Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
dalam suasana ekonomi yang semakin mendesak apabila harga barangan di seluruh dunia semakin meningkat ramai orang berkata orang kaya semakin kaya dan orang miskin semakin miskin. Orang miskin menyalahkan orang kaya yang semakin kaya kerana menguasai ekonomi dalam semua bidang. Suasana menjadi lagi panas apabila orang politik masuk campur dengan menggunakan isu ini untuk menarik sokongan.
Aku telah mengembara berpuluh negara dari negara yang kaya raya sehinggalah ke negara yang miskin yang sebahagiannya dikongsikan dalam blog Denai.my. Bertemu dengan berbagai jenis manusia dengan berbagai kebudayaan dan tingkah laku yang membezakan tahap ekonomi mereka. Sepanjang usia hidup sudah berkawan dengan orang miskin, sederhana dan orang kaya ada sehingga yang mempunyai aset ratusan juta.
Daripada pengalaman hidup dan kembara banyak rahsia orang kaya menjadi bertambah kaya yang diperolehi yang mungkin boleh kita contohi. Paling unik majoriti orang kaya bukan berasal daripada keluarga kaya raya tetapi membina kehidupan daripada bawah berusaha siang dan malam tanpa kenal erti penat lelah. Hampir semua orang kaya yang bertambah kaya mempunyai keistimewaan yang sama yang tiada pada orang biasa.
Kedekut
Orang kaya sangat berhati-hati apabila berbelanja setiap satu sen duit keluar masuk pasti ada sebabnya bukan sesuka hati. Satu sen jatuh pun mereka akan kutip sebab nak cari duit bukan senang. Setiap produk atau perkhidmatan mesti lebih baik daripada nilai yang dibayar. Mereka tidak akan suka-suka keluar duit dari kocek kalau bukan ada sebab yang munasabah dan memberi pulangan yang baik. Tak percaya tengok kawan aku Mark Zuckerberg billionaire kawin simple je.
Berjimat Cermat
Dalam bebelanja memang sangat berjimat cermat setiap produk yang dibeli mesti ada diskaun tanpa mengurangkan kualiti. Setiap kali nak membeli mesti buat kajian perbezaan harga untuk mendapat harga yang termurah. Mereka memang suka dengan subsidi dan berbagai fasiliti yang disediakan oleh Kerajaan dan berusaha menggunakan semaksima yang boleh tanpa mengeloh.
Suka Memberi
Mereka suka memberi, bersedekah dan infaq kepada yang memerlukan tanpa diketahui oleh orang ramai. Sifat rendah diri mereka sangat berbeza dengan sifat orang biasa yang kekadang dialog macam orang kaya.
Banyak Sumber Pendapatan
Pendapatan mereka bukan dari satu sumber tetapi berbagai sumber dari berbagai cara. Mereka kuat bekerja siang dan malam tak pernah mengeloh bila bekerja lebih masa. Mereka tiada masa nak berseronok setiap hari melihat Maharaja Lawak Mega atau program komidi lain yang melambak di TV.
Pendapatan mereka ada dari sumber jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan jangka masa panjang dari sumber pelaburan, perniagaan, pembinaan, perkhidmatan dan sebagainya. Kalau kawan-kawan kurang pasti bagaimana nak mendapat pendapatan daripada berbagai sumber boleh belajar dari Abang Ensem yang ada lebih lapan sumber pendapatan.
Ilmu
Mereka rajin mencari ilmu walau sudah kaya raya. Mereka tidak pernah kedekut berbelanja untuk ilmu kerana ilmu adalah kunci kepada kekayaan. Mereka tak pernah memberi alasan jauh, tak ada masa atau tak sempat apabila nak mencari ilmu. Mereka akan belajar berbagai ilmu dari pakar sebelum menguasai perniagaan yang mereka ceburi. Biasanya mereka mempunyai mentor yang sentiasa menjadi tempat rujukan di masa senang dan susah.
[box type=”shadow”]Masyarakat Melayu perlu mempunyai budaya dan nilai hidup yang baik serta berdisiplin jika ingin berjaya dalam bidang ekonomi. Dengan memiliki cara hidup seperti itu, barulah orang Melayu mampu berjaya menguasai bidang tersebut. Aspek disiplin seseorang itu akan dapat memgawal diri bukan sahaja dalam ekonomi, malah bidang lain juga. – Tun Dr. Mahathir Mohamad [/box]
Disiplin
Disiplin kunci paling utama untuk menjadi orang kaya kerana tanpa disiplin janganlah nak berangan-angan jadi orang kaya. Disiplin diri, disiplin bisnis dan disiplin kewangan tidak dapat dipisahkan untuk membina kejayaan. Disiplin paling utama adalah menghargai masa kerana setiap saat ada nilainya. Mereka tidak pernah takut dengan kegagalan dan kerugian keran itu adalah sebahagian daripada proses kejayaan.
Mereka tidak akan menyalahkan orang lain apabila gagal dalam sesuatu pelaburan atau perniagaan tetapi sebaliknya memperbaiki diri dan teruskan perniagaan tanpa gentar. Paling best mereka tidak pernah kenal erti bersara awal walaupun sudah berjaya dalam perniagaan mereka.
