Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, seperti yang diumumkan dalam group Denaihati Network satu entri review blog terpilih yang menjadi pengomen ke-200K akan dipublish di blog Denaihati. Tahniah diucapkan kepada Halif, pemilik blog untuqsemua.blogspot.com yang akan direview kali ni. Joom sama-sama kita baca review Blog Untuk Semua.
Salam kepada semua rakan blogger sekalian. Saya doakan semuanya sihat-sihat belaka dan masih lagi boleh mengawal tuntutan dan desakan hidup seharian. Ada yang mungkin mengalami masalah bekalan air dan ada juga yang hidup dalam berhati-hati dek kerana ribut Sonamu yang diramal akan melanda pantai timur. Semoga Malaysia negara tercinta bebas dari belenggu ancaman dan malapetaka baik yang semulajadi mahupun ciptaan manusia. Kita juga doakan kepada tuhan agar seluruh dunia selamat dan terhindar daripada kekejaman dan sifat ketidakperikemanusiaan manusia yang rakus. Semoga manusia dipenuhi dengan kasih sayang, hormat menghormati dan tolong menolong sesama insan.
Bercakap perihal tolong menolong ini, penulis berpeluang membuat review tentang Blog Untuk Semua hasil ‘pertolongan’ saudara Denaihat (DH) yang budiman. Sesungguhnya peluang sebegini memang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Ini juga berlaku diluar ekspektasi dan kawalan penulis. Terkejut. Tiba-tiba sahaja dapat arahan dari saudara DH untuk DM (Direct Message) beliau sempena kejayaan menjadi pengomen blog DH yang ke 200k. Banyak tuh. Bilala agaknya Blog Untuk Semua (US) berjaya mencecah angka sebegitu.
Baiklah, bagi mereka yang belum pernah mengenali kewujudan Blog US ini, salam perkenalan daripada penulis untuk anda semua. Blog ini diwujudkan sebenarnya adalah ingin turut sama memeriahkan dunia blogging tempatan dan juga bereksperimentasi terhadap kuasa yang ada dalam blog. Sebab ada yang mengatakan dengan blogging boleh menjadi sumber pendapatan utama dan juga sampingan. Ada yang katakan dengan blog boleh membina sesawang strategik (strategic networking) dengan insan-insan istimewa. Dengan blogging juga banyak pintu-pintu peluang terbuka luas. Baik dalam perniagaan mahupun ilmu duniawi dan akhirat. Dan yang paling penting dengan berblog ada yang dapat lari daripada Rat Race rutin harian habit semua manusia. Jadinya, Blog US terbina adalah disebabkan faktor-faktor tadi.
Apa pengisian Blog US?
Blog ini merupakan catatan peribadi penulis terhadap semua isu-isu yang berlaku didalam mahupun diluar negara disamping sebagai wadah tempat perkongsian ilmu pengetahuan yang penulis ada yang sebenarnya hanya cetek jika nak dibandingkan dengan ilmu tuhan. Sesuai dengan taglinenya ‘Pencerahan melalui Pengamatan, Pemerhatian dan Pengalaman’ maka seboleh mungkin penulis ingin berkongsikan sesuatu untuk semua pembaca. Penulis masih lagi belajar ilmu blogging dan pernah bereksperimen dengan hosting dan domain berbayar. Tetapi beralih semula ke platform blogspot kerana merasakan tidak berbaloi sebab tidak dapat maksimumkan penggunaan domain dan hosting tersebut ditambah dengan kekhilafan penulis untuk memahami aspek teknikal yang ada tersebut.
Penulis akan berkongsi ilmu kesihatan sekali sekala dan juga boleh jadi 2 3 kali kala jika ada yang request sebab penulis rasa penulis mempunyai akses terhadap ilmu perubatan dengan agak luas. Jika ada sebarang persoalan mengenai ubat-ubatan bolehlah diutarakan. Ini sebagai Corporate Social Responsibility (CSR) yang boleh penulis lakukan untuk memberi semula sesuatu kepada masyarakat yang telah membayar (melalui taxes) yuran pengajian penulis ketika masih menuntut di universiti dulu. Jika inginkan nasihat perubatan yang spesifik mungkin penulis terpaksa bertanyakan kepada isteri terlebih dahulu kerana beliau mempunyai tauliah ilmu perubatan yang sah. Penulis hanya memiliki ilmu farmasi yang sah sahaja.
