Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
dalam suasana ekonomi yang semakin mendesak apabila harga barangan di seluruh dunia semakin meningkat ramai orang berkata orang kaya semakin kaya dan orang miskin semakin miskin. Orang miskin menyalahkan orang kaya yang semakin kaya kerana menguasai ekonomi dalam semua bidang. Suasana menjadi lagi panas apabila orang politik masuk campur dengan menggunakan isu ini untuk menarik sokongan.
Aku telah mengembara berpuluh negara dari negara yang kaya raya sehinggalah ke negara yang miskin yang sebahagiannya dikongsikan dalam blog Denai.my. Bertemu dengan berbagai jenis manusia dengan berbagai kebudayaan dan tingkah laku yang membezakan tahap ekonomi mereka. Sepanjang usia hidup sudah berkawan dengan orang miskin, sederhana dan orang kaya ada sehingga yang mempunyai aset ratusan juta.
Daripada pengalaman hidup dan kembara banyak rahsia orang kaya menjadi bertambah kaya yang diperolehi yang mungkin boleh kita contohi. Paling unik majoriti orang kaya bukan berasal daripada keluarga kaya raya tetapi membina kehidupan daripada bawah berusaha siang dan malam tanpa kenal erti penat lelah. Hampir semua orang kaya yang bertambah kaya mempunyai keistimewaan yang sama yang tiada pada orang biasa.
Kedekut
Orang kaya sangat berhati-hati apabila berbelanja setiap satu sen duit keluar masuk pasti ada sebabnya bukan sesuka hati. Satu sen jatuh pun mereka akan kutip sebab nak cari duit bukan senang. Setiap produk atau perkhidmatan mesti lebih baik daripada nilai yang dibayar. Mereka tidak akan suka-suka keluar duit dari kocek kalau bukan ada sebab yang munasabah dan memberi pulangan yang baik. Tak percaya tengok kawan aku Mark Zuckerberg billionaire kawin simple je.
Berjimat Cermat
Dalam bebelanja memang sangat berjimat cermat setiap produk yang dibeli mesti ada diskaun tanpa mengurangkan kualiti. Setiap kali nak membeli mesti buat kajian perbezaan harga untuk mendapat harga yang termurah. Mereka memang suka dengan subsidi dan berbagai fasiliti yang disediakan oleh Kerajaan dan berusaha menggunakan semaksima yang boleh tanpa mengeloh.
Suka Memberi
Mereka suka memberi, bersedekah dan infaq kepada yang memerlukan tanpa diketahui oleh orang ramai. Sifat rendah diri mereka sangat berbeza dengan sifat orang biasa yang kekadang dialog macam orang kaya.
Banyak Sumber Pendapatan
Pendapatan mereka bukan dari satu sumber tetapi berbagai sumber dari berbagai cara. Mereka kuat bekerja siang dan malam tak pernah mengeloh bila bekerja lebih masa. Mereka tiada masa nak berseronok setiap hari melihat Maharaja Lawak Mega atau program komidi lain yang melambak di TV.
Pendapatan mereka ada dari sumber jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan jangka masa panjang dari sumber pelaburan, perniagaan, pembinaan, perkhidmatan dan sebagainya. Kalau kawan-kawan kurang pasti bagaimana nak mendapat pendapatan daripada berbagai sumber boleh belajar dari Abang Ensem yang ada lebih lapan sumber pendapatan.
Ilmu
Mereka rajin mencari ilmu walau sudah kaya raya. Mereka tidak pernah kedekut berbelanja untuk ilmu kerana ilmu adalah kunci kepada kekayaan. Mereka tak pernah memberi alasan jauh, tak ada masa atau tak sempat apabila nak mencari ilmu. Mereka akan belajar berbagai ilmu dari pakar sebelum menguasai perniagaan yang mereka ceburi. Biasanya mereka mempunyai mentor yang sentiasa menjadi tempat rujukan di masa senang dan susah.
[box type=”shadow”]Masyarakat Melayu perlu mempunyai budaya dan nilai hidup yang baik serta berdisiplin jika ingin berjaya dalam bidang ekonomi. Dengan memiliki cara hidup seperti itu, barulah orang Melayu mampu berjaya menguasai bidang tersebut. Aspek disiplin seseorang itu akan dapat memgawal diri bukan sahaja dalam ekonomi, malah bidang lain juga. – Tun Dr. Mahathir Mohamad [/box]
Disiplin
Disiplin kunci paling utama untuk menjadi orang kaya kerana tanpa disiplin janganlah nak berangan-angan jadi orang kaya. Disiplin diri, disiplin bisnis dan disiplin kewangan tidak dapat dipisahkan untuk membina kejayaan. Disiplin paling utama adalah menghargai masa kerana setiap saat ada nilainya. Mereka tidak pernah takut dengan kegagalan dan kerugian keran itu adalah sebahagian daripada proses kejayaan.
Mereka tidak akan menyalahkan orang lain apabila gagal dalam sesuatu pelaburan atau perniagaan tetapi sebaliknya memperbaiki diri dan teruskan perniagaan tanpa gentar. Paling best mereka tidak pernah kenal erti bersara awal walaupun sudah berjaya dalam perniagaan mereka.
Semua ini hanya sebahagian daripada sifat-sifat yang ada hampir pada semua orang kaya dan kerana sifat mereka itulah mereka sudah kaya menjadi lebih kaya. Paling unik sifat mereka ini bukan lahir setelah kaya raya tetapi telah ada dalam diri sejak mereka miskin dahulu lagi. Jadi kenapalah agaknya kita nak cemburu dengan mereka yang kaya menjadi lebih kaya kerana semuanya atas usaha mereka.
