Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tempoh hari, salah seorang blogger tanahair telah menyatakan hajatnya untuk mendapatkan review lengkap mengenai blog beliau. Sedikit pengenalan mengenai blogger Fatihah Fazlin.
Pada awalnya blog Fatihah atau nama sebenar Nik Nurfatihah ini dibuka dengan perancangan untuk menulis bersama adiknya Nik Nurfazlin. Namun disebabkan adiknya kurang minat untuk menulis, Fatihah meneruskan blog ini bersendirian. Gadis berusia 23 tahun ini gemar untuk berkongsi kisah kehidupan dalam blog peribadi beliau.
Review blog FatihahFazlin333.blogspot.com
Terlebih dahulu, saya akan ulas mengenai bahagian teknikal. Penilaian awal menggunakan gtmetrix.com menunjukkan markah yang agak rendah. Sebahagian besar adalah berpunca daripada penggunaan gambar yang tidak dikecilkan terlebih dahulu.
Kebanyakan gambar menggunakan saiz yang terlalu besar, 1600×1600 walaupun dalam artikel, paparan hanya menggunakan saiz 400×400 (salah satu daripada beberapa gambar yang digunakan). Perkara ini akan menyebabkan loading blog kita menjadi lambat, disebabkan saiz gambar sepenuhnya akan digunakan.
Cara mudah untuk mengecilkan gambar secara pukal adalah dengan menggunakan tools percuma Windows Image Resizer, hanya perlu install dan kemudian right-click pada gambar yang ingin dikecilkan, dan option untuk resize pictures akan terpapar.
Selain itu, sekiranya kita meletakkan gambar, terutama yang berkaitan dengan paparan layout/theme, sebaiknya kita meletakkan saiz lebar dan tinggi gambar tersebut. Namun begitu, ini ada pengecualian untuk beberapa kes tertentu. Dalam konteks blog FatihahFazlin ada banyak yang lebih baik ditetapkan saiz lebar dan tinggi gambar.
Penggunaan disable highlight
Fungsi disable highlight ini adalah perkara yang hanya akan merugikan kita sebagai blogger. Walaupun tujuan utama mungkin untuk mengelakkan individu lain daripada menyalin artikel kita. Namun begitu ada kesan berpanjangan lain yang akan merugikan kita. Boleh rujuk artikel 3 Sebab kenapa disable right-click merugikan blogger untuk penerangan lanjut.
Open in new tab/window
Semua link dalam blog ini set target sebagai blank (buka di new tab/window). Walaupun ada yang merasakan ini perkara yang perlu dilakukan, tetapi saya merasakan perkara ini hanya menyebabkan ketidakselesaan kepada pembaca.
Sekiranya saya sebagai pembaca, ingin melayari blog ini, dan kebiasaannya memang browser saya dah ada banyak tab, penambahan tab yang tidak perlu ini hanya akan membuatkan saya ingin beredar lebih awal.
Navigasi blog
Pada bahagian bawah header yang cantik itu, terdapat sistem navigasi untuk kemudahan pengunjung. Namun ada 2 link yang sama dengan ayat berbeza, iaitu “Home” dan “Mencari jalan pulang”.
Menu “Mencari jalan pulang” itu sedikit sebanyak memberikan tanda tanya kepada saya, kenapa ianya ada disitu, selepas klik baru saya perasan ianya hanya ke halaman utama. Mungkin boleh padam atau gantikan dengan pautan yang berlainan.
Rumusan, cadangan dan tambahbaikan
Secara keseluruhan, penulisan artikel yang santai, penggunaan warna biru muda sebagai tema blog ini, memberikan pengalaman membaca yang menyelesakan. Cuma untuk pembaca yang lebih berumur, saiz font mungkin agak kecil, ini berdasarkan pengalaman saya menguruskan beberapa blog yang empunyanya lebih berumur.
Mereka lebih gemar membaca atau melayari blog yang mempunyai saiz tulisan yang lebih mudah untuk dibaca. Boleh cuba tanya emak atau sesiapa yang lebih tua dalam keluarga maklum balas daripada mereka semasa mengubahsuai saiz font tersebut.
Selain itu, ada beberapa elemen-elemen SEO yang tidak diambil berat. Tiada H1 tag dalam template yang digunakan, site description pun tidak ditemui.
