Dan pemenang iPad 2 adalah

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, iPad 2! iPad 2! iPad 2! pasti ramai yang termimpi dalam tidur samada tidur di siang hari apatah lagi tidur malam hari. iPad 2 tu memang gadget yang sangat menarik, pengalaman aku sendiri dah kurang sangat mengangkut laptop Sony Vaio ke sana ke sini macam dulu-dulu. Kalau boring surf boleh main beribu game yang ada tapi aku selalu main Angry Bird je atau boleh juga baca berbagai buku yang telah di download nak best lagi tengok movie, gambar memang power HD lagi tu. Kalau jiwa kacau boleh baca Al Quran dan Hadith di iPad 2. Nak baca doa pagi petang atau doa harian semua ada.

iPad 2 boleh jadi surat kabar dan majalah, boleh jadi kompas, boleh jadi currency converter, boleh tunjuk arah kiblat, nak check email dan jawab email tu memang dah biasa, nak bersosial dengan facebook dan twitter lagi lah mudah, nak tengok Maharaja Lawak atau aksi cikgu syida kat Youtube, dengar celoteh Salleh Yakoob di radio Sinar, tengok astro B.player, periksa lokasi masjid terdekat dan kedai halal terdekat, monitor harga GOLD, beli tiket Airasia atau MAS, Jawab komen blog dan live blogging dan banyak lagi lah tak tersenarai tulah nak kata macam-macam ada lah.

 

iPad 2 16GB memang best lah

Beruntunglah kepada pemenang contest iPad 2 tapi dah menang tu jangan lupa pulak buat lah sikit review bukan entri membodek sekadar bagi extra trafik ke blog denaihati. Jangan lupa juga ucap terima kasih kepada main sponsor eQurban.com dan kepada yang belum jadi rakan niaga apa tunggu lagi join free je.

Dan pemenang iPad 2 dan hadiah saguhati adalah (maaf Ariff aku tiru ni) klik ada di antara link di bawah ni senarai pemenang :

  1. Link1
  2. Link2
  3. Link3
  4. Link4
  5. Link5
  6. Link6
  7. Link7
  8. Link8

Tahniah kepada semua pemenang. Senarai pemenang telah di audit oleh bos eQurban.com berdasar link referrer, bounce rate dan entri tugas khas. Kepada yang tidak bernasib baik jangan kecewa Hidupkan mesti Berani Gagal teruskan usaha pasti akan ada contest lain selepas ini. Teruskan menyumbang trafik ke blog denaihati dan jadi top 10 link referrer setiap bulan kerana ada hadiah istimewa yang sedang menunggu.


Spread the love

118 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!