Kalau kita nak jadi macam mereka tiru mereka, bersahabat dengan mereka tak perlu memusuhi mereka kerana memusihi mereka tidak akan menjadikan mereka lebih miskin. Memang ada sebahagian kecil yang jadi kaya cepat kerana kronisme kenal dengan pemimpin tertentu tetapi majoriti mereka akan hilang apabila pemimpin tersebut tidak lagi berkuasa jadi yang ini jangan dicontohi.
Kita pun boleh jadi seperti mereka yang perlu mesti berani berkorban untuk berhijrah diri menjadi seperti mereka dan paling baik azam untuk jadi orang kaya yang beriman mana tahu boleh masuk dalam senarai top 20 orang paling kaya di Malaysia.
182 Comments
Terima kasih di atas perkongsian info yang sungguh bermanfaat… Patutlah orang kaya boleh menjadi semakin kaya…
Curahan rasa Anuar @ ..Program CSR Cerdik Catur di Pusat Jalur Lebar Komuniti Masjid Ma’muniah, Sabak Bernam, Selangor
ada juga terslit org melayu kat situ…bangga juga..
Curahan rasa hafiz @ ..Suku akhir kedua Piala FA 2014 Kedah FA vs JDT
Terbaik bro.. Kena mula tanamkan sifat-sifat ini dalam diri.. =)
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Rahsia Kecantikan Kulit Wanita Korea
sangat suka entri ini…mereka berjaya bermula dari bawah… dan mereka belajar selok belok perniagaan…adat jatuh dan naik setiap perniagaan…yg penting tak putus asa di tengah-tengah jalan
Curahan rasa ema @ ..Undian Google Contest Yeos
Saya sangat rekemenkan baca buku Azizi Ali. Beliau salah seorang pelabur melayu yang berjaya. Orangnya simple tapi assetnya dan perkongsiannya dalam buku sangat-sangat berharga. 🙂
Curahan rasa TrendViral @ ..Penghijrahan Rama-Rama Monarch. Satu Fenomena Begitu Menarik
wah begitu ya nanti saya akan ikuti jejak beliau
Curahan rasa Obat Penyakit Radang Tenggorokan Ampuh @ ..Obat Penyakit Radang Tenggorokan Ampuh
kalau nak jadi kaya dan berjaya nak x nak memang kena ikut resepi orang kaya yang telah berjaya, itulah tips nya
Curahan rasa Juan @ ..Health Problems Caused By Obesity
sepanjang saya mengembara pula kadang2 rasa bersyukur berada di malaysia ni jika dibandingkan degn sesetegah negara lain… apapun yg miskin ni kena berusaha lebih sikit..mungkin ini dugaan…ujian Allah itu berbeze-beza
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Tempat Makan Menarik di Kelantan – Nasi Ulam Kampung Kraftangan
Sgt setuju dengan pos ini. Cuma kalau boleh boleh, seimbangkan kaya dunia dan akhirat
Curahan rasa halif @ ..Yeo’s : Disebalik Kicap Soya dan Pemaju Hartanah
Motivasi yang menarik untuk semua, terima kasih bro Denai Hati.
Curahan rasa Akmal Zaidi @ ..Jana Income Tambahan : Pelaburan Hartanah (Malaysia Property)
Bagi kita perumpamaan kat atas tu ada benarnya kerana yang kaya selalunya menguasai ekonomi. Mereka punya pegangan dalam banyak company besar yang menguasai aset negara. pemilihan mereka pastinya berdasarkan keupayaan mereka. Dan golongn ni sebenarnya tak ramai di Malaysia. Jadi nilai kekayaan tu pastinya berlegar-legar di khalangan orang yang sama. Tapi kita tak boleh salahkan mereka kerana mereka telah berusaha mendapatkan apa yang mereka miliki sekarang..Dan of course rezeki mereka Allah yang tentukan. Dan bagi mereka yang kurang upaya peluang untuk bersaing adalah terhad. So at the end of the day masing-masing kekal dalam status kehidupan masing-masing..
Curahan rasa Raudzah @ ..Wah Banyaknya Untung…
mereka yang tergolong dari orang yang kaya bertambah kaya ini, bukan sekelip mata sahaja mereka berjaya di tahap sekarang.. ada yang kena tipu lagi.. ada banyak dugaan lagi..
Curahan rasa KiD @ ..Limpahan Rezeki Yang Tak Disangka
Emm netul dahtu apa yang tuan denaihati katakan..hehe..kadang2kan orangmiskin belanja lebih dari pendapatan..memang susah la nak kaya..macam sy..miskin tapi belanja tak ingt dunia..bila dah tak ada duit baru lah nak menyesal…tiap2 bulan pasti akan menyesal..tapi tak pernah nak serik..emmm
Curahan rasa Hafizul @ ..Keuntungan Daripada Belajar Menjahit
leh makan nasi sekai sehari..dah cukup kaya dah aku rasa. haha..
Curahan rasa titan @ ..Bro, jual ebook ni boleh jadi KAYA ke?
mesti bro suka lagu “Kalau aku kayaaaaaa..”
hari hari hari raya… kannn..
Curahan rasa KiD @ ..Limpahan Rezeki Yang Tak Disangka
Comments are closed.