Semua ini hanya sebahagian daripada sifat-sifat yang ada hampir pada semua orang kaya dan kerana sifat mereka itulah mereka sudah kaya menjadi lebih kaya. Paling unik sifat mereka ini bukan lahir setelah kaya raya tetapi telah ada dalam diri sejak mereka miskin dahulu lagi. Jadi kenapalah agaknya kita nak cemburu dengan mereka yang kaya menjadi lebih kaya kerana semuanya atas usaha mereka.
Kalau kita nak jadi macam mereka tiru mereka, bersahabat dengan mereka tak perlu memusuhi mereka kerana memusihi mereka tidak akan menjadikan mereka lebih miskin. Memang ada sebahagian kecil yang jadi kaya cepat kerana kronisme kenal dengan pemimpin tertentu tetapi majoriti mereka akan hilang apabila pemimpin tersebut tidak lagi berkuasa jadi yang ini jangan dicontohi.
Kita pun boleh jadi seperti mereka yang perlu mesti berani berkorban untuk berhijrah diri menjadi seperti mereka dan paling baik azam untuk jadi orang kaya yang beriman mana tahu boleh masuk dalam senarai top 20 orang paling kaya di Malaysia.
182 Comments
setuju sgt dgn sumer point2..dlm life seharian, try tgk bangsa lain esp Cina, even diorg mewah, tp bila ada event makan free, memg diorg yg 1st akan queue up wlaupun diorg mampu byr dgn duit diorg..
Curahan rasa JMR @ ..#birthdayzafirah
perlu untuk mendapat keberkatan dalam rezeki kita. dan Allah sendri menyebutnya dalam ayatul Qur’an.
dalam post terbaru saya sebutkan tentangnya.
Curahan rasa Pendekar @ ..Berkatkah Rezeki Kita?
orang yang kaya adalah orang yang sentiasa membayar zakat tanpa prejudis. dan orang-orang yang tidak dilalaikan oleh urusan pekerjaan mereka sama ada berniaga-kerja makan gaji-buruh binaan daripada sentiasa mengingati Allah…
Curahan rasa Pendekar @ ..Facebook Terjemahkan Allah Sebagai God Bukan God itu Allah.
Disiplin kunci paling utama untuk menjadi orang kaya kerana tanpa disiplin janganlah nak berangan-angan jadi orang kaya, setuju sekali karena disiplin dan bijak menggunakan uang itu penting
Curahan rasa yandi @ ..Teknologi Kinect mengubah semua permukaan menjadi layar sentuh
Yup, saya setuju. Penting semua tu. Paling penting ialah disiplin. Bukan senang nak jadi kaya, tapi bukan impossible. Dan bukan susah nak jadi miskin, silap langkah, sangat possible.
Curahan rasa Bella Enveeus @ ..Full Day Activity in Langkawi
tak ramai yang sanggup nak makan pasir awal2 sebelum berjaya. walau apa2pun jika nak kaya kenalah berniaga. nabi juga berniaga.
Curahan rasa Mohd Rasul Abu Hanipah @ ..Diari Pemandu Pelancong Bersama Rombongan Dari Poland
saya paling suka untuk mendengar kisah orang kaya yang suka memberi..sebab memberi itu pintu utama kekayaan..
Curahan rasa kakiblog @ ..Kisah Blogger KB Dalam Februari
Istiqamah itu penting dlm kita berusaha..taikun2 bilionaire ni bukan lahir dalam sudu emas semua, tp mereka rajin dan xputus asa..
Kerja keras dan kesungguhan itu penting, sebab tu KLIA2 pun da nak siap dah walaupun sudah delay beberapa kali..hehe
Curahan rasa myKLIA.com @ ..KLIA2 Construction Work Nearly 100% Complete
Usaha dan doa tentunya harus selalu beriringan untuk bisa menjadi sukses dan juga bertambah kaya
Curahan rasa Ferry @ ..Pengumuman Kelulusan Tes CPNS Kemendikbud Februari
suka melihat mereka yang berjaya terutamanya mereka yang dari kalangan keluarga susah or sederhana pada asalnya…
Curahan rasa papa mifz @ ..FM Terbaru Dari Pulau Pangkor
Bukan susah nak kaya cuma usaha ke arah itu sahaja yang perlu kita lihat, ada jalan baik .. ada jalan tak berapa nak baik …. tapi seeloknya kita tngk jalan yang ditempuh itu bagaimana ia harunginya.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Muslim Niaga Dropship Produk Islamik
Untunglah kawan Mak Zukebeg.. hehe 😀
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Nilai 3 syurga bagi kaum wanita
sy byk kena improve bab disiplin terutama dlm simpan duit…
Curahan rasa sohoque @ ..Limpahan Rezeki Di Industri Unit Trust
Bagi yang belum kaya, boleh juga cuba amalkan sifat-sifat positf tersebut. Kalau pun tidak menjadi kaya dengan harta dan wang ringgit, sekurang-kurangnya boleh jadi individu yang berilmu dan berdisplin.
Curahan rasa anif @ ..Dividen 6.35 Peratus Terhadap Caruman KWSP 2013!
Comments are closed.