Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tempoh hari, salah seorang blogger tanahair telah menyatakan hajatnya untuk mendapatkan review lengkap mengenai blog beliau. Sedikit pengenalan mengenai blogger Fatihah Fazlin.
Pada awalnya blog Fatihah atau nama sebenar Nik Nurfatihah ini dibuka dengan perancangan untuk menulis bersama adiknya Nik Nurfazlin. Namun disebabkan adiknya kurang minat untuk menulis, Fatihah meneruskan blog ini bersendirian. Gadis berusia 23 tahun ini gemar untuk berkongsi kisah kehidupan dalam blog peribadi beliau.
Review blog FatihahFazlin333.blogspot.com
Terlebih dahulu, saya akan ulas mengenai bahagian teknikal. Penilaian awal menggunakan gtmetrix.com menunjukkan markah yang agak rendah. Sebahagian besar adalah berpunca daripada penggunaan gambar yang tidak dikecilkan terlebih dahulu.
Kebanyakan gambar menggunakan saiz yang terlalu besar, 1600×1600 walaupun dalam artikel, paparan hanya menggunakan saiz 400×400 (salah satu daripada beberapa gambar yang digunakan). Perkara ini akan menyebabkan loading blog kita menjadi lambat, disebabkan saiz gambar sepenuhnya akan digunakan.
Cara mudah untuk mengecilkan gambar secara pukal adalah dengan menggunakan tools percuma Windows Image Resizer, hanya perlu install dan kemudian right-click pada gambar yang ingin dikecilkan, dan option untuk resize pictures akan terpapar.
Selain itu, sekiranya kita meletakkan gambar, terutama yang berkaitan dengan paparan layout/theme, sebaiknya kita meletakkan saiz lebar dan tinggi gambar tersebut. Namun begitu, ini ada pengecualian untuk beberapa kes tertentu. Dalam konteks blog FatihahFazlin ada banyak yang lebih baik ditetapkan saiz lebar dan tinggi gambar.
Penggunaan disable highlight
Fungsi disable highlight ini adalah perkara yang hanya akan merugikan kita sebagai blogger. Walaupun tujuan utama mungkin untuk mengelakkan individu lain daripada menyalin artikel kita. Namun begitu ada kesan berpanjangan lain yang akan merugikan kita. Boleh rujuk artikel 3 Sebab kenapa disable right-click merugikan blogger untuk penerangan lanjut.
Open in new tab/window
Semua link dalam blog ini set target sebagai blank (buka di new tab/window). Walaupun ada yang merasakan ini perkara yang perlu dilakukan, tetapi saya merasakan perkara ini hanya menyebabkan ketidakselesaan kepada pembaca.
Sekiranya saya sebagai pembaca, ingin melayari blog ini, dan kebiasaannya memang browser saya dah ada banyak tab, penambahan tab yang tidak perlu ini hanya akan membuatkan saya ingin beredar lebih awal.
Navigasi blog
Pada bahagian bawah header yang cantik itu, terdapat sistem navigasi untuk kemudahan pengunjung. Namun ada 2 link yang sama dengan ayat berbeza, iaitu “Home” dan “Mencari jalan pulang”.
Menu “Mencari jalan pulang” itu sedikit sebanyak memberikan tanda tanya kepada saya, kenapa ianya ada disitu, selepas klik baru saya perasan ianya hanya ke halaman utama. Mungkin boleh padam atau gantikan dengan pautan yang berlainan.
Rumusan, cadangan dan tambahbaikan
Secara keseluruhan, penulisan artikel yang santai, penggunaan warna biru muda sebagai tema blog ini, memberikan pengalaman membaca yang menyelesakan. Cuma untuk pembaca yang lebih berumur, saiz font mungkin agak kecil, ini berdasarkan pengalaman saya menguruskan beberapa blog yang empunyanya lebih berumur.
Mereka lebih gemar membaca atau melayari blog yang mempunyai saiz tulisan yang lebih mudah untuk dibaca. Boleh cuba tanya emak atau sesiapa yang lebih tua dalam keluarga maklum balas daripada mereka semasa mengubahsuai saiz font tersebut.
Selain itu, ada beberapa elemen-elemen SEO yang tidak diambil berat. Tiada H1 tag dalam template yang digunakan, site description pun tidak ditemui.
Jumlah links dalam halaman utama juga terlalu banyak, cuba kurangkan dan kekalkan dalam linkungan 100 links untuk internal dan external link. Ini akan memberikan kesan yang lebih baik pada prestasi blog.
Selain itu, saya cadangkan supaya daftar domain untuk digunakan bersama-sama akaun blogspot tersebut. Ini akan memberikan kita peluang untuk melangkah lebih jauh dalam bidang ini. Modal untuk pendaftaran domain dot com tidaklah terlalu mahal.
Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan, boleh ajukan di ruangan komen. Saya doakan sis Fatihah akan terus menulis dan menjadi blogger yang berjaya di persada alam maya tanahair dan antarabangsa.
505 Comments
Seronoknya dapat review dari team denaihati.
Bertuah sungguh. Hajat yang telah tertunai. Tahniah pada blogger muda tersebut.
Curahan rasa mohdridzwan @ ..Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris
Dan saya adalah blogger tu.. hehehehe. 🙂 terima kasih.
terima kasih juga team denaihati.
