Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tempoh hari, salah seorang blogger tanahair telah menyatakan hajatnya untuk mendapatkan review lengkap mengenai blog beliau. Sedikit pengenalan mengenai blogger Fatihah Fazlin.
Pada awalnya blog Fatihah atau nama sebenar Nik Nurfatihah ini dibuka dengan perancangan untuk menulis bersama adiknya Nik Nurfazlin. Namun disebabkan adiknya kurang minat untuk menulis, Fatihah meneruskan blog ini bersendirian. Gadis berusia 23 tahun ini gemar untuk berkongsi kisah kehidupan dalam blog peribadi beliau.
Review blog FatihahFazlin333.blogspot.com
Terlebih dahulu, saya akan ulas mengenai bahagian teknikal. Penilaian awal menggunakan gtmetrix.com menunjukkan markah yang agak rendah. Sebahagian besar adalah berpunca daripada penggunaan gambar yang tidak dikecilkan terlebih dahulu.
Kebanyakan gambar menggunakan saiz yang terlalu besar, 1600×1600 walaupun dalam artikel, paparan hanya menggunakan saiz 400×400 (salah satu daripada beberapa gambar yang digunakan). Perkara ini akan menyebabkan loading blog kita menjadi lambat, disebabkan saiz gambar sepenuhnya akan digunakan.
Cara mudah untuk mengecilkan gambar secara pukal adalah dengan menggunakan tools percuma Windows Image Resizer, hanya perlu install dan kemudian right-click pada gambar yang ingin dikecilkan, dan option untuk resize pictures akan terpapar.
Selain itu, sekiranya kita meletakkan gambar, terutama yang berkaitan dengan paparan layout/theme, sebaiknya kita meletakkan saiz lebar dan tinggi gambar tersebut. Namun begitu, ini ada pengecualian untuk beberapa kes tertentu. Dalam konteks blog FatihahFazlin ada banyak yang lebih baik ditetapkan saiz lebar dan tinggi gambar.
Penggunaan disable highlight
Fungsi disable highlight ini adalah perkara yang hanya akan merugikan kita sebagai blogger. Walaupun tujuan utama mungkin untuk mengelakkan individu lain daripada menyalin artikel kita. Namun begitu ada kesan berpanjangan lain yang akan merugikan kita. Boleh rujuk artikel 3 Sebab kenapa disable right-click merugikan blogger untuk penerangan lanjut.
Open in new tab/window
Semua link dalam blog ini set target sebagai blank (buka di new tab/window). Walaupun ada yang merasakan ini perkara yang perlu dilakukan, tetapi saya merasakan perkara ini hanya menyebabkan ketidakselesaan kepada pembaca.
Sekiranya saya sebagai pembaca, ingin melayari blog ini, dan kebiasaannya memang browser saya dah ada banyak tab, penambahan tab yang tidak perlu ini hanya akan membuatkan saya ingin beredar lebih awal.
Navigasi blog
Pada bahagian bawah header yang cantik itu, terdapat sistem navigasi untuk kemudahan pengunjung. Namun ada 2 link yang sama dengan ayat berbeza, iaitu “Home” dan “Mencari jalan pulang”.
Menu “Mencari jalan pulang” itu sedikit sebanyak memberikan tanda tanya kepada saya, kenapa ianya ada disitu, selepas klik baru saya perasan ianya hanya ke halaman utama. Mungkin boleh padam atau gantikan dengan pautan yang berlainan.
Rumusan, cadangan dan tambahbaikan
Secara keseluruhan, penulisan artikel yang santai, penggunaan warna biru muda sebagai tema blog ini, memberikan pengalaman membaca yang menyelesakan. Cuma untuk pembaca yang lebih berumur, saiz font mungkin agak kecil, ini berdasarkan pengalaman saya menguruskan beberapa blog yang empunyanya lebih berumur.
Mereka lebih gemar membaca atau melayari blog yang mempunyai saiz tulisan yang lebih mudah untuk dibaca. Boleh cuba tanya emak atau sesiapa yang lebih tua dalam keluarga maklum balas daripada mereka semasa mengubahsuai saiz font tersebut.
Selain itu, ada beberapa elemen-elemen SEO yang tidak diambil berat. Tiada H1 tag dalam template yang digunakan, site description pun tidak ditemui.
Jumlah links dalam halaman utama juga terlalu banyak, cuba kurangkan dan kekalkan dalam linkungan 100 links untuk internal dan external link. Ini akan memberikan kesan yang lebih baik pada prestasi blog.
Selain itu, saya cadangkan supaya daftar domain untuk digunakan bersama-sama akaun blogspot tersebut. Ini akan memberikan kita peluang untuk melangkah lebih jauh dalam bidang ini. Modal untuk pendaftaran domain dot com tidaklah terlalu mahal.
Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan, boleh ajukan di ruangan komen. Saya doakan sis Fatihah akan terus menulis dan menjadi blogger yang berjaya di persada alam maya tanahair dan antarabangsa.
505 Comments
Saya tetap dengan pendirian saya untuk kekalkan disable right click,sbd bagi saya duplicate content menjadi isu utama saya..ini boleh membuatkan blog saya dlm bahaya jika ramai yang copy artikel dari blog sy..tp itu la,lain orang lain la pandangannya.by the way cantik sangat blog fatihah fazlin.
Curahan rasa tutorial cara pakai shawl @ ..Tutorial cara pakai shawl gambar dan video
Saya pula ttp dengan pendirian saya untuk tidak ada disable right click, sebab bagi sebuah blog yang ingin berkongsi ilmu, pastutnya dibenarkan copy-paste … hal dunia tak perlu hirau sangat, tapi pentingkan kelebihannya untuk bekalan akhirat.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Cara Buat Blog Sendiri
rasanya terpulang jugak jenis blog yang bagaimana. kalau kita nak sharing ilmu macam yang sifu HH, memang sesuai tak buat disable right clik. blog nik dulu buat diable right click sebab tak nak bagi tulisan(khususnya novel) yang nik tulis di copy paste… hehehhe. tapi bila nik baca dan baca, takde kot orang nak c&p novel yang nik tulis tu.. hahahha
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 21: Tempat Yang Teringin dan Tak Pernah Nik Pergi.
Kalau ada orang copy paste e-novel tuh maknanya dia berminat dan hargai cerita kita..maybe dia salah seorang follower tegar blog kita..
Depends pada niat sebenar kita berblog..kalau rasa nak share ilmu takder manfaat pun nak disable right clicks tuh..ada jer banyak cara lain nak halang macam hotlinking, scripts copyscape dan Tynt yang tak halang orang nak copypaste..
Curahan rasa UpProfits @ ..Fernando Torres dalam radar JDT?
Wahhh.. banyak juga cara lain hak halang copy paste kat blog ye. Nik tak tahu pulak. Terima kasih berkongsi ya
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 24 : Rumah Impian Nik
Yang bagusnya kita akan dapat backlink dari orang yang copy paste tuh..search engine tuh boleh tahu artikel asalnya dari mana..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Mungkin ada benarnya kata denaihati yang mana “open in new tab” itu sedikit menganggu. Tapi kalau blog tu disable right click, memang kena letak open in new tab, kalau tak, tak boleh buka tab banyak2 untuk baca entri yang menarik
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Cabaran 30 hari : 5 lagu cinta kegemaran anda
Comel je blog fatihah ni.. Komen denaihati sangatlah membantu, bukan sahaja blog fatihah , tapi blogger lain juga seperti saya sendiri..
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Cabaran 30 hari : 5 lagu cinta kegemaran anda
Mungkin ada benarnya kata denaihati yang mana “open in new tab” itu sedikit menganggu. Tapi kalau blog tu disable right click, memang kena letak open in new tab, kalau tak, tak boleh buka tab banyak2 untuk baca entri yang menarik
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Cabaran 30 hari : 5 lagu cinta kegemaran anda
Kalau saya, fungsi open new tab tuh saya akan letak untuk link keluar ke site lain selain blog sendiri..kalau link dalaman tak perlu nak open new tab..
Curahan rasa UpProfits @ ..Fernando Torres dalam radar JDT?
Ehemmmm …. comel blog ke comel orangnya .. hehehe.. apapun bagus Denaihati buat review gini … peluang besar untuk blogger baru diketengahkan.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Cara Buat Blog Sendiri
orangnya tak berapa comel, tapi blog memang comel la sifu. hahahah. yANG mana perlu kita tambah pada blog. yang mana tak kita kurang/buang.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 21: Tempat Yang Teringin dan Tak Pernah Nik Pergi.
Dapat review dari blogger otai memang lah bertuah .. tambah pula dapat tempias trafik..fuhhh..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Indonesia 14 September
Comel eh? terima kasih. nik pun rasa blog nik comel. tapi comel sahaja pun tak cukup kan kalau kita nak berjaya. banyak lagi yang nak ditambahbaik sebenarnya,
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 21: Tempat Yang Teringin dan Tak Pernah Nik Pergi.
Blog awek jer selalu sukakan blog comel2 begini..kalau blog lelaki jarang kita nampak nak comel2 sangat..kuikuikui
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Korea Selatan Asian Games 2014 Incheon
Untungnya bila blog di review oleh denaihati! Tips yang amat berguna bukan sahaja untuk tuan empunya blog tapi jika untuk bloggers yang lain.
Curahan rasa MK Hakimi @ ..iOS 8 Apa Yang Baru?
