Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tahniah kepada semua rakan pembaca yang dipilih oleh ALLAH untuk sekali lagi bernafas dalam bulan yang pernuh keberkataan untuk meraih berbagai ganjaran yang berlipat ganda. Bulan yang sangat mulia Ramadhan ditunggu oleh ramai atas maksud yang berbeza.
Ada peniaga yang sudah berniaga selama sebelas bulan menunggu bulan Ramadhan kerana di bulan ini mereka akan menutup operasi untuk fokus kepada ibadah. Ramai juga yang tidak pernah berniaga selama sebelas bulan menunggu bulan Ramadhan untuk berniaga di bazar Ramadhan, meraih keuntungan sekali setahun. Di bulan Ramadhan ramai juga berpeluang menjual biskut raya, baju raya dan berbagai keperluan Aidilfitri secara online dan off line.
Ada juga menunggu Ramadhan kerana di bulan inilah mereka akan mengeluarkan zakat harta, zakat pendapatan atau zakat perniagaan selain zakat fitrah. Mereka juga berusaha memberi infaq di masjid-masjid yang menganjurkan majlis berbuka puasa serta memberi sedekah kepada fakir miskin. Mereka menyahut seruan Rasulullah SAW dengan memberi sebanyak mungkin kerana sedekah yang terbaik adalah sedekah di bulan Ramadhan.
Ada juga menunggu Ramadhan untuk berterawih dan bertadarus siang dan malam untuk khatam 30 juzuk Al Quran. Bangun di tengah malam bermunajat memohon keampunan atas segala dosa yang telah dilakukan sepanjang sebelas bulan. Berzikir mengingati ALLAH tanda syukur diberi nikmat Islam dan iman. Ada juga yang beriktikaf di masjid mengharap bertemu dengan malam Lailatulqadar untuk mengecapi kelebihan beribadah seperti 1000 bulan beramal. Paling nikmat menunggu waktu berbuka puasa untuk berbuka bersama keluarga tersayang dan sesekali berbuka puasa bersama kawan-kawan di buffet Ramadhan yang disediakan disana sini.
Ada juga menunggu Ramadhan kerana di bulan Ramadhan mereka akan menghabiskan masa beribadah sambil mengerjakan Umrah di Mekah dan menziarahi Rasulullah di Madinah. Nikmat solat terawih dan qiamullail bersama imam Masjidil Haram dengan ratusan ribu jemaah adalah satu pengalaman yang memang ditagih kepada yang sudah biasa.
Di bulan Ramadhan anak-anak paling gembira mendapat kebebasan untuk keluar rumah di waktu malam atas alasan solat terawih. Di masjid ada di kalangan anak-anak berpesta bagaikan taman permainan kerana terlepas pandangan daripada ibu bapa yang berada di rumah. Untuk kaum wanita inilah masanya sibuk membakar kuih raya berbagai warna dan rasa. Hubungan suami isteri semakin erat di bulan Ramadhan kerana sentiasa bersama setiap hari.
Apa juga matlamat kita kedatangan Ramadhan dinanti ramai, bersyukurlah kita kerana berpeluang memohon ampun dan beramal di bulan yang sangat mulia. Semuga Ramadhan kali dapat membersihkan jiwa dan meningkatkan martabat iman kita setelah kita keluar dari Madrasah Ramadhan.
44 Comments
setakat ni saya jarang jarang beli di bazar ramadan, banyak isteri yang masak.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Ansuran Toyota Camry RM500 Sebulan
Masing-masing dengan agenda tersendiri bila tiba Ramadhan. Tapi y ang utama adalah apa yang kita berikan kepada pencipta kita sendiri..Kita tidak tahu adakah ia akan menggunjugi kita lagi ditahun hadapan..
Curahan rasa Sani @ ..Tak Sangka Juara Blogger Treasure Hunt Sepetang Bersama Blogger Yeos 2015
Tahun nih tekad tak nak g Pasar Ramadhan.. ekekek… masak sendiri…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Set Mighty 3 Gems: Kekal bertenaga dan cergas di bulan puasa
Supernifz: Memang bagus ada tekad macam tu, barulah boleh berbelanja dengan berhemah..
Curahan rasa Sani @ ..Tak Sangka Juara Blogger Treasure Hunt Sepetang Bersama Blogger Yeos 2015
Semoga Ramadhan yang tiba, tidak pergi dengan sia-sia buat kita semua..
