Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.”
(Surah Ibrahim Ayat 7)
Hakikatnya Allah menjadi kan kita semua orang yang kaya dengan rezeki yang tersendiri, tapi kadang-kadang kita tak nampak dan tak sedar sebab kita selalu nampak rezeki itu dalam bentuk wang dan material.
Alhamdulillah, semua benda yang baik adalah rezeki Allah, walaupun hanya dengan dapat baca satu ayat Al-Quran dalam sehari sebab ada orang yang Allah tak bagi rezeki nak baca Al-Quran walaupun sekali dalam hidup dia.
Carilah Allah dalam mencari rezeki yang berkat. Utamakan kehendak Allah, inshaallah rezeki sangat mudah sampai kepada kita dalam semua perkara.
Berlapang dada lah dalam mencari rezeki, bersyukurlah dalam setiap rezeki yang kita dapat.
Rezeki kita masih hidup hari ni dan dapat bertaubat, sebab ada orang yang hari ni dia dah tak bernafas lagi dan pergi berjumpa Allah yang satu.
Baca : 14 amalan untuk murah rezeki
Pesan guru saya, jangan lupa untuk memperbanyakkan sedekah. Kerana sedekah itu tidak akan mengurangkan rezeki, malah menambahkan rezeki kita.
Hari ini, kita bersedekah sebanyak RM100. Secara zahirnya, sedekah tadi telah mengurangkan wang kita. Namun hakikatnya tidak begitu.
Kemurahan hati untuk bersedekah juga merupakan satu rezeki, mengapa?
Kerana dengan kemurahan hati kita bersedekah, kita akan mendapat manfaat manfaat lain yang lebih besar dari wang RM100 itu.
Itu janji Allah.
Sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
(Surah Al-Baqarah Ayat 261)
Wallahua’alam. Jangan lupa share 🙂
Baca : Dosa Itu Penghalang Rezeki Kita
4 Comments
maksud rezeki ini..
kita minta rezeki yang berkat dan boleh memberi manfaat kepada orang lain..
aamiin
Ada orang pendapatannya kecil sahaja, tapi dia dapat hidup dengan aman dan sentosa, cukup untuk menampung keluarganya.
Ada orang rezekinya duit yang banyak. Ada orang rezekinya sihat tidak pernah sakit. Ada orang rezekinya anak-anak yang soleh/hah. Rezeki berbeza antara setiap orang.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Panduang Lengkap Dan Rahsia Sulit Bagaimana Untuk Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dengan Mudah
Comments are closed.