Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apabila Ramadhan tiba, pasti ramai yang mula mencari kelengkapan pakaian dan peralatan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ada juga yang beberapa bulan sebelum Ramadhan sudah selesai menyediakan semua kelengkapan ini.
Sekiranya mengambil pilihan untuk tempah khas kepada tukang-tukang jahit, memang ianya perlu dibuat lebih awal atau tempahan kita tidak akan dilayan di saat-saat akhir. Namun sekiranya kita tidak berkesempatan untuk melakukan tempahan tersebut, usah khuatir kerana ada banyak lagi pilihan pakaian yang siap untuk dibeli.
Pusat Pakaian Hari Hari
Antara tempat pilihan yang bagus untuk anda jadikan pilihan adalah Pusat Pakaian Hari Hari. Di sini, mereka menawarkan pelbagai jenis pakaian dengan rekaan terkini untuk seisi keluarga. Dari anak-anak hinggalah kepada ibu bapa.
Bahkan mereka juga menawarkan pilihan pakaian sedondon untuk seisi keluarga. Ini seringkali menjadi pilihan para ibu bapa untuk sama-sama memakai baju sedondon dengan anak-anak mereka. Apa yang paling menarik adalah, harga yang ditawarkan di Pusat Pakaian Hari Hari ini adalah sangat berpatutan.
Dalam keadaan ekonomi yang mencabar pada masa ini, apabila kita mempunyai pilihan untuk berjimat cermat, itu adalah perkara yang baik. Terdapat tawaran set untuk seisi keluarga pada harga yang sangat berpatutan di Pusat Pakaian Hari Hari ini.
Pusat Pakaian Hari Hari ini mempunyai 76 cawangan diseluruh negara, kebiasaannya kita boleh temui pusat pakaian ini walaupun di bandar-bandar kecil. Pilihan pakaian yang pelbagai dan juga harga yang rendah membuatkan ramai yang memilih untuk membeli belah di pusat pakaian ini.
Sekiranya anda masih mencari-cari pakaian atau kelengkapan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti, jangan ketinggalan untuk merebut peluang berjimat cermat dengan membeli belah bersama keluarga di Pusat Pakaian Hari Hari berdekatan.
Baru-baru ini, sempat bersama beberapa rakan blogger untuk membeli belah keperluan di Pusat Pakaian Hari Hari, jom kita lihat beberapa gambar gelagat rakan-rakan blogger memilih pakaian hari raya bersama keluarga.
Kepada yang masih mencari-cari kelengkapan hari raya, jangan lepaskan peluang untuk merebut tawaran serta promosi yang disediakan di Pusat Pakaian Hari Hari berdekatan dengan rumah anda.
Selamat membeli belah.
84 Comments
pusat pakaian hari-hari memang murah-murah pakaiannya..lagi-lagi kedai Pakaian Hari-hari ni dekat dengan rumah saya
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Huawei Honor 7 Recorded 9 Million Pre-order
Sebenarnya baguS PPHH ni. Mereka tumpukan pd golongan berpendapatan rendah. Supya dpt beli pakaian yg cantik dan berkualiti
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3
ramadhan dan idul fitri sudah lewat begitu saja, namun sebentar lagi idul qurban alhamdulillah semoga masih diberikan kesehatan….
Curahan rasa hasan @ ..Budidaya Udang Hias Sangat Menguntungkan
Boleh la mencari pakaian aiduladha di pusat pakaian hari-hari ni..
Pilihan pun banyak..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kaedah Semulajadi Menghilangkan Jerawat TANPA Kos yang Mahal
Baju sekolah pun ada. Murah olak tu. Bleh la beli utk anak anak
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3
cepat nya ramadhan udah lewat begitu saja, masih kangen suasana ramadhan ya 🙁
Saya jarang ke pusat pakaian hari-hari ni..ada la sekali dua saja pernah beli pakaian anak-anak disini
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Lenyapkan Ketagihan Merokok Dengan Mudah
saya bersyukur kerana berjaya membeli baju baru untuk tahun ini..semoga diberi rezeki yang murah agar dapat berbakti pula dengan orang lain pula selepas ini
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pengalaman Sebulan Guna Alcatel Onetouch
Semoga murah la rezeki dengan mendermakan pakaian kepada yang lebih memerlukan…
Di pusat pakaian Hari-Hari ni lebih menjimatkan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Siapa Kata Ibu Bersalin Secara Caesarean Tak Hebat?
memang selalu pegi hari-hari kalau nak cari costume seragam utk budak2 sekolah buat persembahan atau pertandingan
Curahan rasa muhammad nizam @ ..RESIPI BERBUKA PUASA PALING MUDAH
Besarnya gedung hari-hari ni.yang menjadi masalah susah nak cari pakaian untuk orang pluse size di sini.
Curahan rasa Ain @ ..Bekalan Vitamin C Serba Semula Jadi untuk Sepanjang Hari
wahhh, besarnya gedung hari-hari ni, area mana ni? smggu lagi nk beraya, belum sempat beli baju ank2..
Curahan rasa maz @ .. Tips Paling Mudah Mencuci Kasut Sekolah
Besarnya Hari-Hari dalam gambar ni.. Kat tempat saya kecik je.. So, agak limited pilihan yang ada.. Apapun, sy juga antara orang yang suka membeli di Hari-Hari sebab harganya memang berpatutan..^_^
Curahan rasa Nor Hafizah @ ..5 Cara Bantu Anak Suka Makan Sayur dan Buah (Part I)
ramadan semakin berakhir, syawal mula mendekat, kuih raya saya belum beli lagi.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Bisnes Sukses Walau Bergerak Solo
Comments are closed.