RM50 Tiket Final Piala Malaysia Nak Diskaun

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, patut ke RM50 harga tiket Final Piala Malaysia Trengganu vs Negeri Sembilan pada 29/10/2011, jam 8.45pm. Patut tak patut masing-masing ada pendapat berbeza. Ni pandangan akulah, kita nak tengok pasukan bola sepak yang high class dan pemainan yang bagus seperti EPL atau La Liga. Kualiti bola sepak Malaysia dua tiga menjak nampak semakin bagus. Untuk menjadi bola sepak Malaysia semakin bagus pasti ada kosnya bukan free. Pasukan negeri dan negara pengeluarkan banyak belanja untuk memastikan pasukan bola sepak semakin bagus. Apa pulak sumbangan kita untuk kemajuan bola sepak ni?

Minggu lepas beberapa sahabat aku menonton Arsenal vs Stoke City di Stadium Emirates, nak tahu berapa tiket yang diaorang bayar? Seorang kena bayar 50pound atau lebih kurang RM300 untuk menonton satu perlawanan Arsenal vs Stoke City dan itu tiket yang paling murah. Mungkin ada yang kata itu pasukan profesional bolehlah bayar mahal.

Kalau kita tidak sangguh membayar lebih sikit untuk kemajuan pasukan bola sepak kesayangan kita, siapa lagi? Ibarat bayar murah tapi nak barang berkualiti mana boleh dapat.

Nota : Aku memang tak setuju hanya kerana tiket bola final RM50 ada yang godam website FAM. Bila Hackers Indonesia godam banyak website Malaysia tak nak pulak tunjuk skil lawan balik. Ni yang dikatakan menggunakan kemahiran pada waktu yang salah.


Spread the love

253 Comments

  1. jgn bandingkan harga tiket di malaysia dengan epl….dia org xpe la..ada player star…mutu permainan dia org pun lain dah..rank liga pun dah lain….kat asian..liga malaysia dalam rank 19…class d…takkan rank turun…harga tiket naik ?

    camne bola sepak nak maju?jika FAM sendiri cam mau makan duit penyokong ja? banyak lagi kaedah utk kemajuan bola sepak malaysia..bukan dengan cara menaikkan tiket…
    Curahan rasa suarapeople @ ..Pelajar berpeleseran awal pagiMy Profile

    1. epl br 10-15 tahun ni je yg btol2 naik. sblom ni pon stdm bukan pnh pn. tp start sokongan penyokong tu la yg membuatkan epl naik sampai ke thp skg. tgk jepun dgn liganya dan penyokong fanatiknya. dan tgk mutu bola sepak kelantan bagaimana.
      Curahan rasa ekspresiruang @ ..Artwork Pilihan #2My Profile

  2. lagi satu b3njy tak paham rakyat malaysia rokok harga RM 10 sekotak sangup beli dah tu seminggu hisap lebih 5 kotak malah kata tak der rokok tak boleh … dahlah menjejaskan kesihatan malah membazir je … macam bakar duit je rasanya … baik duit yang dibakar tu beli tiket bola RM 50.00
    Curahan rasa b3njy @ ..THE GIANT – coming soonMy Profile

  3. biasalah rakyat malaysia … kalau boleh nak free jee … pasal nak murah tu muncul cetak rompak … tetapi kalau nak murah lagi buatlah part time cleaner kat stadium hari tu sah free masuk … ingat bolasepak malaysia free ke ? kalau selalu nak murah je nanti gaji pemain pun murah … lepas tu komplenlah pemain lembiklah tak macam messi … habis korang ingat penontom masuk stadium nengok Barca tu bayar seposen kah ? bukan nak marah peminat tetapi peminat masih dengan pemikiran 60 lagi … tu lah pasal.
    Curahan rasa b3njy @ ..THE GIANT – coming soonMy Profile

    1. Kita sangguh bayar ratus ringgit nak tengok Chelsea, Arsenal n Liverpool tapi bila team kita sendiri nak murah tapi main naik bagus macam teaam Pro. Sekali Persatuan Negeri bagi subsidi akan ditagih sampai bila2 … tak percaya tunggu tahun depan.
      Curahan rasa denaihati @ ..Jadual Peperiksaan SPM 2011My Profile

  4. nice kan, pemikiran bro lebih kurang cam aku. kita nak tgk bolasepak malaysia maju, tp kita sendiri tak mampu nak bantu. duit tiket tu bukan fam makan sorg pun, siap bahagikan2 kepada persatuan. aduhai rakyat malaysia, sedarlah anda bukan hendak membantu pun sebenarnya kan?
    Curahan rasa Mohd Isa @ ..Bermulalah Episod Baru Dalam Kehidupan IniMy Profile

    1. itulah. aku tau gak duit tu dibahagikan kepada pasukan yang menang. Cuma nak tahu berapa banyak. FAM patut bagitau benda tu, telus dalam hal ni. Kalau semua orang tau yang ada bahagian yang SETIMPAL untuk kedua-dua pasukan, rasanya semua orang tak bermasalah nak bayar tiket mahal..

      belum cerita stadium rosak, kotor disebabkan penyokong.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!