Bukan senang blog kita nak terpilih direview oleh team denaihati..bertuahlah adik beradik fatihah fazlin nih..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia u-23 vs Yemen 6 September
Alhamdulillah…ya bukan senang nak dapat peluang macam ni. Akan di gunakan sebaik mungkin peluang ni. 🙂
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review Blog Mereka.
Teringin juga kalau blog saya juga dapat direview oleh team denaihati..boleh la juga ditambahbaik blog yang ada..
Betul, hatta kepada saya ni yang dah ada blog sejak sebelum 2010 lagi, tips yang tak lapuk dihujan … blogger lain pun boleh tulis benda sama khas untuk pengunjung blog sendiri.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Cara Buat Blog Sendiri
Tips yang ada macam blog HH tuh memang tips yang evergreen..tips yang senantiasa dicari oleh blogger baru dan lama..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
mohon blog saya dapat di review oleh team denaihati mana lah tahu boleh perbaiki lagi apa yang patut dari segi penulisan dan sebagainya.. kalau ada peluan sebegitu mesti gembira tak terkata
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Memang best kalau team denaihati sudi nak review blog picisan kita..boleh juga tambah baik mana yang kurang..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Itulah kan.. Berharap jugak untuk direview.. Berbesar hati sangat jika diberi kesempatan dan peluang 🙂
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Cabaran 30 hari : 5 lagu cinta kegemaran anda
Hmm kena ada win-win situation .. in Sha Allah, nanti team denaihati nampak, byk mata memerhati tu
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Cara Buat Blog Sendiri
Teringin juga kalau blogger otai macam HH juga sudi nak review blog saya selain team Denaihati..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Hmm tak review, letak link blog dalam entri pun dah ada impak cukup besar. Saya merasainya …
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Bisnes Dari Rumah
Iyaa kan.. mohon sifu Hh masukan link blog saya dalam entry mendatang.. nak merasi jugak.. hehehe
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 24 : Rumah Impian Nik
Untunglah HH pernah dapat backlink berkualiti macam tuh..tapi kalau review nih secara tak langsung kita ada ruangan khas di blog popular macam DH nih..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Wah!.. terasa untung sangat kalau Tuan DH yang wat review pasal blog kan…hihihihi… banyak jugak yang kita boleh guna drpd entri review ni…. saya pon boleh gunakan tips-tips yang ada di entri ini.. 😀
Curahan rasa Eshamz Halim @ ..10 Random Facts About Me: When I am Travelling
Sama-sama kita guna dan manfaatkan review ni untuk blog kita. Improve mana yang kurang.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Kerana Seringgit Manusia Biadap
betul tuh..boleh belajar nak hasilkan blog yang lebih baik dari yang ada sekarang..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
untung ni.. blog Denai hati sudi menulis review blog blogger lain.. sambil promosi, blogger lain pun boleh ambil contoh untuk memperbaiki blog sendiri
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Balik Dari Bon Odori
blogger lain pun boleh tambah ilmu utk baiki kelemahan blog
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Dan hasil daripada review ni memang blog saya dah makin nampak perubahannya. Paling seronok, ramai pula yang datang berkungjung.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Kerana Seringgit Manusia Biadap
Itu satu perkembangan yang baik..harap trafik yang mula masuk tuh pun akan terus konsisten..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Alhamdulillah. Saama sama kita jugakan review ni untuk kebaikkan bersama.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review Blog Mereka.
Lepas nih tunggu fatihah fazlin pula buat review untuk blogger lain..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia u-23 vs Yemen 6 September
Melihat review blog lain pun kita boleh belajar perbaiki apa yg kurang pada blog kita..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Antara kelebihan dapat blog review ini ialah exposure percuma untuk blog dan juga bagaimana untuk memperbaiki blog kita. kalau DH yang review lagi seronok
Curahan rasa doulnut @ ..Pecah Rekod
Selain dapat review oleh blogger berpengalaman seperti Denai Hati, dapat juga tumpang popular sekali. Hehehe. :3
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
teringin nak suruh DH review blog. nak tengok dan belajar dari kesilapan
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Nak tunggu DH yang review kena ambil nombor..dengar2nya dah berderet request dari rakan blogger termasuklah saya..kuikuikui
Curahan rasa UpProfits @ ..Fernando Torres dalam radar JDT?
seronoknya kalau blog Murni dpt review oleh DH..hihi
tapi apa-apa pun entry ni kita boleh jadikan panduan tuk diaplikasikan dlm blod sendiri.
Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..Program Digital Marketing, UiTM Arau, Perlis.
Dapat direview oleh blog ppopular sedikit sebanyak dapat juga tempias trafik..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Setuju dengan DOulnut. Memang blog dah dapat pendedahan secara percuma. Views meningkat secara mendadak. Huhu. Alhamdulillah.
