Rezeki yang tidak disangka-sangka

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah aku pun tumpang gembira melihat kegembiraan teman blogger yang menang hadiah terutama iPad 2 ibarat mimpi menjadi kenyataan. Semua itu tidak datang bergolek berkat usaha dan izin dari Allah SWT.

Aku pun nak ucap trillion terima kasih kepada Saudara Saiful dan Isteri yang out of the blue tiba-tiba bagi hadiah katanya beli kat London (kalau silap betulkan).

20110617-084034.jpg

Teringat Firman Allah SWT ayang maksudnya : “”Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuh tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui” Al-Baqarah : 261.

Winston Churcill pun ada berkata “We make a living by what we get, we make a life by what we give“.

Dari pengalaman hidup aku yakin sangat dengan konsep Hidup Untuk Memberi kerana akan jelas lihat kegembiraan pada wajah penerima sudah membuat hati gembira terutama pada mereka yang berusaha siang dan malam untuk mendapat apa yang diimpikan. Jangan harapkan balasan kerana rezeki Allah Maha luas balasannya samada kegembiraan, ketenangan, kebahagian, harta benda, kesihatan, anak yang soleh, kerjaya yang bagus dan macam-macam cara pulangan yang kita akan dapat. Biarkan sahaja Allah menentukan jangan difikirkan.

Terima kasih Allah terima kasih sahabatku inilah yang dikatakan rezeki yang tidak disangka-sangka apa lagi yang nak ku kata.


Spread the love

101 Comments

  1. lebih banyak memberi , lebih banyak kamu menerima.memberi sesuatu kebaikan dengan ikhlas pasti mendapat balasan yang sewajarnya walaupun hanya sekadar senyuman 🙂
    Curahan rasa izwan @ ..Aku Bukan MasumMy Profile

    1. Insyallah usaha jadikan amalan yg istiqamah. Memberi bukan sahaja duit tetapo berbagai seperti memberi idea, senyuman, tenaga, pertolongan dan sebagainya. Jangan tunggu kaya baru nak membantu kerana takut tak kaya2 tetapi memberi semasa belum kaya tu lah rahsia utk jadi kaya. Biar kita bagi 10sen yg ptg ikhlas.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!