Jumlah links dalam halaman utama juga terlalu banyak, cuba kurangkan dan kekalkan dalam linkungan 100 links untuk internal dan external link. Ini akan memberikan kesan yang lebih baik pada prestasi blog.
Selain itu, saya cadangkan supaya daftar domain untuk digunakan bersama-sama akaun blogspot tersebut. Ini akan memberikan kita peluang untuk melangkah lebih jauh dalam bidang ini. Modal untuk pendaftaran domain dot com tidaklah terlalu mahal.
Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan, boleh ajukan di ruangan komen. Saya doakan sis Fatihah akan terus menulis dan menjadi blogger yang berjaya di persada alam maya tanahair dan antarabangsa.
505 Comments
betul tu. saya pun lepas baca entri ni terus buang apa yang patut. ada benarnya
Ulasan-ulasan seperti ini memang amat diperlukan dan berguna terutamanya blogger yang baru mula menjinakkan diri dalam dunia blogging ni.
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
Betul… mcm sayalah… walaupun dah dua tahun.. tapj saya rasa saya tak tahu apa2 tengang blog.. yng sya tahu hanya menulis.. sebab tu kegemaran saya.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
fatihah baru dua tahun.. saya ni yang dh brrapa tahun pon masih lagi tak tahu banyak..
Wah bagusnya. Bagaimana ya supaya blog kita di review oleh Denaihati? Adakah kita perlu buat request? 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Blogger Buat Duit Online
betul tu. saya pun lepas baca entri ni terus buang apa yang patut. ada benarnya
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Blogger buat duit online
benda benda yang tak perlu letak dlm blog, elok buang aje. takut berat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Ya, biar blog kita nampak ringkas dan santai. Baru pembaca pun selesa membaca. 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Blogger Buat Duit Online
templete kena la simple dah tak nampak serabut. baru sejuk mata memandang
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
wah, denai hati boleh bg review utk personal blog ya?..macam mana nak mohon ya?..adakah akan dikenakan bayaran?
Curahan rasa Safiya @ ..Rahsia Keberkesanan Shaklee Enfuselle: Ketahui Kaedah Asas Yang Tepat
Ya, saya pun teringin untuk kena review blog sebab semua komen review dari denaihati sangat bagus dan bernas…macam mana ya untuk mohon tu?…saya pun nak tahu juga…
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
Mungkin anda berdua boleh terus email atau pm facebook tuan denaihati atau saudara eizil..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
Oh, rupanya macam tu. Jika saya bersedia, baru saya akan minta di review oleh Denaihati. Sekarang ni pun saya masih mentah dalam dunia blogging ni. Banyak yang perlu dipelajari. 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Blogger Buat Duit Online
cuba memohon dengan hubungi terus DH di FB. mana tahu rezeki kena review nanti
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
ramai yang teringin blog di review DH sebab boleh tengok di mana kekurangan blog kita
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Ya, itulah guna nya review ini lebih-lebih lagi tukang review tu ialah top blogger.
Curahan rasa Vander Good @ ..Blogger Buat Duit Online
pada mula teringin juga tau. tapi bila pikir balik belum bersedia. hee
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Blogger buat duit online
setahu saya DH tak kenakan apa apa bayaran utk review blog. boleh hubungi mrk melalui fb
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
detailnya review..ada banyak benda yang nak kena improve termasuk eden..score kat gtmatrix pun rendah je..adoiii
Curahan rasa Zul @ ..Bahayanya penyakit Ebola ! Jangan pergi ke sana
Perggghh. Dah boleh mula cuba perbaiki dah kan.. saya pun dah cuba buat yang terbaik. Demi blog tersayang jugak..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
haaaa !! detail review macam ni la yang kita cari. baru nampak betul betul review.
bagus kan entry ni? blogger lain yang baca pun boleh belajar sekali
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Kita ambil mana-mana yang berguna untuk blog kita supaya sentiasa mantap dan boleh digunakan untuk menjana pendapatan.
Curahan rasa Vander Good @ ..Blogger Buat Duit Online
Tahniah adik Fatihah, selamat maju jaya. Untung ni denaihati review blog.
