Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tempoh hari, salah seorang blogger tanahair telah menyatakan hajatnya untuk mendapatkan review lengkap mengenai blog beliau. Sedikit pengenalan mengenai blogger Fatihah Fazlin.
Pada awalnya blog Fatihah atau nama sebenar Nik Nurfatihah ini dibuka dengan perancangan untuk menulis bersama adiknya Nik Nurfazlin. Namun disebabkan adiknya kurang minat untuk menulis, Fatihah meneruskan blog ini bersendirian. Gadis berusia 23 tahun ini gemar untuk berkongsi kisah kehidupan dalam blog peribadi beliau.
Review blog FatihahFazlin333.blogspot.com
Terlebih dahulu, saya akan ulas mengenai bahagian teknikal. Penilaian awal menggunakan gtmetrix.com menunjukkan markah yang agak rendah. Sebahagian besar adalah berpunca daripada penggunaan gambar yang tidak dikecilkan terlebih dahulu.
Kebanyakan gambar menggunakan saiz yang terlalu besar, 1600×1600 walaupun dalam artikel, paparan hanya menggunakan saiz 400×400 (salah satu daripada beberapa gambar yang digunakan). Perkara ini akan menyebabkan loading blog kita menjadi lambat, disebabkan saiz gambar sepenuhnya akan digunakan.
Cara mudah untuk mengecilkan gambar secara pukal adalah dengan menggunakan tools percuma Windows Image Resizer, hanya perlu install dan kemudian right-click pada gambar yang ingin dikecilkan, dan option untuk resize pictures akan terpapar.
Selain itu, sekiranya kita meletakkan gambar, terutama yang berkaitan dengan paparan layout/theme, sebaiknya kita meletakkan saiz lebar dan tinggi gambar tersebut. Namun begitu, ini ada pengecualian untuk beberapa kes tertentu. Dalam konteks blog FatihahFazlin ada banyak yang lebih baik ditetapkan saiz lebar dan tinggi gambar.
Penggunaan disable highlight
Fungsi disable highlight ini adalah perkara yang hanya akan merugikan kita sebagai blogger. Walaupun tujuan utama mungkin untuk mengelakkan individu lain daripada menyalin artikel kita. Namun begitu ada kesan berpanjangan lain yang akan merugikan kita. Boleh rujuk artikel 3 Sebab kenapa disable right-click merugikan blogger untuk penerangan lanjut.
Open in new tab/window
Semua link dalam blog ini set target sebagai blank (buka di new tab/window). Walaupun ada yang merasakan ini perkara yang perlu dilakukan, tetapi saya merasakan perkara ini hanya menyebabkan ketidakselesaan kepada pembaca.
Sekiranya saya sebagai pembaca, ingin melayari blog ini, dan kebiasaannya memang browser saya dah ada banyak tab, penambahan tab yang tidak perlu ini hanya akan membuatkan saya ingin beredar lebih awal.
Navigasi blog
Pada bahagian bawah header yang cantik itu, terdapat sistem navigasi untuk kemudahan pengunjung. Namun ada 2 link yang sama dengan ayat berbeza, iaitu “Home” dan “Mencari jalan pulang”.
Menu “Mencari jalan pulang” itu sedikit sebanyak memberikan tanda tanya kepada saya, kenapa ianya ada disitu, selepas klik baru saya perasan ianya hanya ke halaman utama. Mungkin boleh padam atau gantikan dengan pautan yang berlainan.
Rumusan, cadangan dan tambahbaikan
Secara keseluruhan, penulisan artikel yang santai, penggunaan warna biru muda sebagai tema blog ini, memberikan pengalaman membaca yang menyelesakan. Cuma untuk pembaca yang lebih berumur, saiz font mungkin agak kecil, ini berdasarkan pengalaman saya menguruskan beberapa blog yang empunyanya lebih berumur.
Mereka lebih gemar membaca atau melayari blog yang mempunyai saiz tulisan yang lebih mudah untuk dibaca. Boleh cuba tanya emak atau sesiapa yang lebih tua dalam keluarga maklum balas daripada mereka semasa mengubahsuai saiz font tersebut.
Selain itu, ada beberapa elemen-elemen SEO yang tidak diambil berat. Tiada H1 tag dalam template yang digunakan, site description pun tidak ditemui.
