Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tempoh hari, salah seorang blogger tanahair telah menyatakan hajatnya untuk mendapatkan review lengkap mengenai blog beliau. Sedikit pengenalan mengenai blogger Fatihah Fazlin.
Pada awalnya blog Fatihah atau nama sebenar Nik Nurfatihah ini dibuka dengan perancangan untuk menulis bersama adiknya Nik Nurfazlin. Namun disebabkan adiknya kurang minat untuk menulis, Fatihah meneruskan blog ini bersendirian. Gadis berusia 23 tahun ini gemar untuk berkongsi kisah kehidupan dalam blog peribadi beliau.
Review blog FatihahFazlin333.blogspot.com
Terlebih dahulu, saya akan ulas mengenai bahagian teknikal. Penilaian awal menggunakan gtmetrix.com menunjukkan markah yang agak rendah. Sebahagian besar adalah berpunca daripada penggunaan gambar yang tidak dikecilkan terlebih dahulu.
Kebanyakan gambar menggunakan saiz yang terlalu besar, 1600×1600 walaupun dalam artikel, paparan hanya menggunakan saiz 400×400 (salah satu daripada beberapa gambar yang digunakan). Perkara ini akan menyebabkan loading blog kita menjadi lambat, disebabkan saiz gambar sepenuhnya akan digunakan.
Cara mudah untuk mengecilkan gambar secara pukal adalah dengan menggunakan tools percuma Windows Image Resizer, hanya perlu install dan kemudian right-click pada gambar yang ingin dikecilkan, dan option untuk resize pictures akan terpapar.
Selain itu, sekiranya kita meletakkan gambar, terutama yang berkaitan dengan paparan layout/theme, sebaiknya kita meletakkan saiz lebar dan tinggi gambar tersebut. Namun begitu, ini ada pengecualian untuk beberapa kes tertentu. Dalam konteks blog FatihahFazlin ada banyak yang lebih baik ditetapkan saiz lebar dan tinggi gambar.
Penggunaan disable highlight
Fungsi disable highlight ini adalah perkara yang hanya akan merugikan kita sebagai blogger. Walaupun tujuan utama mungkin untuk mengelakkan individu lain daripada menyalin artikel kita. Namun begitu ada kesan berpanjangan lain yang akan merugikan kita. Boleh rujuk artikel 3 Sebab kenapa disable right-click merugikan blogger untuk penerangan lanjut.
Open in new tab/window
Semua link dalam blog ini set target sebagai blank (buka di new tab/window). Walaupun ada yang merasakan ini perkara yang perlu dilakukan, tetapi saya merasakan perkara ini hanya menyebabkan ketidakselesaan kepada pembaca.
Sekiranya saya sebagai pembaca, ingin melayari blog ini, dan kebiasaannya memang browser saya dah ada banyak tab, penambahan tab yang tidak perlu ini hanya akan membuatkan saya ingin beredar lebih awal.
Navigasi blog
Pada bahagian bawah header yang cantik itu, terdapat sistem navigasi untuk kemudahan pengunjung. Namun ada 2 link yang sama dengan ayat berbeza, iaitu “Home” dan “Mencari jalan pulang”.
Menu “Mencari jalan pulang” itu sedikit sebanyak memberikan tanda tanya kepada saya, kenapa ianya ada disitu, selepas klik baru saya perasan ianya hanya ke halaman utama. Mungkin boleh padam atau gantikan dengan pautan yang berlainan.
Rumusan, cadangan dan tambahbaikan
Secara keseluruhan, penulisan artikel yang santai, penggunaan warna biru muda sebagai tema blog ini, memberikan pengalaman membaca yang menyelesakan. Cuma untuk pembaca yang lebih berumur, saiz font mungkin agak kecil, ini berdasarkan pengalaman saya menguruskan beberapa blog yang empunyanya lebih berumur.
Mereka lebih gemar membaca atau melayari blog yang mempunyai saiz tulisan yang lebih mudah untuk dibaca. Boleh cuba tanya emak atau sesiapa yang lebih tua dalam keluarga maklum balas daripada mereka semasa mengubahsuai saiz font tersebut.
Selain itu, ada beberapa elemen-elemen SEO yang tidak diambil berat. Tiada H1 tag dalam template yang digunakan, site description pun tidak ditemui.