Curahan rasa Nurul @ ..Rahsia Kejayaan Lelaki Miliki Bangunan Bernilai RM 30 Juta
haaah.. terima kasih ye.
memang berterima kasih sangat, bukan mudah kan nak dapatkan review macam ni.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Terima Kasih Daun Keladi
Ya, memang beruntung blog kena review oleh denaihati. Harap suatu hari nanti encik Denaihati akan review blog saya pula…hehe..
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
Alhamdulillah.. banyak ilmu uang kita dapat daripada review ni.. sama sama kita pergunakannya.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
tahniah juga. betul tu. untung denaihati sifu otai blogger review blog. boleh improve ikut mentor
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Blogger buat duit online
yang review ni bukan calang calang orang. beliau memang mahir dalam bidang ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
ya tahniah juga ya ! selamat maju jaya dalam bidang blogging nii
ya awesome ! all the best too..nampak la peluang fatihah yg akan lebih berjaya dalam penulisan lepas ni good luck !
bila baca review ni nampak juga la kelemahan sendiri. Kena gali lagi dalam ilmu blogging ni
Curahan rasa asma El Kareem @ ..Water Pitcher Penapis Air Paling Bajet
banyak sbenarnya kelemahan dalam dunia blogging ni insyallah mari kita perbaiki
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Blogger buat duit online
awesome… all the best to fatihah… semoga maju dan maju lagi dalam bidang penulisan…
Curahan rasa putributterfly punyablog @ ..First Giveaway By Syafiyahluv.com
hehehe. terima kasih ye awak.
terima kasih untuk kata kata semangat tu.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Terima Kasih Daun Keladi
Wah… moga pas2 nih blog adik Fatihah nih akan lebih mantop!!!
http://supernifzvitamin.com/vitamin-untuk-kulit-cantik-tak-perlu-make-up-lagi/
Curahan rasa SuperNifz @ ..Khasiat Madu Lebah
Amin… terima kasih atas kata kata semangatnya ye.:)
sama sama kita berusaha.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Terima Kasih Daun Keladi
dah mantop nanti jangan lupa kita kita ni tau. lawat lawat la blog saya. hee
bila baca review blog ni buat saya juga banyak belajar, hasil komen dari admin banyak benda baru boleh diteroka..
erm… betul tu saya pun banyak dapat pengetahuan baharu daripada blog beliau…
Ya, betul tu…apabila baca review tentang blog ni, sedikit sebanyak saya boleh praktikkan ke dalam blog saya…
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
Semoga adik fatihah terus maju dalam bidang penulisan dan berjaya dalam hidup seharian.
Curahan rasa daddydee @ ..Kasihnya Ibu
amin… terima kasih banyak atas doa dan semagat yang di berikann.. semuga daddydee juga begitu.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Terima Kasih Daun Keladi
Semoga anda lebih maju dalam dunia blogging seterusnya dapat menempa nama dalam dunia blogging
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Terima kasih atas semangat yang di beikan. Insyaallah saya pun akan cuba majukan blog dan diri.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
Nasihat dari org pakar jgn diabaikan kerana nasihat mereka ada jugak benarnya
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Ya, memang segala komen dari denaihati sangat bernas sebab denaihati ni banyak skil dan pengalaman dalam dunia blogging….
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
Memang betul tu… kalau dah pakar tentunya pandangan dan masihat merka berguna untuk dijadikan panduan kita.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa nasihat yg boleh diaplikasi oleh blogger2 yg lain
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Alhamdulillah.. itu dah kira cukup baik dah tu.. boleh perbaikit blog kita.. yg mana terasa kurang ..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
Bertuah dpt review oleh Denaihati seterusnya dapat tingkatkan rating ke blog anda
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Alhamdulilllah..
Bukun mudah nak dapatkan review dri blog hebat dan saudara eizil yang juga pakar WP ni.. alhamdulillah.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
alhamdulillah nik. semoga ilmu yang eizil ajar berguna buat nik dan rakan blogger lain
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
#typo
mcm mana nak dpt review drpd DH ye? mcm menarik je kan. apa pun blog ni comel . keep it up
Terima kasih.. bab typo nilah yang paling payah nak elakkan. Selalu sahaja ada typo.
Comments are closed.