Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tempoh hari, salah seorang blogger tanahair telah menyatakan hajatnya untuk mendapatkan review lengkap mengenai blog beliau. Sedikit pengenalan mengenai blogger Fatihah Fazlin.
Pada awalnya blog Fatihah atau nama sebenar Nik Nurfatihah ini dibuka dengan perancangan untuk menulis bersama adiknya Nik Nurfazlin. Namun disebabkan adiknya kurang minat untuk menulis, Fatihah meneruskan blog ini bersendirian. Gadis berusia 23 tahun ini gemar untuk berkongsi kisah kehidupan dalam blog peribadi beliau.
Review blog FatihahFazlin333.blogspot.com
Terlebih dahulu, saya akan ulas mengenai bahagian teknikal. Penilaian awal menggunakan gtmetrix.com menunjukkan markah yang agak rendah. Sebahagian besar adalah berpunca daripada penggunaan gambar yang tidak dikecilkan terlebih dahulu.
Kebanyakan gambar menggunakan saiz yang terlalu besar, 1600×1600 walaupun dalam artikel, paparan hanya menggunakan saiz 400×400 (salah satu daripada beberapa gambar yang digunakan). Perkara ini akan menyebabkan loading blog kita menjadi lambat, disebabkan saiz gambar sepenuhnya akan digunakan.
Cara mudah untuk mengecilkan gambar secara pukal adalah dengan menggunakan tools percuma Windows Image Resizer, hanya perlu install dan kemudian right-click pada gambar yang ingin dikecilkan, dan option untuk resize pictures akan terpapar.
Selain itu, sekiranya kita meletakkan gambar, terutama yang berkaitan dengan paparan layout/theme, sebaiknya kita meletakkan saiz lebar dan tinggi gambar tersebut. Namun begitu, ini ada pengecualian untuk beberapa kes tertentu. Dalam konteks blog FatihahFazlin ada banyak yang lebih baik ditetapkan saiz lebar dan tinggi gambar.
Penggunaan disable highlight
Fungsi disable highlight ini adalah perkara yang hanya akan merugikan kita sebagai blogger. Walaupun tujuan utama mungkin untuk mengelakkan individu lain daripada menyalin artikel kita. Namun begitu ada kesan berpanjangan lain yang akan merugikan kita. Boleh rujuk artikel 3 Sebab kenapa disable right-click merugikan blogger untuk penerangan lanjut.
Open in new tab/window
Semua link dalam blog ini set target sebagai blank (buka di new tab/window). Walaupun ada yang merasakan ini perkara yang perlu dilakukan, tetapi saya merasakan perkara ini hanya menyebabkan ketidakselesaan kepada pembaca.
Sekiranya saya sebagai pembaca, ingin melayari blog ini, dan kebiasaannya memang browser saya dah ada banyak tab, penambahan tab yang tidak perlu ini hanya akan membuatkan saya ingin beredar lebih awal.
Navigasi blog
Pada bahagian bawah header yang cantik itu, terdapat sistem navigasi untuk kemudahan pengunjung. Namun ada 2 link yang sama dengan ayat berbeza, iaitu “Home” dan “Mencari jalan pulang”.
Menu “Mencari jalan pulang” itu sedikit sebanyak memberikan tanda tanya kepada saya, kenapa ianya ada disitu, selepas klik baru saya perasan ianya hanya ke halaman utama. Mungkin boleh padam atau gantikan dengan pautan yang berlainan.
Rumusan, cadangan dan tambahbaikan
Secara keseluruhan, penulisan artikel yang santai, penggunaan warna biru muda sebagai tema blog ini, memberikan pengalaman membaca yang menyelesakan. Cuma untuk pembaca yang lebih berumur, saiz font mungkin agak kecil, ini berdasarkan pengalaman saya menguruskan beberapa blog yang empunyanya lebih berumur.
Mereka lebih gemar membaca atau melayari blog yang mempunyai saiz tulisan yang lebih mudah untuk dibaca. Boleh cuba tanya emak atau sesiapa yang lebih tua dalam keluarga maklum balas daripada mereka semasa mengubahsuai saiz font tersebut.
Selain itu, ada beberapa elemen-elemen SEO yang tidak diambil berat. Tiada H1 tag dalam template yang digunakan, site description pun tidak ditemui.
Jumlah links dalam halaman utama juga terlalu banyak, cuba kurangkan dan kekalkan dalam linkungan 100 links untuk internal dan external link. Ini akan memberikan kesan yang lebih baik pada prestasi blog.
Selain itu, saya cadangkan supaya daftar domain untuk digunakan bersama-sama akaun blogspot tersebut. Ini akan memberikan kita peluang untuk melangkah lebih jauh dalam bidang ini. Modal untuk pendaftaran domain dot com tidaklah terlalu mahal.
Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan, boleh ajukan di ruangan komen. Saya doakan sis Fatihah akan terus menulis dan menjadi blogger yang berjaya di persada alam maya tanahair dan antarabangsa.