Apapun, cadangan penambahbaikkan akan terus dilakukan secara berperingkat.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review Blog Mereka.
Dapat review dari blog popular bertrafik tinggi memang best..trafik blog boleh melonjak tanpa disangka2..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Satu review terbaik daripada Denaihati. Cukup untuk diolah di blog kita juga. Kena banyak search di google bagaimana nak lajukan loading blog, membesarkan font artikel, nak letak widget kongsi artikel, letakkan hast tag dan lain-lain.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah Popular Di Ampang
Saya juga cuba untuk membuat refleksi semula terhadap blog saya sebab saya tahu blog saya masih ada cacat celanya. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Apa yang direview boleh dijadikan panduan buat penambahbaikan blog kita
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
betul tu kita sendiri kena rajin buat banyak search untuk perbaiki blog, mana-mana panduan yang berguna bolehlah diaplikasikan dblog.
Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..Program Digital Marketing, UiTM Arau, Perlis.
1001 perkara kita boleh cari di internet sekarang nih..tapi kena pandai pilih la mana baik mana buruk..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
mohon kamil salleh juga review blog saya mana tahu dapat ilmu baru jugak kan
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Mohon sis namia pula review blog saya pula..hahaha..bestnyer kalau boleh request2 macam nih kan..hehe
Sambil2 tengok review blog orang, boleh juga dipraktikkan mana yang baik di blog sendiri juga..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Mana yang baik boleh diimplementasikan di blog kita pula..masih nak belajar cara nak lajukan blog..
Kalau nak ubah font lebih besar bagaimana ya? Ada sesiapa boleh beri tutorial.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah Popular Di Ampang
Kalau guna platform blogspot, mudah sahaja. Boleh ke bahagian template designer dan ubah saiz font di situ.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Nik selama ni ubah manual je. Hahaha. Langsung takde ilmu pasal blogspot. Sekarang baru terhegeh hegeh nak menuntut.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review Blog Mereka.
Kalau tak silap kena ubah kat bahagian editor.. kadang2 ada theme yang telah sediakan option untuk ubah saiz font..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Kalau diubah apa yang Tuan DH sarankan boleh menjadi blog mesra SEO ni… Moga perkongsian ini boleh juga diedit di blog rakan-rakan lain.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah Popular Di Ampang
Ada sesiapa di sini nak review blog saya, seronoknya dapat dilakukan oleh tuan DH. Moga blog Fatihah Fazlin terus mantap.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah Popular Di Ampang
apa kata kamil salleh review blog saya 🙂 mana lh tahu kan ada benda baru yang boleh saya belajar
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Kalau Tuan Kamil review blog saya, mungkin saya boleh tunaikan hajat Tuan yang satu itu. 🙂
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
mohon tuan kamil review blog Murni, boleh? hihi saya budak baru belajar 😀
Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..Program Digital Marketing, UiTM Arau, Perlis.
Best juga bila blog direview. Apa kata kamil salleh pon review blog saya juga. Hehe…maklumlah blog saya baru setahun jagung.
Curahan rasa MK Hakimi @ ..iOS 8 Apa Yang Baru?
sangat beruntung blog dapat direview oleh seseorang yang pakar. Segala apa yang kurang boleh diperbaiki.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah Popular Di Ampang
Malahan review ini juga dapat memberi penerangan tambahan kepada bloggers yang mahu memperbaiki blog masing-masing. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
satu kelebihan kalau blog direview denaihati. boleh tengok di mana kelemahan
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Teringin juga ada orang review blog wan ni.
Boleh tahu tahap mana penulisan entry, apa yang leh diubah atau diperbaiki.
Bertuah la dua beradik berkenaan. Usaha yang bagus dari team Denaihati.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Alhamdulillah. Memabg semua orang teringin blog mereka direview oleh team denaihati. Kena tselalu rajin tengok aktiviti kt denaihati networklah.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Ranking alexa blog ni kurang 300?
kita pun nak jugak blog di review oleh pakar lagi2 di review oleh team denaihati yang memang pakar dalam bidang blog nieh
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Semua orang juga mengharapkan perkara yang sama. Kepada Tuan Denai Hati, kalau berkelapangan, bolehlah cuba review blog saya pula. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Wahh, bestnya dapat di review oleh Tuan Denaihati. Siap dapat mencari dimana kelemahan blog kita untuk kita perbaiki menjadi lebih bagus. Tahniah saudari Fatihah Fazlin 😀 ^__^
Huhu. Alhamdulillah terima kasih kinderbueno. Bukan senang kan nk dapat kesempatan yang macam ni..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Kelab Blogger Ben Ashaari: Selangkah ke Depan
Comments are closed.