Alhamdulillah syukur dapat bertemu ramadhan lagi tahun ni…semoga kita semua dapat menjadikan ramadhan madrasah ilmu 😉
Curahan rasa siti hazreen @ ..Hormat Yang Muda
samalah ..saya suka macam tu..sentiasa mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna buat saya..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Untuk Dapat Duit Tambahan
Ya, sama-sama kita berdoa semoga kita dapat menunaikan ibadah2 wajib & sunat di bulan yang penuh keberkatan ini.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Phytocol-ST Shaklee – Bantu atasi sembelit sepanjang puasa.
semoga kita semua dapat kongsikan perkara bermanfaat dalam blog asing2 pada bulan ramadan ni.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Persiapan Hari Raya Bersama Lazada Malaysia
Indahnya Ramadhan. Bulan penuh keberkatan dan kemuliaan. Rugi jika kita tak ambil peluang yang datang setahun sekali,
aku pasti ramai yang jadikan ramadan kali ni lagi baik dari sebelum..
insya Allah..
xlupa juga saudara2 kita yang ditimpa musibah.. insya Allah dipermudahkan
Curahan rasa farzli @ ..Biar jadi tauladan baik untuk mereka !
Semoga ini bukan ramadan yg terakhir buat kita. Selamat berpuasa!
Curahan rasa nikkhazami @ ..Persiapan Hari Raya Bersama Lazada Malaysia
Ramadan bukan shj bulan utk beribadat tp bulan ug allah limpahkan rahmat dan rezeki. Saya first time jual kek gulung coklat yg femes tu secara online. Masyuk jugak. Boleh beli baju raya 2 pasang kehkeh!
Curahan rasa nikkhazami @ ..Persiapan Hari Raya Bersama Lazada Malaysia
wow bestnya…saya pun berharap macam tu supaya raya nanti saya duit untuk keperluan keluarga..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Untuk Dapat Duit Tambahan
masa bulan ramadahan amat bagus untuk berdoa kerana sangat makhbul..semoga kita tergolong dikalangan mereka yang dimakhbulkan doa oleh Allah SWT..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Untuk Dapat Duit Tambahan
Syukur dapat sekali lagi bertemu dengan Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ni lepbih baik daripada yang sebelumnya.
Curahan rasa JMR @ ..Check up 9 bulan
betul tu…bulan ramadhan lah yang paling best…bulan yang penuh keberkatan
Curahan rasa hpmurah2u @ ..1 TB PlayStation 4 Will Be Launch 15th July 2015
setahun hanya sekali bulan ramadhan..tak macam hari raya..apa yang best bulan ramadhan kita menjadi lebih sabar dan bersyukur…
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Untuk Dapat Duit Tambahan
sudah pasti ramadan itu syaitan dan iblis diikat, namun nafsu manusia itu masih berleluasa, lihat saja tabiat membeli makanan di bulan puasa contohnya.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Syarat-Syarat Permohonan Separa Perubatan
mereka belum kuat tu..jika dah kuat nafsu memang boleh ditundukkan terutama ketika berpuasa..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Untuk Dapat Duit Tambahan
Ramadhan bulan pnuh keberkatan.Ditunggu sbb byk byk klbihan berada dalam bulan ini.Moga semua amalan kita diterima olehNya..Aminnn
amin..saya juga mengharapkan demikian…semoga amalan kita semua diterima oleh Allah..SWT.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Untuk Dapat Duit Tambahan
Ramai yang berniaga di Bazar Ramadhan pada bulan yang mulia ini… Tetapi perniagaan “Pak Ya Nasi pandan” kepunyaan ayah mertua saya terpaksa ditangguhkan sepanjang bulan Ramadhan ini, untuk membolehkan ayah dan ibu mertua saya meluangkan masa untuk “menghayati” bulan Ramadhan dengan sebaiknya..
Curahan rasa Anuar @ ..BR1M Vs KOM1SEN
betul-betul best kalau dapat meluangkan masa untuk beribadat pada bulan ini..saya pula perlu bertungkus lumus mencari rezeki..kalau berpeluk tubuh entah ada tidak rezeki yang masyuk..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Untuk Dapat Duit Tambahan
Comments are closed.