Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, hampir dua tahun aku tidak menjejaki kaki ke Alor Star, kali terakhir ketika menziarahi Universiti Antarabangsa Al Bukhary pada Februari 2013. Kali ini misi menziarahi Madrasah Tahfiz Sulaimaniyyah di Kuala Nerang sambil memberi semangat kepada anak sahabat yang terpilih melanjutkan pelajaran di sini.
Walaupun perjalanan hanya 12 jam sempat juga kami jalan-jalan cari makan dibeberapa tempat makan menarik di Alor Star yang menjadi kesukaan sahabat kami yang pernah bekerja di sini. Aku sangat tertarik dengan kisah Restoran Iman Koey Teow yang berbelas tahun dahulu bermula hanya dengan gerai roda tiga.
Di tapak lokasi yang sama Iman Koey Teow berkembang dari gerai roda tiga kemudian menjadi gerai tetap dan hari ini sudah ada tiga pintu rumah kedai yang dibanjiri puluhan pelanggan.
Kami sempat merasa sebungkus nasi lemak dan koey teow kerang yang mejadi menu kesukaan ramai. Dari pemerhatian aku di papan menu harga termahal RM7 untuk koey teow super special. Aku berpuashati dengan rasa makanan yang dihidangkan, perkhidmatan yang diberikan oleh pertugas dan kebersihan restoran luar dan dalam.
Sehari selepas trip ke Alor Star aku dan keluarga pergi pula ke Muar menziarahi anak yang belajar di Madrasah An Nur. Sekembali dari Muar kami singgah di sebuah restoran di Bandar Baru Bangi untuk menjamah koey teow kerang versi Bangi. Porsi terlalu banyak sesuai kepada yang memang lapar gila, kepada yang tak lapar boleh kongsi sepinggan untuk berdua dan rasanya bolehlah tahan.
Yang tak bagus kebersihan restoran memang kurang dan perkhidmatannya sehingga perlu angkat entah berapa kali tangan untuk buat bayaran. Blogger dan wartawan Hilal Azmi kabarnya pun ada pengalaman teruk makan di restoran Melayu ketika berhoneymoon dengan wife.
Selepas menunggu entah berapa minit seorang pembantu datang kata bayar di hadapan tapi tak nampak pun kaunter. Rupanya kena bayar pada pengoreng koey toew dan pelanggan kena sebut satu persatu apa yang dimakan dan minum. bayangkan kalau kita datang 10 orang jenuh juga nak ingat semula yang dimakan. Aku tegurlah apa punya sistem yang restoran ini guna dan dia sengih sahaja dan kata tak cukup pekerja.
Kalau pembaca pernah baca entri-entri lama pasti tahu aku pernah terlibat dalam industri makanan berbelas tahun. memang sedih bila melihat prestasi toke restoran Melayu yang majoriti tidak pernah kisah untuk memajukan perniagaan mereka seiring dengan kemajuan teknologi dan tahap ekonomi pelanggan.
Kalau nak dibandingkan dengan toke restoran Mamak dan Cina jauh sangat kerana mereka sudah berubah menjadi Bistro dan Cafe sehingga ada yang sudah disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur. Kedai mamak pun sudah guna smartphone dan aplikasi untuk ambil pesanan dan buat bayaran.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Berjaya dengan Bisnis Burger! Klik Sini
Rahsia Bejaya Bisnis CupCake di Rumah! Klik Sini
Rahsia buat Roti Canai & Muratabk yang SEDAP! Klik Sini[/box]
Setiap kali menjejaki kaki ke pasaraya besar punyalah susah nak cari restoran Melayu yang pasti halal, kalau di Mid Valley hanya ada satu sahaja iaitu Restoran Belanga. (sekarang dah tutup)
Nak kata restoran Melayu tidak berjaya tidak juga kerana ada banyak restoran Melayu yang penuh dengan pelanggan cuma ada yang sudah berbelas tahun dengan imej yang sama tidak pernah dan mungkin tidak mahu berubah seperti Restoran Iman Koey Teow yang berani berubah. Restoran Melayu lain bila agaknya nak berubah?
170 Comments
Kaum melayu memang sukar nak beruah, mereka merasa selesa walaupun pendapatan tidak bertambah dan kualiti pun tidak meningkat
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat Boron untuk Kesihatan Tulang
itu la.. masalahnya dengan diorang ni terlalu cepat rasa selesa.. tak nak susah sikit utk majukan diri..
Curahan rasa kesoma.rai @ ..Kemelut halal haram tapai dan shoyu
sekarang nie kat kedai mamak yang kebanyakan saya pergi pakai gajet dah.
tekan-tekan je.
pastu terus ambil order orang lain pula.
pantas dan cepat.
Curahan rasa AZENI AHMAD @ ..BerPaintBall di Tanamera, Sungai Buloh
advancenya.. mamak kat mana tu..? mamak kat tempat kami masih tulis lagi.. tapi shortform dia tu cuma dia yang paham.. hahaha
Curahan rasa kesoma.rai @ ..Status halal shoyu
Kebanyakan kedai makan Melayu berniaga ala kadar saje… sekadar cukup makan… dan tak berani untuk pasang niat maju setapak lagi…. Sebab tu diorang tak kisah pun nak upgrade jadi Cafe ke Bistro ke..
