Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tempoh hari, salah seorang blogger tanahair telah menyatakan hajatnya untuk mendapatkan review lengkap mengenai blog beliau. Sedikit pengenalan mengenai blogger Fatihah Fazlin.
Pada awalnya blog Fatihah atau nama sebenar Nik Nurfatihah ini dibuka dengan perancangan untuk menulis bersama adiknya Nik Nurfazlin. Namun disebabkan adiknya kurang minat untuk menulis, Fatihah meneruskan blog ini bersendirian. Gadis berusia 23 tahun ini gemar untuk berkongsi kisah kehidupan dalam blog peribadi beliau.
Review blog FatihahFazlin333.blogspot.com
Terlebih dahulu, saya akan ulas mengenai bahagian teknikal. Penilaian awal menggunakan gtmetrix.com menunjukkan markah yang agak rendah. Sebahagian besar adalah berpunca daripada penggunaan gambar yang tidak dikecilkan terlebih dahulu.
Kebanyakan gambar menggunakan saiz yang terlalu besar, 1600×1600 walaupun dalam artikel, paparan hanya menggunakan saiz 400×400 (salah satu daripada beberapa gambar yang digunakan). Perkara ini akan menyebabkan loading blog kita menjadi lambat, disebabkan saiz gambar sepenuhnya akan digunakan.
Cara mudah untuk mengecilkan gambar secara pukal adalah dengan menggunakan tools percuma Windows Image Resizer, hanya perlu install dan kemudian right-click pada gambar yang ingin dikecilkan, dan option untuk resize pictures akan terpapar.
Selain itu, sekiranya kita meletakkan gambar, terutama yang berkaitan dengan paparan layout/theme, sebaiknya kita meletakkan saiz lebar dan tinggi gambar tersebut. Namun begitu, ini ada pengecualian untuk beberapa kes tertentu. Dalam konteks blog FatihahFazlin ada banyak yang lebih baik ditetapkan saiz lebar dan tinggi gambar.
Penggunaan disable highlight
Fungsi disable highlight ini adalah perkara yang hanya akan merugikan kita sebagai blogger. Walaupun tujuan utama mungkin untuk mengelakkan individu lain daripada menyalin artikel kita. Namun begitu ada kesan berpanjangan lain yang akan merugikan kita. Boleh rujuk artikel 3 Sebab kenapa disable right-click merugikan blogger untuk penerangan lanjut.
Open in new tab/window
Semua link dalam blog ini set target sebagai blank (buka di new tab/window). Walaupun ada yang merasakan ini perkara yang perlu dilakukan, tetapi saya merasakan perkara ini hanya menyebabkan ketidakselesaan kepada pembaca.
Sekiranya saya sebagai pembaca, ingin melayari blog ini, dan kebiasaannya memang browser saya dah ada banyak tab, penambahan tab yang tidak perlu ini hanya akan membuatkan saya ingin beredar lebih awal.
Navigasi blog
Pada bahagian bawah header yang cantik itu, terdapat sistem navigasi untuk kemudahan pengunjung. Namun ada 2 link yang sama dengan ayat berbeza, iaitu “Home” dan “Mencari jalan pulang”.
Menu “Mencari jalan pulang” itu sedikit sebanyak memberikan tanda tanya kepada saya, kenapa ianya ada disitu, selepas klik baru saya perasan ianya hanya ke halaman utama. Mungkin boleh padam atau gantikan dengan pautan yang berlainan.
Rumusan, cadangan dan tambahbaikan
Secara keseluruhan, penulisan artikel yang santai, penggunaan warna biru muda sebagai tema blog ini, memberikan pengalaman membaca yang menyelesakan. Cuma untuk pembaca yang lebih berumur, saiz font mungkin agak kecil, ini berdasarkan pengalaman saya menguruskan beberapa blog yang empunyanya lebih berumur.
Mereka lebih gemar membaca atau melayari blog yang mempunyai saiz tulisan yang lebih mudah untuk dibaca. Boleh cuba tanya emak atau sesiapa yang lebih tua dalam keluarga maklum balas daripada mereka semasa mengubahsuai saiz font tersebut.
Selain itu, ada beberapa elemen-elemen SEO yang tidak diambil berat. Tiada H1 tag dalam template yang digunakan, site description pun tidak ditemui.
Jumlah links dalam halaman utama juga terlalu banyak, cuba kurangkan dan kekalkan dalam linkungan 100 links untuk internal dan external link. Ini akan memberikan kesan yang lebih baik pada prestasi blog.
Selain itu, saya cadangkan supaya daftar domain untuk digunakan bersama-sama akaun blogspot tersebut. Ini akan memberikan kita peluang untuk melangkah lebih jauh dalam bidang ini. Modal untuk pendaftaran domain dot com tidaklah terlalu mahal.
Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan, boleh ajukan di ruangan komen. Saya doakan sis Fatihah akan terus menulis dan menjadi blogger yang berjaya di persada alam maya tanahair dan antarabangsa.
505 Comments
bestnya dpt review…reviewlah blog saya gak…hehehehe
Curahan rasa Alin Marlini @ ..Layan Teenage Mutant Ninja Turtles 2014
Congratulations! FatihahFazlin333.blogspot.com
Hajat anda telah tercapai kekdahnya.
Teknikal reviews yang mantap.
Denaihati.com terbaik!
