Dosa Itu Penghalang Rezeki Kita

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Dalam hidup ni, paling mudah salahkan orang lain. Paling susah cari kesalahan diri sendiri.

Kalau Allah beri ujian. Kena cek semula. Sebenarnya ujian atau azab. Ujian kita kena syukur dan sabar. Azab kita kena solat taubat dan sabar. Nampak sama tapi tak serupa.

Baca : Bagaimana Untuk Menjemput Rezeki

Kat dunia ni ada syurga yang didahulukan macam perasaan tenang, bahagia, Ada juga neraka yang didahulukan. Contoh perasaan mudah marah, tak sabar, serabut, dendam.

Kalau nak cek kayu ukur bagi ujian ialah, bila ujian tu boleh buat iman kita makin tinggi kat Allah. Keyakinan kita kat Allah je. Tak kira lah macam mana perangai manusia dengan kita, yang penting fokus nak Allah sayang.

Dapatkan Ebook 21 cerita murah rezeki http://bit.ly/ceritamurahrezeki21

Azab ni kalau buat kita jauh dari Allah. Kita rasa tak nak dah solat, sedekah, buat apa, tak jumpa juga jalan keluar masalah. Ni jadi asbab dosa kita sendiri. Kita rasa kita tak de dosa, tapi Allah lebih tau dosa kita tiap-tiap satu.

Banyakkan istighfar dan solat taubat. Sebab kita sendiri pun tak tau, terlupa, buat buat lupa dosa kita yg kita dah buat. Moga Allah ampunkan kita semua. Sentiasa ingat, dosa tu menghalang rezeki datang.

Baca : 5 tanda rezeki sentiasa dimurahkan

Wallahu’alam. Sebarkan kebaikan 🙂

One Comment

  1. Ada orang bandingkan rezeki dengan orang bukan islam, orang bukan islam dapat nikmat dalam keadaan istidraj, orang islam kena usahakan untuk dapat nikmat dalam keadaan Allah redha.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!