Jumlah links dalam halaman utama juga terlalu banyak, cuba kurangkan dan kekalkan dalam linkungan 100 links untuk internal dan external link. Ini akan memberikan kesan yang lebih baik pada prestasi blog.
Selain itu, saya cadangkan supaya daftar domain untuk digunakan bersama-sama akaun blogspot tersebut. Ini akan memberikan kita peluang untuk melangkah lebih jauh dalam bidang ini. Modal untuk pendaftaran domain dot com tidaklah terlalu mahal.
Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan, boleh ajukan di ruangan komen. Saya doakan sis Fatihah akan terus menulis dan menjadi blogger yang berjaya di persada alam maya tanahair dan antarabangsa.
505 Comments
Perghh untung ooo dapat review cenggini ..
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Kertas Bahasa Inggeris UPSR 2014 Pula Bocor!
Alhamdulillah.. memang beruntung. Kalau sifu HH nak review blog tu sekali lagi kat blog pun boleh.. hahhaa… 🙂
Bro HH, jemputlah singgah ke blog wan. Review sikit-sikit tengok mana yang leh improve. Walaupun bro HH sifu blogspot, as overall tak salah kot. Hehehe…
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
waalaikumsalam, jadi ingat dulu waktu pertama kali membuat blog saiz gambar yang saya upload juga besar-besar sehingga memperlambat loading blog yang akan membuat visitor tidak mau lama-lama berkunjung. terima kasih sudah berbagi artikel yang menarik ini.
Curahan rasa yandi @ ..Penyebab Penyakit Asma
Hmm memang kena resize …. dah resize tetapkan pula dalam blog saiz gambar tu … supaya cekap loading dan sah HTML3.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Kertas Bahasa Inggeris UPSR 2014 Pula Bocor!
apa maksud sah HTML3 Tu ye. Walaupun dah dekat 2 tahu berblog, tapi masih tak pandai pasal kod dan sebaginya. Banyak juga istilah yang saya tak tahu dan faham. huhu.. mohon tunjuk ajar dari otai.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tersenarai dalam contest cabaran iphone 5s blog Denaihati.com
Nik guna blgospot kan? Boleh rujuk blog Hasrul Hassan. Beliau tu sifu blogspot. Terjah cari ilmu kat sana. Banyak tips. Kalau rasa malu, leh google jerk. Ramai juga blogger yang expert.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
terima kasih atas tips berguna
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Mealshake Terbaik Untuk Anak-anak
salam kenal fazlin salam hangat dari saya .. keep posting
Curahan rasa Karimunjawa @ ..Paket Karimunjawa Tahun Baru Januari 2015
Salam kenal. insyaallah akan terus berblog selagi berkudrat. Sebab minat saya adalah menulis. 🙂 jemputlah singgah di blog saya..http://fatihahfazlin333.blogspot.com/
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tersenarai dalam contest cabaran iphone 5s blog Denaihati.com
terima kasih saya dari jepara indonesia kota paling ujung utara di pulau jawa
kalau ke indonesia mampir ya heheh salam blogger dari indonesia
assalamu’alaikum
http://www.infokarimunjawa.com/
Wah blog saya juga saya setting disable right click, ternyata ini bisa merugikan kita. Saya baru tahu itu
Review blog diatas bisa saya jadikan acuan untuk blog saya juga. Terima kasih…
Curahan rasa Toni @ ..Penyakit Berbahaya Akibat Konsumsi Air Tercemar
Saya bab click yang disable ni memang dari dulu tak berkenan … bukan apa, ia seperti halang ilmu itu untuk berkembang …. walaupun pada masa sama tak suka dengan copy paste.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Cabaran Didik Anak Perempuan
bestnya… bagaimana nk buat permohonan untuk review blog sy pula ya?
Curahan rasa ieta mat saad @ ..Cabaran 30 hari | Hari 5 | 3 Perkara yang ingin anda katakan kepada bekas kekasih anda
Kak ieta.. saya komen dekat post tuan Dh masa kat fb hari tu. Tuan Dh kemukan soalan apa hajat blogger yang belum terlaksana dan tercapai. Saya jawab nak tuan dh follow dan review blog sy.. hehhe.. tak sangka pulak betul2 kena review. Dan alhamdulillah, tips dari review ni mmg saya pandang serius dan bakal perbaiki blog saya dari semasa ke semasa. Cuma sekarang keadaan masih belum mengizinkan sebab laptop tiada. Update entry pun guna handfon.