Jumlah links dalam halaman utama juga terlalu banyak, cuba kurangkan dan kekalkan dalam linkungan 100 links untuk internal dan external link. Ini akan memberikan kesan yang lebih baik pada prestasi blog.
Selain itu, saya cadangkan supaya daftar domain untuk digunakan bersama-sama akaun blogspot tersebut. Ini akan memberikan kita peluang untuk melangkah lebih jauh dalam bidang ini. Modal untuk pendaftaran domain dot com tidaklah terlalu mahal.
Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan, boleh ajukan di ruangan komen. Saya doakan sis Fatihah akan terus menulis dan menjadi blogger yang berjaya di persada alam maya tanahair dan antarabangsa.
505 Comments
mcm mana nak dpt review drpd DH ye? mcm menarik je kan. apa pun blog ni comel . keep it up
Yang tu rasanya kena tnya Tuan Denaihati dan teamnya lah. Mungkin one day mereka akan buka slot untuk review blogger.
Sambil membaca review yang dibuat oleh DH, dapat juga melihat perbandingan dengan blog saya. Masih jauh lagi perjalanan nak jadi macam blog DH. Tapi, semua tu tak mustahil kan ?
Curahan rasa Anies Msletoes @ ..11:50 P.M. 14.10.2014
Ya.. betul tu.. itu sebaiknya supaya kita boleh perbetulkan apa yang kurang di blog kita..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Ya, saya pun macam tu. Sambil baca review tentang blog orang lain, saya akan take note beberapa perkara supaya dapat diaplikasikan ke dalam blog saya…
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
wah…review yang padah dari Dh… bagus sekurangnya boleh baiki mana yang perlu.. 🙂
Curahan rasa zaza zehra @ ..Minyak Wangi Tahajjud Dengan Aroma Gaharu
Iyaa.. memang banyak kebaikkan daripada review yang sebegini.. semua blogger boleh dapatkan ilmu dari review ni.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review: Novel Bukan Cinta Secondhand
Iya, daripada review ini pun kita boleh mendapat sedikit sebanyak ilmu untuk memantapkan blog masing-masing… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
bukan mudah bila sesuatu blog itu dapat review oleh jenama blog yang terkenal macam team denaihati
Curahan rasa cahayacinta @ ..Resepi Diet Ikan Kukus Serai Cahayacinta Tersedut Harum
Betul tu…hanya yang bertuah sahaja yang blognya di review oleh team denaihati ni…
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
Rasa seronok apabila blogger senior yang berpengalaman dalam blog sudi mereview blog kita.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Ambil peluang ini untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan yang ada pada blog kita.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Bukan senang nak tarik blogger popular untuk menulis komentar mengenai blog kita.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Anggap sahaja ini adalah suatu penghargaan besar dari blogger senior yang sudi mengomen blog kita.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Diharapkan dengan review blog ini akan mampu menaikkan lagi semangat kita untuk menulis blog.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Selain itu, review ini mampu meningkatkan lagi kualtiti penulisan dan skill blog kita.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
review yang dibuat oleh blogger senior seperti DH ni sebenarnya secara tak langsung memberi kita sedikit ilmu pengetahuan mengenai cara dan tips-tips nak menjadikan blog kita sebagai medium yang terbaik
Memang seronok dan terharu Lekors. Senyum je memanjang walaupun di komen..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Harap-harap suatu hari nanti team denaihati akan membuka satu slot untuk review blog…hehe…
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
Jom datang blog saya and comment sikit2.. Kritik lagi bagus.. Nak penambah baikan juga.. Hihi
Curahan rasa Rara Zack @ ..A Night With Cadaver // Malam Bersama Mayat
hihi Samalah. Jemput datang juga ke blog saya. Masih banyak kekurangan. Biasalah budak baru nak up kan haha
Curahan rasa Anies Msletoes @ ..11:50 P.M. 14.10.2014
Insyaallah nanti saya kan singgah ke blog vik adik berdua ye.. kena tunggu habis cabaran iphone .. bru blh bw puas puas.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Memang beruntung blog adik beradik fatihah fazlin ni.. Dapat idea penambah baikan khusus! Ramai yang jadikan rujukan untuk blog masing2 melalui review ni.. Terima kasih,,
Curahan rasa Rara Zack @ ..A Night With Cadaver // Malam Bersama Mayat
alhamdulillah…
saya pun tak sangka blog akan direview oleh team denaihati.
terima kasih pada mereka..
apapun, ini boleh di gunakan untuk manfaat kita bersama.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review: Novel Bukan Cinta Secondhand
siapa sangka kan dapat direview oleh blogger otai macam DH ni. hehe Tahniah buat fatihahfazlin. Banyak teguran yang DH kasi,nanti boleh laa diaplikasikan dalam blog.
