Rahsia tiga Putera Raja akhir zaman

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai membaca dan komen di entri “Kaedah yang betul mempromosi bisnis baru“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut dan tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak berkongsi berita terkini yang berlaku di Arab Saudi mungkin ramai tak perasan sebab sibuk dengan Gegar Vaganza..

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Mungkin ini semua kebetulan sahaja

Pada tahun 2015 ketika Abang dan teman-teman berada di Madinah, Menteri Pertahanan Arab Saudi yang baru, Putera Mohammad Bin Salman telah mengarahkan tenteranya menyerang pemberontak pro Iran di Yaman. Serangannya berlarutan sehingga hari ini belum berakhir.

Kingdom Center di kotaraya Riyadh

Pada Ramadan 2017 ketika Abang dan keluarga berada di Mekah, Raja Salman telah melantik anaknya Putera Mohammad menjadi Putera Mahkota mengantikan anak saudaranya Putera Muhammad bin Nayef. Putera Mahkota Arab Saudi merupakan jawatan kedua tertinggi di dalam Arab Saudi, tempat kedua selepas Raja Arab Saudi dan merupakan pewaris takhta yang sah.

Pada November 2017 ketika Abang berada di Madinah, Putera Mahkota Mohammad Bin Salman telah menangkap berpuluh-puluh Kerabat diraja, Menteri, Timbalan Menteri dan Tokoh Usahawan atas tuduhan rasuah. Berita tersebar kata ada beberapa Kerabat Diraja yang terbunuh kerana mempertahankan diri daripada ditangkap. Para analisa politik dunia berpendapatan ini bukan tindakkan anti korapsi tetapi lebih untuk mengukuhkan kedudukan Putera Mahkota.

Putera Mahkota Mohammad Bin Salman

Di masa yang sama Perdana Menteri Lebanon telah mengirim surat perletakkan jawatan ketika berita mengatakan beliau telah ditahan di Riyadh. Terkini Arab Saudi telah mengisytiharkan perang dengan Lebanon. Presiden Lebanon menganggap Arab Saudi memulakan perang dunia ketiga.

Beberapa bulan lepas Arab Saudi telah memutuskan hubungan dengan Qatar dan Abang ada menulis kisah ini, kalau belum baca jom baca “Qatar musuh Arab Saudi tanda akhir zaman“.

Dulu pernah dengar tazkirah antara tanda akhir zaman sudah dekat sangat akan ada tiga putera raja berebut kuasa.

Dari Tsauban bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelak tiga orang akan berperang dekat perbendaharaan kalian ini (iaitu Kaabah), dan kesemuanya adalah anak khalifah. Dan tidak ada yang menang melainkan satu orang, lalu muncullah bendera-bendera hitam dari wilayah timur, mereka lantas memerangi kalian dengan peperangan sengit yang sama sekali belum pernah dilakukan kaum mana pun. Jika kalian melihatnya, maka berbai’ahlah kepadanya walaupun sambil merangkak di atas salju, kerana sesungguhnya dia adalah khalifah Allah Al Mahdi.” (Sunan Ibnu Majah, no. 4074)

Adakah ini permulaan untuk sebuah peperangan hebat antara tiga anak Khalifah yang menandakan kedatangan Imam Mahadi sudah terlalu hampir?

Dr Rizal Abu Bakar : Semakin dekat

Ahmad Yani Bahrom Azhar : Tanda Imam Mahdi akan muncul..

Ulama kata tidak perlu kita berteka-teka kerana pasti tidak akan mendapat jawapan kepada rahsia ALLAH. Begitu juga tak perlu meneka siapakah Imam Mahadi dan adakah Imam Mahdi sudah ada, menunggu untuk dibai’ahkan. Yang penting kita mesti jaga amal, jaga akhlak, jaga mata, jaga tangan jangan menulis dan menyebar berita tidak benar di sosial media, tambah ilmu supaya kita dipilih ALLAH untuk bersama dengan tentera Khalifah ALLAH Al Mahdi. Kita lansung tiada kuasa untuk memilih diri kita untuk masuk dalam jemaah Imam Al Mahdi sekiranya amalan kita ke laut.

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

39 Comments

  1. Apabila terbaca kisah ini , hmm sememangnya kita perlu berada di landasan yang betul serta menguatkan segala tembok , semoga kita sentiasa berada di dalam perlindungan Allah S.W.T . Amin…
    Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Warkah NovemberMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!