505 Comments
Banyak ni ilmu yang dapat. Dulu saya pun disable highlight. Tapi rasa macam tak penting je, terus buang. Lagipun siapalah yang nak salin artikel saya hahaha semua kisah hidup saya je kut ^^
Hahaaa.. samalah kita. Padahal takde pun orang nak copy and paste kita punya blog post. Rasa macam poyo je.. hihihi. Btw, semoga review ni bermanfaat untuk kita semua
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Catat Sejarah
Banyak tips2 penting yang boleh saya amalkan di dalam blog.
Curahan rasa AbahBZ @ ..Permohonan Kemasukan ke IKM dan KKTM
Iya… banyak tips dan ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama. Semoga ia bermanfaat.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Catat Sejarah
ada yang terlepas pandang sebelum ini masih boleh perbaiki hendkanya.moga blog akan nampak lebih kemas lagi
Curahan rasa cahayacinta @ ..Terlanggar Pin Langgar Lari Tak Perlu Buat Laporan Polis
Terima kasih sekali lagi pada saudara eizil dah Tuan DH kerana sudi mereview blog picisan saya. Semoga review ni memberi manfaat untuk saya dan semua blogger lain.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 24 : Rumah Impian Nik
semoga semua blogger mendapat input dari entry. ni bukan senang nak bagi DH komen blog. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Haaa.. betul tu nik. Bukan senag nak dapatkan review dari blogger berpengaruh dan berpengalaman macam saudara eizil dan tuan DH ni.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Catat Sejarah
hmm.. saya bar tahu pasal Windows Image Resizer ni thanks DH sudi kongsi ilmu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Punca Astro Kerap Ulang Siaran
Yelah. Saya pun setelah baca kat sini baru tahu. Selalunya letak gambar kat blog, main hentam jelah. Huhuhu
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 24 : Rumah Impian Nik
selalu orang akan letak gambar dekat blog berdasarkan sesebauh entri paling tidak kita akan letak gambar untuk orang lain “berfikir” pada isi dalam sesebuah entri tersebut
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 21/2014_ Sime Darby LPGA 2014
Moga2 setiap komen yang diberikan dapat dinilai darisudut positif oleh tuan punya blog …
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Jom Join Laman Komuniti G+ Kelab Blogger Ben Ashaari ❤
Alhamdulillah…. saya tak kisah menerima teguran, apatah lagi memang untuk kebaikan saya dan blog saya sis. Saya terima baik. Dan cuba sedaya upaya memperbaiki kelemahan yang ada.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..KakiPing.com: Laman Agregator Untuk Blogger Malaysia
tahniah sebab blog dinilai DH. sekali gus bagi peluang utk blogger lain menimba ilmu
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Hahaa.. terima kasih sis nik. Yelah, peluang untuk kita semua menambahbaik apa yang kurang.. semoga bermanfaat untuk semua..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 24 : Rumah Impian Nik
Satu review yang cukup ikhlas dari TUAN DN ..Moga2 saudari Fatihah dapat menjadikan ini rujukan untuk masa2 akan datang
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Moga Bertemu Lagi Di Syurga …❤
Terimaa kasih sis. Iya, sebagai rujukan dan panduan juga untuk blogger blogger baru yang lain. Review ni boleh kita manfaatkan bersama.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..KakiPing.com: Laman Agregator Untuk Blogger Malaysia
nasib baik saya masih boleh baca dengan baik tulisan dlm blog itu. adalah ini bermakna sy msih muds,,,
Curahan rasa sohoque @ ..7 Sebab Kenapa Seminar Facebook Marketing Firdauz Azizi Mantap
hahaha. Cuba singgah banyak kali blog tu, kalau singgah banyak kali bloeh baca lagi. kira masih muda lagi tu, jangan risau.. : )
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..KakiPing.com: Laman Agregator Untuk Blogger Malaysia
moga blog ini menjadi salah satu blog hebat di malaysia seperti blog denaihati
Curahan rasa sohoque @ ..7 Sebab Kenapa Seminar Facebook Marketing Firdauz Azizi Mantap
Aminnnn… mohon doa banyak-banyak dari saudara sohoque: ) Tapi blog tu masih lagi blog biasa 🙂
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..KakiPing.com: Laman Agregator Untuk Blogger Malaysia
blog biasa boleh jad luar biasa. heheh teruskan usaha utk tulis entry menarik… 🙂
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Betul tu nik.. saya sokong. Blog biasa mampu jadi luar biasa dengan usaha tuan punya blog. Semua tak mustahil.
bolehkah eizil memberi pendapat tentang blog saya pula ?
