Assallammualaikum dan salam sejahtera.
Amalan bersedekah sentiasa dipandang besar dalam Islam. Disediakan kelebihan buat mereka yang bersedekah contohnya dihapuskan dosa, dilipatgandakan pahala, dijauhkan daripada api neraka dan berbagai lagi.
Namun kadang-kadang kita melihat ada budaya yang nampak tidak kena dengan anjuran asal bersedekah iaitu bersedekah dalam keadaan diri masih mempunyai hutang.
Baca : Sedekah Pada Waktu Sempit
Golongan ini beralasan bahawa Allah akan mendatangkan rezeki untuk mereka melunaskan hutang dengan berkat sedekah yang diberikan.
Awas, inilah kepercayaan yang salah dalam Islam. Membayar hutang adalah wajib sedangkan memberi sedekah adalah sunat. Justeru, sudah pasti hal yang wajib lebih berat dan besar daripada perkara-perkara sunat.
Bahkan jika seseorang bersedekah dalam keadaan masih mempunyai hutang yang tidak dilunaskan, dia ibarat menyakitkan hati saudaranya.
Lebih-lebih lagi apabila perbuatan tersebut diketahui, ia pasti mengundang rasa tidak senang orang yang memberikan hutang.
“Eh hutang tak bayar lagi sibuk nak bersedekah?”
Dalam keadaan ini, seseorang itu sebenarnya tidak boleh bersedekah dan wajib membayar hutang terlebih dahulu jika telah sampai tempoh waktu untuk dia membayar hutang. Dia perlu mendahulukan perkara yang wajib dahulu barulah sunat.
Hal ini kerana jika dia tetap bersedekah, dia membahayakan orang yang memberi hutang kerana bimbang jika si pemberi hutang memerlukan wangnya dikembalikan untuk kegunaan dirinya.
Badruddin al-Aini dalam Kitab Umdatul Qari, Syarh Sahih Bukhari menyebutkan bahawa syarat memberi sedekah adalah apabila orang yang memberi sedekah dan ahli keluarganya bukan dalam keadaan memerlukan, bahkan jika dia memiliki hutang, wajib melunaskan hutang itu terlebih dahulu. Ia lebih utama daripada sedekah atau memberi hadiah.
Baca : Kelebihan Bersedekah Yang Dinyatakan Di Dalam Al-Quran
Imam Ibnu Utsaimin memberikan pandangan yang sedikit berbeza iaitu seseorang itu boleh bersedekah jika waktu untuk dia membayar masih jauh serta dia yakin mampu membayar hutang tersebut.
Cara lain yang boleh dilakukan, seperti yang dikatakan oleh Buya Yahya, orang yang ingin bersedekah perlu meminta keizinan untuk bersedekah terlebih dahulu daripada orang yang dia berhutang. Jika diizinkan maka barulah boleh bersedekah.
Akhir kata, dalam beramal, kita perlu mengetahui peringkat keutamaan amalan. Tidak boleh berpegang kepada alasan seperti Allah akan menolong, atau bertawakkal tanpa sebarang usaha untuk melunaskan hutang. Hak sesama manusia perlu terlebih dahulu dijaga.
Wallahua’lam.
Baca : Harta Yang Kekal Walaupun Kita Mati Adalah Sedekah
Sumber : Tzkrh.com
- Belum Rezeki Dikurniakan Cahaya Mata? Lakukan 7 Saranan Ini
- Doa Yang Diajar Oleh Rasulullah SAW Untuk Menolak Wabak & Penyakit
- Doa Untuk Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia
- 7 Doa Pendek Yang Mujarab Untuk Hilangkan Stress, Sedih, dan Gelisah
- Petua Tambah Kasih Sayang Dalam Rumah Tangga Sempena Bulan Ramadan
5 Comments
tak salah pun nak bayar hutang. tapi perlu diutamakan membayar hutang. berbincangkan dengan mereka yang memberi hutang. mungkin boleh diringankan secara ansuran
Curahan rasa Laila @ ..Di Malaysia, 169,728 Penerbangan Domestik dan Antarabangsa Dibatalkan Sejak Januari hingga Jun Akibat Pandemik Covid-19.
Bagi saya adalah lebih baik bayar hutang dahulu barulah bersedekah.. Bila ada kemampuan lebih sedikit barulah bersedekah dengan wang ringgit yang ada.
nak bayar hutang tak mampu..
yang mampu bersedekah kerana sedekah boleh diberi dengan jumlah yang paling minima
Bayar la hutang dulu, baru bersedekah. Dah berjaya, bercuti sana sini, pakai kereta mewah tapi hutang tak nak bayar.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Buat Dropship Shopee Sebulan RM8 Ribu Tanpa Henti
Ya, kalau ada hutang, terutama sesama manusia, bayar lah. Nak lari sampai bila kan? Semua ada keperluan wang.
Curahan rasa Syaz Rahim @ ..Mama Chop Papa Grill Gong Badak | Throwback Thursday | 17 Januari 2008
Comments are closed.