Terima kasih di atas perkongsian maklumat ini.. banyak juga manfaat yang saya dapat daripada review ini..
Curahan rasa Abang Rawi @ ..3 Cara Mudah Semakan Calon PLKN 2015 Siri ke-12
Byk juga tips yg baru ambe tahu.
thanks bro eizil!
Curahan rasa hafizmd @ ..Peperiksaan PTD M41. Lulus tapisan awal!
Beruntung sdri Fatihah. Sekiranya tidak keberatan, mohon review blog saya juga
Alhamdulillah.. REZEKI.. banyak tips dan teguran membina yang telah saudara Eizil kemukakan. semoga bermanfaat untuk kita semua. 🙂
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tersenarai dalam contest cabaran iphone 5s blog Denaihati.com
baru tersedar kewujudan review ni. Jutaan terima kasih Tuan Denaihati, tak sangka permintaan kecil ni di pandang..huuhu. insyaallah nik akan terus majukan diri dlm dunia blogging. segala teguran Tuan akan diperhalusi.. terima kasih…
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..10 Day Challenge| Day 5: 5 Foods
Semoga lebih banyak blog yang akan menyebarkan mesej baik di ketengahkan
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Tudung Labuh Untuk Umrah Dan Haji
Amin.. Tujuan asal nik berblog dulu pun mahu berkongsi perkara-perkara yang memberi kebaikan untuk semua.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tersenarai dalam contest cabaran iphone 5s blog Denaihati.com
Ikhlas itu kan penting. Inilah hasilnya. Tingkatkan usaha. Ramai yang menyokong blogger-blogger ni. Tak kira baru atau lama. Sama-sama akan berjaya.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Menarik betul ada review blog baru macam ni
Bagi lebih galakan untuk maju
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Tudung Bawal Labuh Ombre Dari Puan Junaida
untunglah sebab ada orang reviewkan blog tuan tanah sana
Betul, memang untung sangat. Tak perlu bayarkan
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Tudung Labuh Untuk Umrah Dan Haji
ALHAMDULILLAH.. memang julung kali blog nik direview oleh blogger hebat.. Kalau sudi, singgah-singgahlah blog nik, tinggalkan komen atau jejak, insyaallah nik balas. salam ukhwah mazni dan suri 🙂
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tersenarai dalam contest cabaran iphone 5s blog Denaihati.com
Setiap kali baca review blog, pengriview tu pasti cadangkan penggunaan blog dot com.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Wakaf Pahala vs Wakaf Dosa
Semoga kita semua belajar dari segemen review ini
Sama sama dapat kebaikan
Insyaallah
Curahan rasa Hasnul Mutawif @ ..Kebaikan dan Kekurangan Pakej Umrah Andalusia Travel Part 1
Kan? DULU PERNAH TERFIKIR NAK TUKAR DOMAIN JUGAK, TAPI HASRAT TERTANGGUH. SEKARANG DALAM PERANCANGAN BALIK NI. insyaallah tak lama lagi akan tukar.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tersenarai dalam contest cabaran iphone 5s blog Denaihati.com
Dia punya content/isi tak kena review ehhh?
Apa-apa pun nanti kawe lak check. Tapi bab teknikal tu mmg spot-on sbb pakar yg nilaikan.
Err bila nak review blog kawe?.. Adehhh
Blog menarik ni. Nak kena ziarah tengok juga.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Rahsia Blogger Buat Duit Menerusi Penulisan Review Terbongkar!
hehehe. jemput ziarah ye. banyak-banyak kali pun takpe. Tuan blog FATIHAH FAZLIN tak marah.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tersenarai dalam contest cabaran iphone 5s blog Denaihati.com
tahniah denaihati terutama bro eizil kerana berjaya menyempurnakan hajat blogger fatihah fazlin. Semoga Allah memberkati tuan dan dapat membantu lebih ramai blogger lain juga. Tahniah
Curahan rasa ainun @ ..Jari Bengkak Bangun Tidur
Aminn…Semoga review dari saudara eizil membantu kita semua untuk lebih maju dalam bidang ni. Nik pun masih baru dalam bidang ni, masih memerlukan banyak tunjuk ajar dari senior2 semua, 🙂
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tersenarai dalam contest cabaran iphone 5s blog Denaihati.com
Comments are closed.