Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tempoh hari, salah seorang blogger tanahair telah menyatakan hajatnya untuk mendapatkan review lengkap mengenai blog beliau. Sedikit pengenalan mengenai blogger Fatihah Fazlin.
Pada awalnya blog Fatihah atau nama sebenar Nik Nurfatihah ini dibuka dengan perancangan untuk menulis bersama adiknya Nik Nurfazlin. Namun disebabkan adiknya kurang minat untuk menulis, Fatihah meneruskan blog ini bersendirian. Gadis berusia 23 tahun ini gemar untuk berkongsi kisah kehidupan dalam blog peribadi beliau.
Review blog FatihahFazlin333.blogspot.com
Terlebih dahulu, saya akan ulas mengenai bahagian teknikal. Penilaian awal menggunakan gtmetrix.com menunjukkan markah yang agak rendah. Sebahagian besar adalah berpunca daripada penggunaan gambar yang tidak dikecilkan terlebih dahulu.
Kebanyakan gambar menggunakan saiz yang terlalu besar, 1600×1600 walaupun dalam artikel, paparan hanya menggunakan saiz 400×400 (salah satu daripada beberapa gambar yang digunakan). Perkara ini akan menyebabkan loading blog kita menjadi lambat, disebabkan saiz gambar sepenuhnya akan digunakan.
Cara mudah untuk mengecilkan gambar secara pukal adalah dengan menggunakan tools percuma Windows Image Resizer, hanya perlu install dan kemudian right-click pada gambar yang ingin dikecilkan, dan option untuk resize pictures akan terpapar.
Selain itu, sekiranya kita meletakkan gambar, terutama yang berkaitan dengan paparan layout/theme, sebaiknya kita meletakkan saiz lebar dan tinggi gambar tersebut. Namun begitu, ini ada pengecualian untuk beberapa kes tertentu. Dalam konteks blog FatihahFazlin ada banyak yang lebih baik ditetapkan saiz lebar dan tinggi gambar.
Penggunaan disable highlight
Fungsi disable highlight ini adalah perkara yang hanya akan merugikan kita sebagai blogger. Walaupun tujuan utama mungkin untuk mengelakkan individu lain daripada menyalin artikel kita. Namun begitu ada kesan berpanjangan lain yang akan merugikan kita. Boleh rujuk artikel 3 Sebab kenapa disable right-click merugikan blogger untuk penerangan lanjut.
Open in new tab/window
Semua link dalam blog ini set target sebagai blank (buka di new tab/window). Walaupun ada yang merasakan ini perkara yang perlu dilakukan, tetapi saya merasakan perkara ini hanya menyebabkan ketidakselesaan kepada pembaca.
Sekiranya saya sebagai pembaca, ingin melayari blog ini, dan kebiasaannya memang browser saya dah ada banyak tab, penambahan tab yang tidak perlu ini hanya akan membuatkan saya ingin beredar lebih awal.
Navigasi blog
Pada bahagian bawah header yang cantik itu, terdapat sistem navigasi untuk kemudahan pengunjung. Namun ada 2 link yang sama dengan ayat berbeza, iaitu “Home” dan “Mencari jalan pulang”.
Menu “Mencari jalan pulang” itu sedikit sebanyak memberikan tanda tanya kepada saya, kenapa ianya ada disitu, selepas klik baru saya perasan ianya hanya ke halaman utama. Mungkin boleh padam atau gantikan dengan pautan yang berlainan.
Rumusan, cadangan dan tambahbaikan
Secara keseluruhan, penulisan artikel yang santai, penggunaan warna biru muda sebagai tema blog ini, memberikan pengalaman membaca yang menyelesakan. Cuma untuk pembaca yang lebih berumur, saiz font mungkin agak kecil, ini berdasarkan pengalaman saya menguruskan beberapa blog yang empunyanya lebih berumur.
Mereka lebih gemar membaca atau melayari blog yang mempunyai saiz tulisan yang lebih mudah untuk dibaca. Boleh cuba tanya emak atau sesiapa yang lebih tua dalam keluarga maklum balas daripada mereka semasa mengubahsuai saiz font tersebut.
Selain itu, ada beberapa elemen-elemen SEO yang tidak diambil berat. Tiada H1 tag dalam template yang digunakan, site description pun tidak ditemui.
Jumlah links dalam halaman utama juga terlalu banyak, cuba kurangkan dan kekalkan dalam linkungan 100 links untuk internal dan external link. Ini akan memberikan kesan yang lebih baik pada prestasi blog.
Selain itu, saya cadangkan supaya daftar domain untuk digunakan bersama-sama akaun blogspot tersebut. Ini akan memberikan kita peluang untuk melangkah lebih jauh dalam bidang ini. Modal untuk pendaftaran domain dot com tidaklah terlalu mahal.
Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan, boleh ajukan di ruangan komen. Saya doakan sis Fatihah akan terus menulis dan menjadi blogger yang berjaya di persada alam maya tanahair dan antarabangsa.
505 Comments
wahh..
kasi review blog gua jugaklahh. hoho..
Ps: Nama domain panjang. Susah gua nak ingat.
