Assalamualaikum dan salam 1Dunia, seperti yang aku dah tulis dalam entri “Say No to SMS‘ teknologi ni kalau dimaksimumkan memang boleh menjimatkan kos. Kita boleh semak saman online, semakan status halal online, bayar saman online, renew road tax kenderaan online, semak keputusan peperiksaan online, memohon kemasukan Universiti online, bayar bil dan hutang online, kirim duit online dan macam-macam lagi kemudahan yang tidak perlu kita keluar rumah. Tapi lah sejauh mana kita menggunakan semua kemudahan ini.
Sebelum ini Jabatan Imigresen Malaysia telah memperkenalkan khidmat semak status perjalanan online dan yang terbaru khidmat Renew Passport Malaysia Online. Pemohon mesti mengisi borang secara online dengan betul dengan disertakan gambar digital berlatar belakang warna biru cair berukuran 5cm x 3.5cm yang diambil dalam tempoh 3 bulan. Buat masa ini pembayaran di buat secara kredit kad sebanyak RM300 untuk 5 tahun, RM100 untuk 2 tahun dan RM150 untuk kanak-kanan bawah 12 tahun.
Untuk mengambil passport Malaysia baru pemohon perlu membawa passport lama, bukti pembayaran dan MyKad di Pejabat Imigresen yang telah dipilih. Untuk pemohon bawah umur 18 tahun perlu juga membawa MyKad penjaga dan surat beranak ketika mengambil passport baru. Pemohonan yang tidak lengkap akan di tolak. Kepada yang ingin Renew Passport Malaysia online sila ke website MyOnline Passport.
Semakin mudahlah hidup kita cuma yang penting kita mesti bersedia untuk transformasi diri memaksimumkan teknologi.
156 Comments
Zaman semakin cangih semua melalui ‘e’ sahaja … apa2 pun ia banyak menjimatkan masa dan wang ringgit
Curahan rasa b3njy @ ..SEMINAR PERCUMA UNTUK IKS
rasanya keluar duit shj x boleh online,semua dihujung jari dah skrg ni..
Curahan rasa Shack@Anjung Maya @ ..Zulfahmi Cemerlang Di Litar Sepang
senanglah nak renew passport..online je
Curahan rasa Adib @ ..Unmistakable
Tu pasal.. tapi kalau nak ambil benda ni kena juga pegi kaunter kan?
Curahan rasa Steward John @ ..Happy Halloween
waaa bagus nyee. hahaha
Curahan rasa Amir @ ..Maksud disebalik bunyi-bunyi hon
senang la lpas ni..
Bagus cara ni.. kebetulan passport dah mati, nak renewkan untuk perjalanan Januari depan. Nak pegi pejabat Imigresen jauh pulak dari kawasan bandar.
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
nak pergi mana tu bro? januari?
Curahan rasa eyra @ ..An adventure I would like to go on with my pet
Jeng jeng.. tunggu.. Boring terperuk dalam negara sendiri, sekali sekala kena juga jalan2 cari pasal dekat negara orang lain
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
ehem. souvenier pleaseeeee… im a keychain collector. nak keychain je please haha
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
Bisa diatur tu.. saya pun suka keychain juga..
Curahan rasa Steward John @ ..Top 40 most popular blogs in Malaysia
sangat memudahkan….travellers, grab this opportunity!
Curahan rasa Lorna @ ..Remy Ishak akhirnya akui menyintai…
itulah teknologi yg tiada titik noktahnya
Curahan rasa Shack@Anjung Maya @ ..Mabuk ‘Tanduay’ Pelajar Dirogol Rakan Sendiri
wah menariknya!
Curahan rasa arena84 @ ..Kek Harijadi Kepala Manusia (Sedap Ke?)
Okeh gak sistem ni…cuma masa pemprosesan tu yg tak tau bape lama…ade tak dlm 2/3 ari bro??
Curahan rasa yas @ ..Wordless Wednesday – Kenanganku @ Sabah Trip
Dah baca tapi tak tertulis pulak berapa hari.
Curahan rasa denaihati @ ..Plugin Waktu Solat WordPress dan Blogspot dilepaskan
rasanya mcm renew mykad kot..dlm 2 minggu cam tu kot..