Diulangi.. “Kebanyakan” ye… bukan semua macam tu…
Curahan rasa linchalo @ ..Ketahui Mengapa Tulang Warga Emas Mudah Patah dan Peroi Walau Terjatuh Dengan Sedikit Sahaja
memang tak semua macam tu, sebab ada yang beranggapan sekadar ada…tidak mempunyai visi yang lebih tinggi lagi untuk majukan bisnes
Curahan rasa reezluv @ ..Buat Duit Percuma Dengan Fotografi
Kebiasaan restoran di bandar memang ambil mudah soal kebersihan dan juga repo bersama pelanggan. mungkin sebab diorang fikir akan ada sahaja pelanggan baru yang akan datang makan di restoran mereka.
Curahan rasa azimah mohd zainuddin @ ..Merawat Denggi Dengan Supplement
Kita ni mudah selesa dengan apa yang kita ada…. ada makan… ada tempat tnggal… macam tu ja la sampai bila2.. xdak keinginan untuk maju…
Curahan rasa Azlan Saleh @ ..Google lancarkan Aplikasi YouTube Kids untuk Kanak-Kanak
Ha, rase lapar pulak salam kenal blog ini bagus sangat bermanfaat bagi pembace nye…
Tetiba rasa lapar pulak.. Betul tu DH.. Orang ni tak suka untuk memajukan diri kot.. Rugi-rugi..
Curahan rasa Aisyah Umairah @ ..Cara Dapatkan Borang Permohonan Skim Biasiswa Sukan 2015 KPM
Sepatutnya sebagai peniaga nih, kena aa pandai tackle hati pelanggan… Baru lah pelanggan akan ulang2 mai balik…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Delima Ibu dan Bayi Pramatang
tulaaaa…rata-rata nye memang macam selesa dgn cara gitu kan..mungkin tak sanggup nak berhabis untuk upgrade bisnes kot..mungkin.. 🙂
Curahan rasa faezahjalil @ ..6 Cara Yang Sangat Comel Nak Beritahu Suami Yang Anda Mengandung!
Mereka juga lah yang rugi kalu gitu… Kita nih berniaga kompem nak kan keuntungan kan.. kena aa pandai perbaiki kelemahan…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Bila Senggugut Menyerang
sebab itulah restoran mamak sentiasa jadi pilihan. kalau boleh pelayan kedai tu nak berlari kejar kita bila nampak kita masuk kedai. punya pantas servis. rata-rata memang macam tu..
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Kenapa Perlu Bayar Susu Tepung Mahal Semata Mahukan Khasiat DHA?
Ha’ah betul tuh… kita baru keluar kereta depa dah aim dahh… sampai je kat meje tros depa amek order…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Ubat Tahan Mengantuk Tanpa Kafein dan Dadah
Tapi satu je nak tulis dekat sini, Kalau dekat food court seperti tesco,mydin macam kurang kicklah , tapi itu ditempat saya lah
Curahan rasa onlajer @ ..Tertipu Dengan Alat Jimat Elektrik
Sama aa dengan kat tempat saya pun.. food courtnya tak berapa nak layann aa makanan & minumannya… tapi harga boleh tahan mahainya….
Curahan rasa SuperNifz @ ..Cara Atasi Masalah Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taman Asuhan
betul sangat tu, harga pun kekadang mahal sangat.kualiti makanan biasa-biasa je
Curahan rasa reezluv @ ..Buat Duit Percuma Dengan Fotografi
Sekarang ni banyak restoren ‘melayu’ tetapi pekerjanya semua dari indonesia sehingga masakan pun dah rasa macam masakan indonesia…
Itu pun dikira satu perubahan juge…huhu
Curahan rasa BM @ ..Blog Relaks Minda – Malaysia Best Blog 2015?
Masa awal pembukaan jerk yang ok & pekerjanya semua nampak melayu… tapi lama kelamaan, hilang dah kemelayuannya…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Cara Atasi Masalah Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taman Asuhan
Memang kagum dengan mamak syed Bistro. Amek order sambil tekan-tekan gajet.
Nandos pun tak gitu. Takde tulis – tulis nih.
Memang canggih
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Telekung 2 Lapis – Lebih Yakin Untuk Solat
di Ipoh ni ada dah yang ambil order pakai iPad sahaja, ada di DPolo Cafe, Ipoh, cari kedai Sumo Cafe, burger pun sedap tu
Curahan rasa reezluv @ ..Buat Duit Percuma Dengan Fotografi
Berselera sunggu nampak kueh tiaw tuh bro… tro kelaparan di buatnya nih…
http://supernifzvitamin.com/category/video-testimoni-menarik/
Curahan rasa SuperNifz @ ..Cara Atasi Masalah Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taman Asuhan
sesiapa yang berada di alor setar boleh cuba makan char koey teow ketam kat restoran biras saya.. kedainya kat kepala batas, sebelah airport dan hotel tabung haji alor star.. Cubalah sekali makan mesti termimpi-mimpi..
Curahan rasa akmal rusyd @ ..Cara Hilangkan Jerawat Dan Parut Dengan Berkesan Tanpa Kesan Sampingan Yang Menakutkan
bawak sampai ke mimpi tu macam menarik je kan bunyinya, kena gi try tu
Curahan rasa reezluv @ ..Buat Duit Percuma Dengan Fotografi
sedap ek koteaw iman tue? Saya sendiri tak pernah g makan situ sebab tgk orang selalu ramai. tak jadi sokmo nak g singgah.
Comments are closed.