Curahan rasa titan @ ..Komisen Pertama dari Advertorial.MY
ya juga, agak panjang nama domainnya….di cadangkan supaya daftar domain untuk digunakan bersama-sama akaun blogspot ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Kembalinya arwah Hasni Hardi mangsa tragedi MH17
Saya ada terfikir untuk tukar domain jugak. Tapi masih belum berkesempatan.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tersenarai dalam contest cabaran iphone 5s blog Denaihati.com
Kalau tunggu kesempatan tu datang memang lambat lagi la tindakan. Terus dengan langkah seterusnya. Daftarlah terus domain yang dikehendaki. Itupun kalau betul-betul dah serius lah untuk berblogging ni.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
wow… blogger2 lain pun boleh dapat ilmu dari entry.
tq!
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Teknik penyampaian ilmu dua hala jugak la proses review ni. Di samping owner blog dapat improve, orang lain juga dapat ilmu untuk buat semakan blog sendiri.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
terima kasih kerana kongsi ilmu… review ni bukan untuk tuan blog saja. blogger lain pun boleh buat rujukan…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Kepala Pening Mahu Tumbang
mudahan semua dapat manfaatnya. banyak blog lain ada perkara yang serupa juga…apapun terpulang pada tuan tanah…
Curahan rasa Denaihati @ ..4 Cara Dapat Pendapatan RM3,000 Konsisten Setiap Bulan
Semoga tuan tanah dapat manfaatkan review kali ini. Bukan senang nak dapatkan review dari orang berpengalaman. Team denaihati ni pun bukan calang-calang juga. Abang Ensem pun lahir dari sini.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Wah betul2 terperinci blog direview. Memang terbaik. Disamping review tu ada jugak tips2 yang berguna..
Wah.. bestnya dpt review blog oleh blogger2 yg pkr dlm bidg ni. Boleh menambah baik blog sendiri juga.
(y)
Curahan rasa Syaza @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
terima kasih perkongsian nya boleh di guna pakai juga nieh …
tapi kan rasa macam nak team denaihati review saya punya blog jugak lah 🙂
Curahan rasa namiacinta @ ..Bukan Tempat Jatuh Bukan Juga Tempat Tinggal
Wan pun nak di-review juga kalau boleh. Harap-harap ada la yang sudi singgah ke blog wan untuk review. Pasti satu kepuasan juga. Wan nak improve supaya orang boleh stay lama baca entry di blog, bounce rate teruk sangat.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Nak jugaklah rjika ada yang review blog saya. Hendak sangat otai-otai blogger Malaysia review blog saya. Ada sesiapa blogger team Denaihati yg sudi review blog saya. Apa macam ada sambutan tak?
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Piala Malaysia 2014: Keputusan Terkini Piala Malaysia 2 September 2014
teringin jugak nak kena review oleh otai.. nak tahu mana silap, boleh perbetulkan. 🙂
Curahan rasa nikkhazami @ ..Review Buku – The Fault In Our Stars
memang ramai nak kalau nak direview…heee. InsyaAllah mungkin masa lain akan datang.
Curahan rasa Denaihati @ ..YES 4G Tawarkan Tablet Acer Iconia One 7 secara PERCUMA
wow bestnye dapat review dari denaihati..
untuk rakan blogger, tips yang di berikan ni bukan saya untuk adik fatihah..
kita juga boleh praktikkan..
scan your blog and change!..ok
Curahan rasa Norfanil @ ..My journey begin
boleh scan blog masing-masing, mana-mana yang sesuai bolehlah tambahbaikan…
Curahan rasa Denaihati @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
entri ni boleh dijadikan panduan untuk buat review blog…dan kepada tuan blog untunglah sebab otai yang buat review..semoga terus maju
Alhamdulillah…tambah ilmu hari ini
T.kasih sifu eizil
Curahan rasa cikgu naman @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41
review yang amat menarik..jika nak serius dalam blogging boleh ambil kira review ini..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Nak Berjaya Mesti Serius Giler!
review yang terbaik… boleh dijadikan tips kita bersama…
Curahan rasa calrasepatrick @ ..SEGMEN: Kapas Putih September Bloglist
kadang2 dengan review dari blog tuan denaihati memberi impak yang berguna jugak untuk bloger-bloger yang lain..hahah nnt review blog lain pulak ya nk kutip tips yang berharga..
Curahan rasa nornazliana bt ab razak @ ..Makanan Favorite Rakyat Malaysia
kalau ada persamaan tu kira samalah reviewnya… mungkin boleh tambahbaikan…
Curahan rasa Denaihati @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Nak sangat Team Denaihati review blog saya. Walaupun banyak belajar tapi masih byk yang kurang dengan ilmu blogger.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Piala Malaysia 2014: Jadual Perlawanan Piala Malaysia 2 September 2014
harap DH buat banyak review lagi lepas ni, boleh tambah ilmu.. hehe..
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
wah.. terbaik review blog fatihah.
orang yang membaca juga boleh applykan nasihat kpd fatihah utk diri sendiri…
Curahan rasa sohoque @ ..Ikuti Kisah Ahli Silap Mata Houdini Di HISTORY Channel
betul, contohnya disable fungsi right-klik ada yang masih gunakan…
Curahan rasa Denaihati @ ..Review lengkap blog adik beradik Fatihah Fazlin
Comments are closed.