Sama-sama kita manfaatkan tips dan teguran dari review ni. 🙂
Hahaha…baru perasan yang kamu adalah blogger bertuah tu.
Tahniah…tahniah..tahniah…teruskan dengan usaha yang terbaik memperbaiki sedikit saja lagi based on apa yang telah dicadangkan. Bukan senang juga dapat peluang terbaik ni.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
wah ada ruangan review sekarang ni
Curahan rasa zool @ ..Pencapaian Ogos dan Perancangan September 2014
Allhamdulliah saya dapat belajar sesuatu hari ini..Terima kasih Tim Denaihati
zaman newbie dulu pernah jugak disable right click.. lepas tahu keburukan dia terus enable.
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Dah buang disable right click tu… hehehhe. Sebelum ni buat sebab nak ‘jaga’ e-novel yang nik tulis tu.. hehehehe. terima kasih atas teguran dari bro eizil.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tersenarai dalam contest cabaran iphone 5s blog Denaihati.com
Samalah..wan pun enable dulu script tu kat blog. Sebab nampak ada yang dah terkena copy-paste ni. Mereka-mereka tu pun bukan blogger biasa. Marah jugak la tengok komen mereka di FB.
Tapi atas nasihat dari Tuan Eizil (coach online), wan dan disable. Kena fikir tentang manfaat melebihi kelemahan.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Review mantap dari Denai Hati. Puas hati baca!
Untung dapat review percuma.
Curahan rasa Mira Alwani @ ..Baju Kurung Moden Paisley Blocking
blogger lain dapat ilmu percuma!
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Selamat Pengantin Madu di Tv3
memang puas hati. TERBAIK!!! bLOGGER lain pun boleh manfaatkan review ni. Baiki kelemahan blog kita yang kita sendiri tak sedar.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tersenarai dalam contest cabaran iphone 5s blog Denaihati.com
suka lak aku baca ulasan drp bro eizil ni..penuh dgn teknikal..nk suh komen blog aku lak la..
Curahan rasa JMR @ ..Tumbuk ‘photographer’.
dulu blog saya disable highlight dan right-click.. tapi sekarang dah on balik…. hehehe…. eshamz pon akan gunakan gtmetrix.com untuk menilai berat blog, broken link, css dan lain-lain lagi…
Curahan rasa cheq eem @ ..Layanan Bagaikan Seorang Puteri Di Spa Shangri-La Putrajaya
Sebuah ulasan yang padu oleh DenaiHati. Blogger lain pun patut take note juga.
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Orang Miskin Dilarang Sakit
ulasan dari Eizil, orang kuat team. betul, blogger lain ceduk tip-tip beliau…
Curahan rasa Denaihati @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Terima kasih kongsikan…leh la ambil satu dua tips untuk diaplly dalam blog..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Wordless Wednesday #93 â Tolong Jawabkan
wah… camna nak direviewkan blog dkna nie ek? hehehe
Curahan rasa dkna abza @ ..Cabaran 30 Hari | Hari Ke-3 : Perkara Yang Menguatkan Dkna
Salam Eizil..
Nak kena singgah sendiri tengok blog adik Nurfatihah ni..apa pun ulasan yang bagus Eizil..harap adik Nurfatihah akan terus maju jaya di dalam dunia blog..
All The Best!
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Dedahkan Blog Di Mata Pengiklan Dengan Advertorial.MY
Jemputlah singgah blog saya saudara hairul azni. 🙂 huhu
dan terima kasih untuk doanya.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tersenarai dalam contest cabaran iphone 5s blog Denaihati.com
saya kurnag tahu bab review tapi suka mencuba juga
Curahan rasa suri @ ..Kisah Tetamu Allah : Si Ulat Beluncas Kembar
Wah mantap…. bisa review blog punya saya…. thanks
Curahan rasa tips cara artikel cepat terindeks google @ ..Tips Cara Agar Artikel Cepat Terindeks Google
salam admin..ni review berbayar ek?
brape yer admin caj utk satu entri?
Curahan rasa Amir @ ..Besar seksok saya nak keje gomen
betul tuh, saya pun nak tahu samada review berbayar x, kalau berbayar nak tahu berapa harganya.. 🙂
Curahan rasa Rujukan Akauntan @ ..Panduan Hadir Temuduga Penolong Akauntan W27
aik.mustahil tak pernah dapat ongos riview berbayar hee… ..
Curahan rasa suri @ ..Gigitan Berair Hymenopetrous Formicidae
Review ni bukan review berbayar, tetapi salah seorang yang menang cabaran yang dianjurkan oleh Denaihati Network.
InsyaALLAH aktiviti review ini akan diteruskan dari masa ke semasa, boleh ikuti semua aktiviti Denaihati Network di Facebook dan blog.
Curahan rasa Eizil @ ..3 Sebab kenapa disable right-click hanya merugikan blogger
Salam ….
Info yang amat berguna bagi blogger baru…macam saya. ni. Saya pun masih kurang ilmu dalam dunia ini. Alhamdulillah dapat banyak info daripada blog Denaihati ni…mungkin boleh ulas blog saya juga…
Curahan rasa ummi naimie @ ..TAWARAN HEBAT SUPER SUPREME SHAKLEE
Comments are closed.