saya masih baru dalam dunai blog dan banyak lagi yang saya perlu belajr.. 🙂
terima kasih
Curahan rasa mommylovehealthykids @ ..TIPS BERSIHKAN USUS
PM sahaja tuan eizil di facebook beliau..tapi review ni mesti berbayar..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
eizil dah cakap review ni free hari tu. boleh la lepas ni suruh dia review
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
komen dan kritikan dari review yang dibuat oleh blogger yang berpengalaman dan sudah berjaya harus diambil berat
Curahan rasa kizmyself @ ..iPhone Punya Hal , Pecah Kepala Memikir
Kita ambil yang positif dari komen yang diberikan untuk menambah baik blog kita..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
ya..tak boleh takut dengan sebarang kritikan walaupun ada yang negatif dan tak membina orang lontarkan
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
sebagai pemilik blog, apa pun komen dan kritikan, kita terima dengan terbuka. Nak ikut atau tak itu terpulang, tapi kalau ia demi kebaikan apalahnya kan.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..KakiPing.com: Laman Agregator Untuk Blogger Malaysia
suka kritikan walau ada terima atau tak mesti fikirkan yang terbaik.setiap apa berikan itu merupakan bonus untuk sesebuh blog itu membangun
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 18/2014_Mayfair Bodyline
review seperti ini boleh dijadikan contoh untuk memperbaiki blog saya sendiri.
Curahan rasa kizmyself @ ..Tetiba Kematian Itu Memanggil Aku
Boleh dijadikan panduan untuk menambahbaik blog..barulah cantik dan menarik..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Alhamdulillah. Sama-sama kita perbaiki blog kita. Kalau ada yang kurang boleh di tambah. Ilmu untuk semua juga.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
Bagus sebenarnya jika dapat direview oleh orang lain..kadang2 kita tak nampak mana silap kita..
Iya. Dapat memperbaiki dengan lebih baik kekurangan yang ada kat blog.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..KakiPing.com: Laman Agregator Untuk Blogger Malaysia
bila nak review blog kita pulak abam eizil ? banyak lagi yang nak kena belajar pasal membina blog ni..bab template pun belum habis khatam lagi..ada cacat cela yang tak tahu kat mane perlu disuntik ubatnya.
Curahan rasa pipoq @ ..Tips : Bagasi dan penerbangan
Kena ambil nombor lah macam nih..ramai yang dah menunggu giliran nak review nih..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Saya no yang keberapa agaknya ye. Bukan senang nak dapat review dari blog denai hati nih
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Belajar Al-Quran Kaedah Al-Jabari ABAHATA
kalau macam tu saya pun nak ambil nombor giliran untuk direview
Curahan rasa kizmyself @ ..Lima Tiga
Pakat-pakat ambil no giliran ya. Hahahaha. Insyaallah . Semoga nanti Tuan DH sudi mereview blog kalian semua.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
Saya nak ambil nombor tapi tiket nombor katanya dah habis..ada siapa2 yang sudi review blog saya? 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Dah berderet dah nih menanti untuk review sampai tiket nombor pon dah habis..hahaha..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
haha..sama lah..check kat google webmaster pun jumpa macam macam masalah
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Haha..betul, betul..lagi check lagi banyak masalah jumpa..tapi yang peningnya nak cari jalan setelkan setiap masalah yang timbul..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
wahh. seronoknya di riview. >.< kalau lh kite yang dapat. hehehhe. bagi saya disable right click ni kadang2 menyakitkan hati jugak la. tujuan kita buat blog adalah untuk berkongsi. kadang2 ada 2 3 blog yang same content, masing2 pun copy paste antra satu same lain . lepastu disable pulak. kita nak buat projek ni,. terpaksa la taip satu2. kesian -_- banyak kali kena.
Curahan rasa KANVASDAKWAT @ ..WARNA
Kadang2 disable right click nih menyusahkan kita juga..pembaca blog pun tak suka..yelah, manalah tahu ada content kita yang bermanfaat nak di’copy’ tapi tak boleh..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Haha.. dan menyusahkan tuan blog sendiri jugak sebenarnya.. alhamdulillah setelah mendapat teguran, saya cuba perbaiki apa yang termampu.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
Cuba pasang script macam Tynt atau copyscape..sesiapa yang suka copy paste artikel kita tuh suka tak suka akan beri backlink semula kepada artikel asal kita..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
sangat setuju dengan KANVASDAKWAT..
baguskan kalau ade konsep memberi tanpa batas 🙂
Curahan rasa mommylovehealthykids @ ..TIPS BERSIHKAN USUS
Orang yang suka copy paste nih datang dengan pelbagai tujuan..tak dinafikan memang ada yang suka copy paste sebab nak kumpul info..tapi ada juga yang suka copy paste untuk keuntungan diri semata2..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Harapnya entri ini dapat jadi panduan untuk blogger baru yang lain … 🙂
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Cara Buat Blog Sendiri
Bukan setakat blogger baru..blogger lama pun boleh jadikan panduan untuk menambah baik blog sedia ada..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
setiap pendapat dan kritikan harus diterima dengan hati yang terbuka demi kebaikan kita juga
Curahan rasa kizmyself @ ..This Is Kuala Pilah Legend
Betul tuh..mana yang baik dijadikan tauladan..yang buruk tuh dijadikan sempadan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Korea Selatan Asian Games 2014 Incheon
Sama-samalah kita ambil ilmu yang saudara eizil dah kongsikan. Tak perlu bayar pun.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..KakiPing.com: Laman Agregator Untuk Blogger Malaysia
Comments are closed.