Curahan rasa Mrs. A @ ..Kisah Raya Tertunggak
terima kasih Mrs. A. ya..alhamsulillah sudah tercapai hajat saya yang satu ni dan penambahbaikkan akan dilakukan di blog saya.. Banyak lagi hajat yang lain, sedang mencuba untuk capai.
btw, terima kasih sudi menyinggah di blog saya. Saya perasan mrs. A. HEHEHE
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tersenarai dalam contest cabaran iphone 5s blog Denaihati.com
Fazlin memang bertuah mendapat review yang membina drp Denaihati….boleh dijadikan ukuran utk berjaya dalam bidang blog….
Curahan rasa asraff @ ..Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014
Alhamdulillah terima kasih.. pemilik blog fatihahfazlin boleh dipanggil dgn nama nik. 🙂 hehehehe. Semestinya review ni menambah ilmu dan keyakinan untuk terus terlibat dalam dunia blog.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tersenarai dalam contest cabaran iphone 5s blog Denaihati.com
Tahniah Fazlin..bertuah dapat direview oleh blogger terkenal. Semoga terus berjaya dengan penambahbaikan yang dicadangakan…DH tak nak review Blog kita ke..he..he
Curahan rasa Raudzah @ ..Doktor Paling Di Percayai Di Malaysia
Ramai yang panggil Fazlin…. HEHEHE. btw, terima kasih dan boleh panggil nik je, 🙂 Ya, alhamdulillah saya insan bertuah tu, bukan senang kan nak dapat peluang macam ni. Nik dah cuba betulkan apa yang dicadangkan oleh saudara eizil. Tapi belum keseluruhan lagi.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tersenarai dalam contest cabaran iphone 5s blog Denaihati.com
Tahniah kerana berjaya dapat blog review dari tuan denaihati. Semoga kritikan membina yang diberikan dapat menaikkan lagi semangat untuk terus berblog sampai lebam.
Tuan denaihati taknak review blog saya ke? Hehehe
Curahan rasa sobri mansor @ ..BPL Pusingan ke-3 Leicester City vs Arsenal
Terima kasih saudara bobri mansur. 🙂
Insyaallah akan terus berblog selagi ada orang masuk baca blog nik tu.
Terima kasih juga buat Tuan Denaihati dan saudara eizil sudi review blog biru saya.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tersenarai dalam contest cabaran iphone 5s blog Denaihati.com
wah… untungnya dapat review lengkap dari otai…
Curahan rasa yangbaik @ ..2nd Giveaway by Miminadam
Alhamdulullah kak. rezeki meninggalkan komen di status Tuan Denaihati tempoh hari. Nik pun tak sangka.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tersenarai dalam contest cabaran iphone 5s blog Denaihati.com
Ada lagu tema pulak dekat blog tuer.
Curahan rasa Norhayati Suaib @ ..Puting Luka Atau Cracked Nipple Semasa Menyusukan Bayi
bagi setengah orang lagu-lagu juga sedikit sebanyak mengganggu….
Curahan rasa Denaihati @ ..Bagaimana memasukkan table ke dalam artikel
hahaa.. LAGU KEGEMARAN sebenarnya tu. Tapi dah buang dah. Demi masa depan blog yang lebih baik… gituuu. 🙂
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tersenarai dalam contest cabaran iphone 5s blog Denaihati.com
tip yang boleh di kongsi bersama-sama tq tuan blog denaihati
Curahan rasa nornazliana @ ..Mewajibkan ‘Forward’ Sms, Email dan Surat Berantai
penulisan blog yang santai dan bersahaja lebih menarik dan jangan terlalu memenatkan..untuk si pembaca..kurangkan pengunaan link atau ads..bagi memastikan pengunjung lebih selesa berada diblog anda..
Curahan rasa kie @ ..Win to Old Trafford VIP Football Match
Saya sependapat dgn saudara/i kie. Dan seboleh mungkin kat blog, saya cuba menulis secara santai. Kalau boleh nak pembaca pun turut mengangguk atau menggeleng jika setuju atay sebaliknya dengan apa yang saya tulis.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Iri
bagus tips ni.
boleh apply untuk penulisan saya nanti…terima kasih
Curahan rasa maria awi @ ..Waktu Terbaik Daftar Sebagai Ahli SHAKLEE
silakan dan semuga blog lebih ramai pengunjung dan semuga sukses nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..4 Cara Dapat Pendapatan RM3,000 Konsisten Setiap Bulan
trima kasih atas tips2 berguna ini.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Mealshake Tidak Selamat?
bagus tipsnya.sekurang-kurangnya saya pun boleh belajar dari sini…
Curahan rasa mai has @ ..19 Cara Merancang dan Mendidik Anak Soleh
bagus tips ni..boleh guna kat blog saya plak..thanks
Curahan rasa nord @ ..Berat Turun 10Kg dan Hamil dengan Set Kurus Shaklee [TESTIMONIALS]
untungnya kena review..dapat trafik kencang lepas ini
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Barrack Obama Pun Mandi Ais
ALHAMDULILLAH… hhahahaha. jemput hero borneo singgah dan singgah untuk tambahkan trafik yang kencang tu.. 🙂
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..SepiSunyi
Bestnyer kalau boleh kene review macam ni juga 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..SEO: Cara Nak Index WordPress Site Supaya Mesra Google
Comments are closed.