni?

Minggu lepas beberapa sahabat aku menonton Arsenal vs Stoke City di Stadium Emirates, nak tahu berapa tiket yang diaorang bayar? Seorang kena bayar 50pound atau lebih kurang RM300 untuk menonton satu perlawanan Arsenal vs Stoke City dan itu tiket yang paling murah. Mungkin ada yang kata itu pasukan profesional bolehlah bayar mahal.

Kalau kita tidak sangguh membayar lebih sikit untuk kemajuan pasukan bola sepak kesayangan kita, siapa lagi? Ibarat bayar murah tapi nak barang berkualiti mana boleh dapat.

Nota : Aku memang tak setuju hanya kerana tiket bola final RM50 ada yang godam website FAM. Bila Hackers Indonesia godam banyak website Malaysia tak nak pulak tunjuk skil lawan balik. Ni yang dikatakan menggunakan kemahiran pada waktu yang salah.


Spread the love

253 Comments

  1. 🙂 ada betul point anda disitu 🙂 ini pula point saya. 🙂

    1. Liga EPL / Luar yang beraksi di Malaysia bukan selalu datang ke negara kita. 🙂 malah mungkin ada yang sekali seumur hidup akan menonton pasukan kesayangan mereka beraksi di Malaysia. Jadi , harga tiket bukan menjadi penghalang , dalam seratus / 200 = sekali seumur hidup.

    2. Liga di Malaysia ? banyak kali akan berulang , kalau dah letak mahal , memang kita kena samakan dengan harga tiket dengan taraf liga kita , with good perfomance , comes great supporter , walaupun ada juga yang bad perfomance , great supporter. tp di Malaysia kita maklum ianya tidak sedemikian.

    3. faktor lokasi juga satu masalah besar. tiket mahal , rm50 kalau venue di bukit jalil , rasanya tak ada masalah. Stadium Shah Alam dengan kondisi yang teruk , yah memang teruk , padang pun teruk , rasanya tidak berbaloi untuk fans / peminat membayar rm50.

    4. RM50 bukan disumbangkan untuk penambahbaikan / pemantapan mutu permainan bola sepak negara kita , adakah disalurkan kepada player? tidak! F.A.M cekik sendiri duit tu.

    5. ini bukan manja 🙂 ini cuma satu tindak balas daripada mereka yang sudah lama menyaksikan / menyokong SUKAN BOLA SEPAK DI NEGARA kita 🙂

    sekian terima kasih.

    1. Aku rasa ada fakta yg boleh di perdebatkan antaranya :

      1. RM50 untuk final sekali setahun serupa juga team EPL yg datang Malaysia sekali setahun.
      2. Hasil kutipan tiket digunakan utk pengurusan dan selebihnya dibahagi sama rata antara Persatuan Bola Sepak Treangganu dan Negeri Sembilan. Makna buka FAM sebat semua.
      Curahan rasa denaihati @ ..Arsenal vs Bolton Wanderers Carling Cup 2011/12My Profile

      1. faktor ni lah buat aku agak tawar hati dgn liga bola sepak tempatan.. tapi aku penyokong setia harimau muda & malaya. jgn dipolitikkan sukan bola sepak. jahanam terus

  2. naik harga itu kalau secara tiba2. itu masalahnya. tu peminat marah. nampak macam fam ambil kesempatan tiba2.

    tapi rasanya naiklah berapa pun stadium penuh punya.

    tapi saya still tak setuju deface dengan maki hamun gitu. kurang elok.
    Curahan rasa syafiq_lomotech @ ..I Saw A GhostMy Profile

  3. see!!!
    that’s exactly what I mean…
    kata nak majukan sukan bola sepak negara..
    tapi dah kena bayar lbh sikit dah nak mengamuk..
    apalah Malaysia ni…

    kalau team luar negara tu letak harga beribu sanggup pergi..
    ni team Malaysia yg dah nampak peningkatan..
    taknak pulak bayar lebih sikit untuk pemain..
    huh..
    Curahan rasa lylaROCKprincess @ ..Let’s Go Shopping!!!My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!