Alhamdulillah terima kasih.. ya. Memang banyak teguran membina yang di utarakan dalam entry review oleh saudara eizil ni.. terima kasih.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Memang sangat beruntung. Semoga segala komen dapat dipraktikkan lah ke arah yang lebih baik….hehe..
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
terima kasih atas komen..secara xlangsung saya juga belajar dari komen expert untuk blog adik fatin
Curahan rasa rokiah @ ..Tips Blogwalking Untuk Mereka Yang Baru
dari sini banyak ilmu kita boleh belajar secara tidak langsungkan.itulah sebahagian ilmu berblog bila kita blog
Curahan rasa cahayacinta @ ..Ada Hantu Bungkus Sayur Dalam Peti Ais Kami? Tidak!!
sharing is caring katanya. Sambil berblogging, sebenarnya banyak imu pengetahuan baru yang kita dapat. Sama ada kita sedar ataupun tak sedar je ^^
Curahan rasa Anies Msletoes @ ..11:50 P.M. 14.10.2014
Teguran dari review ni yang membina kita applykan di blog kita . Demi penambahbaikkan blog..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Sweetnyee….berguna betol nasihat2 yg dilontarkan…saya sebagai blogger sendiri x pernah amik taw kenapa kena daftar domain…kerana perancangn awal saya buat blog sebab suka nk sharing cerita..then, after join group dkt Denaihati Network kat fb..baru tahu pentingnya daftar domain..dgn blog saja bleh buat income etc. Ada maksud tersirat dan tersurat… 🙂
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..Atasi Rambut Gugur dgn Dove
Samalah saya pun sis.. dulunya tak pernah ambil tahu hal-hal lain.. tahu nak menulisss je setiap masa..hehehe. sekaramg cuba nak perbaiki sikit demi sikit.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review: Novel Bukan Cinta Secondhand
Teringin untuk di “review” sebegini sebab masih baru bertatih dalam blogging.
Tahniah dik, penambahbaikan sangat membantu memajukan blog adik kelak.
Ada kiriman email kepada Tuan Eizil bertanyakan berkenaan domain dan hosting.:)
Curahan rasa Nurhalawa Md Yusof @ ..Kebaikan Herbal Blend® Multi-Purpose Cream
Insyaallah nanti adalah tu rezeki blog akak direview. Saya ni pun tak sangka hajat di tunaikan..
Terima kasih …
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review: Novel Bukan Cinta Secondhand
InsyaAllah moga-moga hajatmu ditunaikan ^^ Memang bukan senang permintaan kita untuk direview oleh blogger busy macam DH ni. Beruntungnya fatihahfazlin
Alhamdulillah.. saya pun dulu tak sangka hajat saya di tunaikan.. hehehrhre
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Bertuah sekali mereka kerana berjaya menarik hati Denai Hati untuk mereview blog mereka.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Saya pun teringin sekali mendapat review blog dari Tuan Denai Hati yang bijak pandai.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Mungkin dengan review itu, boleh saya tambah baik kekurangan blog saya.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Saya doakan blog Lekors akan di review oleh mereka yang pakar suatu hari nanti..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Adik-beradik comel, semoga berjaya dalam dunia blogging. Tercapai hajat blog di review oleh denaihati.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Harapan Blogger Pada Bajet 2015
Terima kasih.. memang rasa sangat beruntung di review oleh orang berpengalaman ni.. banyak ilmu dan tips yang diberi.
Tapi bab comel tu tidakkkklah kot.hahahah
In sha Allah, semoga berjaya dalam persada dunia blogging yang semakin mendapat tempat ini.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Insyaallah.. terima kasih kerana sudi memberi sokongan ya… saya hargainya.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Review sebegini sangatf membantu blogger lain utk melihat blohg mereka sendiei
Curahan rasa mama alya @ ..Minggu 1 : Utamakan Kesihatan Janin
Iya mama alya. Sangat membantu tuan punya blog.. dah secara amnya blogger lain pon boleh dapatkan input untuk perbaiki blog masing2..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Photoshoot Majlis Perkahwinan AKU
memang betul sangat-sangat…selain tuan blog dapat manfaat…kita yang membacanya dapat jugak tempiasnya
Betul tu.. Semua penambah baikan yang tuan denaihati mention pun, rata-rata benda yang kerap kita buat..