Sedikit perkongsian tentang peribadi dan keluarga penulis juga akan dikongsikan di Blog US. Mungkin blog ini akan menjadi catatan seperti diari ketika penulis sudah tua esok. Jika buku diari akan lusuh dan seterusnya sukar untuk dibaca, tetapi dengan blog, mungkin tidak terjadi sebegitu dan penulis boleh membuat refleksi diri terhadap kehidupan penulis sebelum ini. Anda juga patut sudah mula menulis sesuatu. Buatlah blog walaupun tidak pro, dapatkan feelnya dan the flow goes on from that..
Ilmu yang bersifat umum seperti ilmu hartanah, pelaburan dan sebagainya juga akan dikongsikan sedikit demi sedikit kerana penulis masih baru dalam bidang ini. InsyaAllah, penulis akan kupas ilmu ini mengikut kefahaman dan pengalaman penulis.
Dan yang terakhir dan terpenting adalah jalinan ukhuwah dan silaturrahim yang terbina daripada blog ini boleh menjadi tool yang penting untuk kita memajukan diri sendiri, keluar daripada tempurung atau kepompong rutin harian kita serta mendapat hiburan dan kepuasan dengan aktiviti blogging. Sekaligus menghindari diri kita daripada aktiviti yang tidak sihat dan sebagainya. Silalah like fanpage Blog Untuk Semua jika sudi. Tiada paksaan.
p/s: Teringat kata big boss penulis, if u want to succed in your life, talk to the stranger!!. Masih mencari maksud yang tersurat dan tersirat daripada kata-kata itu. Happy blogging guys!
86 Comments
tahniah..best blognya 😀
gaya penulisan yg matang n ilmiah.tahniah..
Curahan rasa portal kssr @ ..Dividen Tabung Haji + Bonus 8% 2012 Tertinggi Dalam Tempoh 12 Tahun Terakhir!
terima kasih en.DH. suka baca info ini.
Curahan rasa pokok manggis depan rumah @ ..Makanan Berkhasiat Untuk Kehamilan Menurut Rasulullah S.A.W
wah tahniah ye kerana bertuah untuk menjadi pengomen ke 200 ribu 🙂
Curahan rasa sha @ ..Ashadin.com
untuk semua.. hey! untuk semua.. hey!! (macam lagu najwa latif)
Terbaik dan panjang lebar ulasannya.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Sesi Pembelajaran Rasmi Bermula
Tahniah kerana menjadi blogger bertuah.
Penulisan saya masih di tahap biasa2 tak mampu menandingi blog yg terserlah kepatahan dan banyak idea2 untuk menulis.
Curahan rasa Jun @ ..Andai Bukan Rezeki Kami
Senang rasanya jika blog kita di review…
Curahan rasa Vionetpalu.com @ ..Tablet Murah Iconia B1-A71 Produk Acer
Tahniah untuk blog terpilih yang akan di review di denaihati
Curahan rasa Blog Pendidikan @ ..Daftar Perguruan Tinggi Negeri PTN
tahniah kepada blogger bertuah tu…
Curahan rasa hairulafiz @ ..Wordless Wednesday #15 : Pizza Golden Crab Claw
Tuah utk pemilik blog US. Mmg jeles..hehe =)
Jadi kebanggaan tersendiri, bila blog kita di review di denaihati
Curahan rasa Dawaihati @ ..Destinasi Percutian Melastik Bintang
salam, beruntung dapat membuat kemunculan di blog DH..tahniah
Curahan rasa Zarul Umbrella @ ..Video Entry – Landing Time
Tuah utk pemilik blog US. Mmg jeles..hehe =)
salam kenalan…blogwalking ke sana huhu
Curahan rasa Afiq @ ..Awas kod rel=canonical
memang bertuah sungguh lah 😀 hehehe
Curahan rasa azrijohan @ ..The Start Of Something New
pernah review blog ini juga …
Curahan rasa puanbee @ ..Peminat Drama : Rindu bertamu di Abu Dhabi (Akasia tv3)
Nampaknya, nak terjah blog puan bee utk baca review pn bee sendiri..hehe
Curahan rasa hafizmd @ ..Wordless Wednesday #29 Syamsi
Comments are closed.