Curahan rasa Shack@Anjung Maya @ ..Ternakan Burung Walit Lumayan
Mykad saya pun belum ditukar lagi, mykad lama hampir dah nak rosak
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
kena tukar setiap 5 tahun ke apa ntah hahaa
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
Tak la… kan ada Mykad baru tu dengan ciri keselamatan ntah.. Tu nak tukar. Lagipun mykad sekarang ni dah nak terkupas kulitnya.
Curahan rasa Steward John @ ..Top 40 most popular blogs in Malaysia
bagus sangat lah dapat renew online je. tak payah beratur panjang lagi. 😀
Curahan rasa Sya Isya @ ..BERBASIKAL DAN LAWATAN AIR SURUT DI PANTAI SMILEY
Assalam..
Wah semuanya online..jangan ada yang salah guna udah la..
Curahan rasa iza @ ..Turun Tanah
Salah guna tu biasa kan manusia sentiasa mencari peluang bila ada ruang
Curahan rasa denaihati @ ..Plugin Waktu Solat WordPress dan Blogspot dilepaskan
nanti ada yamh klog web imegresen tu dan bila orang bayar … oragng jahat yang dapat duit bikan kerajaan malaysia
Curahan rasa b3njy @ ..SEMINAR PERCUMA UNTUK IKS
Hack ker maksud bro? Kalau itu rasanya aplikasi macam ni pun tak terkecuali..
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
zaman sekarang nak buat apa semua senang… online saja…
x dapat bayangkan jika hidup tanpa teknologi yg ada ni…
Curahan rasa zie fauzi @ ..BENDERA ITU ‘DITITA’
bayangkanlah kita kat zaman paelolitik … bestkan cuma yang perlu ingat memburu, makan dan tidooo je
Curahan rasa b3njy @ ..SEMINAR PERCUMA UNTUK IKS
Hahaha.. memang terbaik, Tapi kita bukannya tahu sangat macam mana orang Paleolitik hidup, manatahu kena berjaga2 pasal ancaman Dinosaur ataupun keadaan bumi yang belum stabil waktu tu
Zaman 1990-an dulu handphone masih belum ada, TV pun ada beberapa channel jer, semua benda kena pegi kaunter, masih juga boleh hidup kan.. Rasanya zaman tu lagi best. Kes yang kita dengar sekarang ni jarang sangat…
masa tu aman skit hhahaha tenang tak pk mcm2 masalah
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
kat sini hantar kat pejabat kedutaan. lepas tu mereka akan hantar ke London untuk dibuat. Maka dapatlah passport dari London..
boleh ke cam tu ? …
Curahan rasa b3njy @ ..SEMINAR PERCUMA UNTUK IKS
mcm leceh je prosedur tu
Curahan rasa ekspresiruang @ ..The Generation: Kerusi Pejabat Multi Posisi Rekaan Knoll
tak dapat akses pulak web imigresen tu..
Curahan rasa Mus @ ..Sassi-Brix Organic Tea Untuk Raja Komen
Cuba sekali lagi insya Allah boleh tu
Curahan rasa denaihati @ ..Plugin Waktu Solat WordPress dan Blogspot dilepaskan
Saya malah bisa mengakses dari sini…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Pertandingan Sepak Bola SEA Games 2011
Bang Iwan mau buat passport Malaysia ker? hehe
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
2 tahun lagi pasport tamat tempoh..
senanglah nak renew nanti..
Curahan rasa Mus @ ..Sassi-Brix Organic Tea Untuk Raja Komen
masa tu mmg semua org guna on9 je hahha
Curahan rasa eyra @ ..#21 Wordless Wednesday – #octtwtfest world record!
Haha.. Jangan jadi macam sistem AirAsia dah la.. bila jer ada promosi, bottleneck terus web tu
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
wah, makin mudah sekarang..bagus-bagus..
Curahan rasa blackrosehunter @ ..Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011: Terengganu vs N. Sembilan
Apa lagi kalau masa hadapan? mesti lagi senang.. mana tahu guna pergerakan mata jer semua benda settle kan
Comments are closed.