Curahan rasa Rara Zack @ ..A Night With Cadaver // Malam Bersama Mayat
Benar. Review sebegini mampu meningkatkan lagi keyakinan diri oleh blogger.
Semoga kita akan lebih bersemangat lagi dalam mengharungi hobi untuk menulis blog.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Haaa.. betul sebagai blogger yang masih setahun jangung ni memang review ni membuatkan sy lebih semangat untuk berbelog.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Bestnya kena review oleh blogger terkenal Encik Denaihati…banyak pengetahuan yang saya dapat dalam entri ini…thank u…best juga jika Encik Denaihati boleh review blog saya yang tidak seberapa ini… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
memang bertuah dapat review dari denaihati…kan best dapat peluang dinilai oleh denaihati macam Fatihah Fazlin ni
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of Samsung Galaxy Ace Style LTE
Hihihi.. alhamdulillah hpmurah2u. Terima kasih banyak banyak pada team denaihati network kerana sudi review blog sy selengkap ni.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Welcome October.
Tahniah awak!! Kita semua cemburu tau awak terpilih di review.. Terima kasih juga, blog awak jadi rujukan.. 🙂
Curahan rasa Rara Zack @ ..A Night With Cadaver // Malam Bersama Mayat
Alhamdulillah. Sama-sama kita manfaatkan review yang di buat oleh saudara eizil.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Welcome October.
Benar, dari review itu juga kata dapat perolehi banyak ilmu blogging yang begitu bermanfaat sekali.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Perkongsian mengenai tip penulisan blog wajar kita sebarluaskan untuk semua rakan blogger. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Ilmu yang dikongsi bersama diharap dapat memberi banyak manfaat kepada semua.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Kalau tak dikongsi, takut-takut ilmu yang ada dalam diri akan berkarat begitu sahaja.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Doa doalah.. mana tahu next time denaihati network mencari blog untuk di review kan.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
jom bagi pendapat sikit-sikit dekat blog ana ni..komen pun ok ja tak perlu review ni..kalau anda nak review nyiru tapak tangan ana tadah kan..adik ni rajin sponsor hadiah GA
Curahan rasa adna2029 @ ..Handphone Punya Pasai
Insyaallah adna.. nanti kita singah blog sis ye.. tapi kita pun tak pandai sangatlah.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Agak-agak kalau minta tuan Denaihati review blog saya juga boleh tak? Sudah lama tak semak susunatur blog, rasanya dah ketinggalan sangat tu… haha
Curahan rasa Azri Johan @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
blog awak cantik azri. tapi boleh jugak try mintak DH review. mana tahu boleh ubah apa apa
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Maybe kita rasa blog kita dah tip top tapi kita tak tahu pandangan orang lain pula..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Korea Selatan Asian Games 2014 Incheon
blog saya lagi celaru sikit.sudah puas nak rayu akhir macma itu sahaja kotak kosongnya. ada sekali part mana saya tergodam terus lain jadinya. sedih.
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 21/2014_ Sime Darby LPGA 2014
saya sampai sekarang masih mencari seseorang yang boleh tengokkan baiki blog saya dengan baik.tidak harapkan kesemupurnaan pun.bukan minta usik kod dalamnya tapi untuk susun atur sungguh saya kurang mahir.bila vuba buat sendiri takut lain jadinya walaupun sebelum ini ada buat backup tapi hati tetap risau takut-takut blog terus hilang..
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kisah Tiga Tetamu Yang Hadir Majlis Keraian
Ish takutnya.. Ada juga beberapa kali terbaca kisah blog orang digodam.. Sayang je entri dulu2 tu.. Apa agaknya antara punca blog boleh digodam ya?
