Air Asia lancar promosi diskaun 20 peratus untuk penerbangan domestik

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera

Berita baik untuk rakyat Malaysia di mana syarikat penerbangan AirAsia Group Bhd melancarkan promosi istimewa dengan menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus untuk semua tempat duduk bagi penerbangan domestiknya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata AirAsia telah merekodkan jumlah pelancong domestik yang memberangsangkan selepas ia menjual lebih daripada 500,000 tempat duduk pada bulan Julai, terutamanya pada waktu puncak hujung minggu lepas sempena cuti Hari Raya Aidiladha.

“Promosi ini juga tepat pada masanya untuk pelajar universiti, ibu, bapa dan pensyarah yang perlu melakukan perjalanan bagi semester yang akan datang,” katanya.

“Kami meminta semua penumpang untuk mematuhi semua langkah keselamatan seperti selalu memakai memakai pelitup muka, kerap membasuh tangsan dan tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum pesawat mereka berlepas,” kata Riad.

Sementara itu, tempahan tiket boleh dilakukan mulai hari ini sehingga 9 Ogos untuk tempoh perjalanan antara 17 Ogos hingga 6 Disember 2020.

AirAsia juga memberikan fleksibiliti yang lebih baik bagi penumpang yang terbang hingga 31 Disember 2020, yang membolehkan penumpang mengubah tarikh penerbangan mereka dengan mudah pada bila-bila masa tanpa caj pertukaran penerbangan.

Sumber: BERNAMA


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!