Curahan rasa Rara Zack @ ..A Night With Cadaver // Malam Bersama Mayat
maksud saya tidak semua blog buat begitu tapi sesetengah.kalau jenis blog ping entri itu memang lain cerita
Curahan rasa cahayacinta @ ..Terlanggar Pin Langgar Lari Tak Perlu Buat Laporan Polis
setiap pandangan orang lain cukup berbezakan itulah bagusnya bila kita memberikan pendapat masing-masing
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Jubah Princess Cut Polka Dotku Renungan Matanya Tajam
Betul tu ,pandangan orang yang penting sebab blog kita untuk pembaca dan pengunjung blog. Kalau kita sahaja suka nak syok sendiri…
Curahan rasa Wira Merah @ ..Harapan Blogger Pada Bajet 2015
memang cantik blog si azri..ringan dan pantas…memang terbaik untuk orang lawati dan baca konten di blog anda
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of Samsung Galaxy Ace Style LTE
Trend terkini ramai yang beralih kepada blog yang minimalis tanpa widget yang berjela2..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
kalau ada widget berat dan ada pula suka letak like sebelum kita nak baca posting tertentu. kalau sekejap tak mengapa tapi lama.
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 20/2014_ SENHENG Online Store One
Kalau ada pop up like, lagi2lah yg tak ada button ‘x’ . Memang aku tak akan lama kat blog tu he..he…he…
Curahan rasa Wira Merah @ ..Harapan Blogger Pada Bajet 2015
Benar! Nak like FB pun perlu paksaan ke? Kalau masuk blog begini memang laju jer klik X tu.
Saya memang marah betul blog macam tu.. Haha.. Lagi2 kalau buka guna mobile version, langsung tak nampak apa. Terus pangkah je lah. Hishh
Curahan rasa Rara Zack @ ..A Night With Cadaver // Malam Bersama Mayat
Kalau boleh saya pun nak blog yang macam tu. Heee.. mesra pembaca. Mesra SEO. Bestnya… kena belajar banyak lagi ni
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Welcome October.
Dah kunjung ke blog en. Azri. Bagi saya yg tak berapa tahu ni, rasanya dah cukup bagus.. loadingnya pon cepat.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Welcome October.
Cubalah minta review dari Tuan Denai Hati, ada rezeki pasti dia akan buat. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
WALAUPUN BLOG LAIN YANG DI RIVIEW,AA dapat banyak manfaat dari artikel.tq DH.keep up a good work FatihahFazlin.
Curahan rasa AISHAH AHMAD @ ..Blog yang AA suka
alhamdulillah. bagus kan review macam ni. bagi manfaat pada semua blogger yang nak tambahbaik blog dorang . btw, thanks ya : )
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Asam Pedas Goreng
Mana yang baik kita jadikan panduan..mana2 teguran membina kita ambil secara positif..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
review mcm ni memang bagus utk blogger lain. harap DH buat lebih banyak review
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Tapi kalau boleh biar setiap review tuh menyentuh isu yang berlainan..kalau asik sama jer pun boring juga..camaner nak tambah baik blog..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Indonesia 14 September
betulll..ilmu yang dikongsi oleh denaihati sangat-sangat bermanfaat untuk gunakan di blog kita
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of Samsung Galaxy Ace Style LTE
Betul tu. Mana yang baik kita ambil dan jadikan contoh. Mana yang tak betul kita perbaiki.. untuk manfaat bersama jugak..
Yang Windows Image Resizer tu perlu dipraktikkan lah ni. Sebelum ni x pernah ambik tahu pun huhuhu
Kepada blogger yang menggunakan platform berbayar memang kena ambil tahu.. selain tuh dapat juga bantu lajukan blog..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
saya pun baru tahu boleh la lepas ni guna utk lajukan blog. memang berguna tips ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Kasih Berbisik di Tv3
Kalau tak nak blog kita asik loading memanjang memang kena resizer la gambar sebelum upload..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
pakai paint edit bahagian saiz itu crop kalau tak silap saya dia saiz lepas itu sudah boleh muat naik.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Terlanggar Pin Langgar Lari Tak Perlu Buat Laporan Polis
kalau loading lambat pasti akan pangkah.serius sangat sebab ada banyak blog dan kerja perlu lakukan dari tertunggu-tunggu masa ibarat emas bagi sayalah.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Jubah Princess Cut Polka Dotku Renungan Matanya Tajam
Hahahha.. samalah saya pun dulu tak pernah ambil tahu.. malah tak tahu pun benda ni penting..
Comments are closed.